Buat Duit Blog

Sunday, September 16, 2012

♥PJJ oh PJJ♥

tim87 | 3:03:00 AM | |
Assalamualaikumm readers..

korang tau PJJ tu ape..? PJJ yang ct maksudkan bukanla Pengajian Jarak Jauh but PERKAHWINAN JARAK JAUH! yEss!! kawenn! ct adalah salah seorang dilema dalam PJJ.. ohhh~ cdeyh sangat! ct kat sarawak, enchek hubby pulak kat KL.. nak ulang alik, siessly memerlukan bajet yang sangat besar.. ohh no...! xkan nak habessskan duit ke situ rite.. tapi xpe, mungkin ini dugaan ALLAH SWT pada kami.. mungkin ada hikmah jugak kan.. siapa tahu.. 
KESABARAN dan KEPERCAYAAN tu paling penting, kalau x, memang goyah jugak la.. jom, ct nak share tips ni, hampir kesemua ct buat kecuali TIPS 3.. =( jaohhh cek kak oii.. xdapat nak balik every week.. gaji cukup makan je.. uhuhuk3..


Berikut adalah tips-tipsnya demi menjaga hubungan jarak-jauh anda:-


TIPS 1: Kerapkan berhubungan. Yang terbaik ialah hari-hari! Ya, setiap hari anda WAJIB hubungi pasangan anda. Jika anda berdua tinggal di Malaysia, jangan kedekut sangat melaburkan kredit telefon anda tu untuk telefon pasangan anda. Tiap kali sebelum tidur, telefon dia dan ucapkan ‘good night’ pun sudah mamadai. Anda boleh bergilir-gilir setiap malam untuk siapa yang akan hubungi siapa dulu.

TIPS 2: Gunakan Facebook, YM Messenger atau GTalk sebaik mungkin. Anda boleh berchatting dengan pasangan anda di siang hari sambil anda bekerja di pejabat. Selain ianya percuma saja, anda boleh kekalkan keintiman anda dan pasangan.

TIPS 3: Hujung minggu, pulang ke rumah yang anda tinggal bersama. Paling minimum, jika anda rasakan ia membebankan dan ingin menjimatkan lagi kos, anda boleh pulang bertemu 2 minggu sekali. Seminggu sekali adalah lebih baik sekiranya mampu.

TIPS 4: Sentiasa berlaku jujur dengan pasangan anda. Jangan sesekali berlaku curang. Ingat, Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan anda. Jika anda buat perkara yang ‘bukan-bukan’, pastinya pasangan anda akan tahu juga akhirnya.

TIPS 5: Kerapkan lah anda berdua saling ber-SMS. 

TIPS 6: Anda boleh sekali-sekala lakukan Video Chat atau video conferencing. Apa yang perlu anda ada ialah hanyalah sebuah webcam yang murah dan banyak boleh dibeli di kedai-kedai komputer dan perisian Skype. Yang best nya Skype ni, anda boleh juga membuat panggilan telefon secara percuma dan perisian ini pun adalah percuma sahaja.

TIPS 7: Dan tips yang terakhir ialah sentiasalah percaya kepada pasangan anda. Percayakan perkahwinan yang anda bina tersebut. Banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya terus menguatkan lagi perasaan percaya terhadap pasangan anda. Jika anda mempercayai pasangan anda, nescaya pasangan anda turut akan mempercayai anda jua.


Anyway kan, kita masing-masing ada cara tersendiri utk menjaga hati pasangan kita. tapi bagi ct, sebagai seorang perempuan, cta rasakan perempuan suka sekiranya suaminya sering menghubunginya, mengambil berat akan dirinya. Ct xnak jauh-jauh dr enchek hubby, tp apakan daya.. Biarlah masa yg menentukan kami dapat tinggal serumah. Sekiranya rindukan suami, maka sentiasalah berdo'a pada Allah SWT, hanya DIA yg mampu menjaganya tika kita tidak mampu menjaganya. Wallahu'alam. 

i love u sangat-sangat enchek hubby
mmmmuuuaaaahhh dari kejauhan

9 comments :

intanurulfateha said...

sweet sgt gmbar last ;)

Unknown said...

nice tips syg~ jijah pon PJJ dari bercinta 10tahun sampai kawen dah 9bulan..huhuhu PJJ dari n9-sabah.. suami keje sabah..

InsyaAllah sampai masa dan ketika turn kita pulak duduk bersama suami.. Insyallah.

tim87 said...

intan : thanxx.. tu gambar latest time raye hari tu.. huhu..
azizah : ye la kn.. cdeh, org asyik tanye nape xikut suami.. huhu.. ingt senang ke kn.. ct pun baru je kawen nov.2011 yg lepas.. ^__^

Mira3dora said...

Jauhnyeee awk ngn encek hubby.. Kite ni sorang keje kl. sorang keje melaka pin dah menanggung rindu mcm ape huwaaaa.

tim87 said...

tahu xper mira.. sangat la jauh.. ^__^ nak p jumpe hubby pun pk sejuta kali.. kalau la ade longbridge antara swk dan kl kan best.. ari-ari ulang alik.. kuikukuikui..
semoga Allah swt cepat2 dekatkan kami suami isteri.. =)

anakpakshaikh said...

mmg pjj memerlukan kejujuran dari 2 pihak.... sama2lah kita ber PJJ... zura pun jarang jumpa suami, dalam 2 or 3 minggu sekali baru jumpa

malynd_anggun said...

sabar byk2 k dear..dan jgn lupe berdoa..moga cpt dpt duk sma...i dulu almost 1 year gak PJJ ni..hehe

tim87 said...

tahu xpe zura.. kalau xde kepercayaan tu, mmg agak goyah jugak la iman.. huhu~ masing-masing kene percaya pada pasangan masing, baru xtimbul rasa -ve dlm diri.. zura ok msh dpt jumpa hubby wiken.. ct dalam setaun 2 kali je kot.. raya n kalau ade cuti panjang, ct yang merantau jumpe hubby.. huhu~ cdeh sangat kan..?

tim87 said...

thanxx dear bagi support.. berkat doa kawan-kawan, inshallah kami didekatkan bersama.. ameen.. =) i dah follow u dah malynd.. ^__^