Buat Duit Blog
Showing posts with label PAC. Show all posts
Showing posts with label PAC. Show all posts

Wednesday, October 09, 2013

Lulus PAC!

tim87 | 4:49:00 PM | | | | | | 6 Comments so far
Assalamualaikum wbt semuaa..


lama xbukak blog ni kan.. macam sarang tikuss dah.. Actually, memang banyak story yang aku nak share tapi xde kesempatan nk update kat blog ni.. sok, aku akan cter jugak walaupun dh cter basi kan..? eekekke..

ohhh, dah baca title...?? yerpp.. aku memang nak share kegembiraan aku ngan korang.. PAC yang aku join aritu under KEMAS tu, aku dah LULUS dah!! Syukur sangat2..! memang macam nervous sangatt nak tunggu reslut ni sebenarnya.. dah la result lambat keluar.. bayangkan, PAC bulan 5, bulan 10 baru dapat result.. huhu.. dah hampir give up jugak dah sebab ingatkan memang xlulus ke ape ke kan.. tapi, pape pun aku bersyukur sangat dah lepas ke tahap ni.. so, aku dengar plak, lepas ni ade kena panggil interview.. tak tahu betul ke tak je lagi.. yer kot..? Pasal pengalaman PAC ni aku pernah share kat entry yang lepas.. boleh baca balik untuk pengetahuan dan perkongsian bersama ok.. hihihi.. ni link nyer.. ====> KLIK SINI!





Dalam kekusutan pasti ada hikmahnya kan.. memang betul kata orang, kalau kita sabar, Allah akan tolong kita. Aku yakin itu! 

eh2 jap.. aku baru prasan ade 1 lagi entry aku yang xpost2 out lagi.. haha.. lame sangat tinggal blog, rupe nye jadi draf je entry tu.. nak share jugak berita baik nih.. aku LULUS jugak PAC JKM bulan 3 aritu.. Syukur sekali lagi YA ALLAH.. =') memang aku bersyukur sangat... sebab dengar-dengar ade gak member yang tak lepas PAC JKM arituh.. kesian plak aku dengar.. tapi xpe, korang jangan give up ok.. rezeki masing-masing kan.. Allah kan adil.. cuma lambat atau cepat je kita dapat.. InshaAllah, dengan izin Allah..



okla, aku pun sebenarnya curi-curi je nak taip berita gembira ni.. ekekeke.. *jangan ikut tau!* dah2.. nak p wat keje dulu hokeyh!.. sape-sape calon yang ikut PAC KEMAS or JKM aritu, sila komen dan share la ngan kita result hokeh..! nyatakan nama dan tempat korang PAC jugak ok! =) tak salah kalau kita nak kenal kan.. mana tau kot2 jumpa balik masa interview or dapat keje nanti kan..? pape pun, tahniah pada yang LULUS.. pada yang tak lulus tu, cuba lagi ok.. jangan sekali putus asa..salam sayang...! mmmmuuuahhh..! jumpe next entry ok!

Thursday, May 30, 2013

Pengalaman PAC ke-2 KEMAS

tim87 | 6:20:00 PM | | | | | | | 8 Comments so far
Assalamualaikum wbt..

korang mesti tengah tertunggu-tunggu ape yang aku nak share psal PAC ke 2 ni kan.. Maklum la, jabatan lain-lain, so, cara berurusan pun lain.. ok, kat sini aku nak bagitahu yang PAC KEMAS ni lebih kurang same jer dengan PAC JKM ari tu.. aritu aku dah story kat entry yang ni (PAC JKM) ... tak banyak pun perbezaan.. fine, aku story dari mula aku datang je lah supaya korang senang nak paham kan..



Aku pegi dengan member aku, dan kebetulan pulak dia nak buat Pre-Wedd kat Bintulu.. ohh, aku kene PAC ni kat Insititut Kemahiran Bintulu (IKM Bintulu). So, sehari sebelum tu aku dah bertolak dah dari Sibu gune kereta empat tayar aku dan di eskot oleh enchek tunang member aku tuh.. 

Pagi nak PAC tu awal-awal aku bangun takut jalan sesak ke sesat ke apa kan.. nah, pagi-pagi tu memang betul aku sesat.. haha.. aku tak pernah ke Bintulu tu.. Guna GPS pun tak boleh blah la.. mungkin aku agak bengong d situ.. ok, noktah! Janji aku dah sampai walaupun lambat sikit jer.. aku datang tepat jam 7.45 pagi. ok lagi tuh.. sebab ade lagi yang datang lambat daripada aku.. =)

Masa datang tu, aku naik tingkat atas iaitu TEMPAT PENDAFTARAN.. aku tengok masih ade lagi calon yang berdaftar dan aku merupakan calon yang ke-13 yang datang. Mula-mula, korang akan dikehendaki pergi ke Kaunter A untuk tandatangan kehadiran korang. untuk pengetahuan korang, Kaunter A ni kalau tak silap daripada KEMAS sendiri. Then, akan terus ke Kaunter B untuk diorang semak dokumen korang seperti Borang Profil Peserta I, Resume, Surat Akuan, dan Profil Peserta II. Settle je bende ni, korang akan ke Kaunter C untuk ukur tinggi dan berat korang dan dapatkan BMI korang. Pastu baru ke kaunter SPA untuk serah Borang Profil, Sijil dan lain-lain dokumen yang diorang mintak tu la.. Last sekali masa pendaftaran ni, diorang akan panggil setiap 4 orang untuk ke bilik bergambar.. *tak tahu ape motif, maybe nak buat kenang-kenangan kot* hihi..

Next step adalah taklimat daripada Pegawai SPA. Yang best nyer PAC kali ni, gadget korang tak akan di ambil BUT korang tak boleh gunakan sebarang alat elektronik termasuklah mengambil gambar.. aku sempat jugak la snap gambar sekali before taklimat tu.. hihi~ 

Abis je taklimat, kami terus buat aktiviti speerti yang dirancang dalam jadual tu..

AKTIVITI PERTAMA : PEPERIKSAAN PSIKOLOGI SPA. 
Ujian lebih kurang sama jer ngan ujian aritu.. Aktiviti ni buat kat tempat kitorang taklimat tu jugak..

AKTIVITI KEDUA : PENGUCAPAN AWAM
Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan. So, setiap kumpulan ade 7 or 6 orang. Kumpulan aku dapat 7 orang calon. Setiap kumpulan akan ke bilik yang telah ditetapkan. Dalam bilik ni, ade 2 FAsilitator dari KEMAS dan 2 orang Panel dari SPA sendiri. Undian dibuat dan kami diberi masa 5 minit untuk sediakan point-point penting dan masa 5 minit juga untuk buat pengucapan awam tersebut. So, aku adalah peserta terakhir yang buat pengucapan awam. Ni antara tajuk-tajuk calon dalam group kitorang.
  • Calon 1 : Budi Bahasa Budaya Kita
  • Calon 2 : Pencemaran Alam Sekitar
  • Calon 3 : 1 Malaysia
  • Calon 4 : Pengurusan Masa
  • Calon 5 : Penderaan Kanak-Kanak
  • Calon 6 : Keburukan Media Sosial
  • Calon 7 (aku la tu) : Remaja Cemerlang, Negara Gemilang
Aku dah target tajuk yang aku nak buat ucapan awam ni, tapi tersasar sikit.. Aku target aku dapat Gejala Sosial di Kalangan Remaja. Tapi xpe, aku kaitkan sikit la daripada takde point langsung kan..? hihi.. alhamdulillah, Lepasssssss.. lega makcik!

AKTIVITI KETIGA : KERJA KUMPULAN
Masih dalam kumpulan yang sama jugak tetapi ditempatkan di bilik lain dan berlainan Fasilitator dan Panel. Kami diberikan satu Profil Kampung. Kami diarahkan untuk buat satu rancangan pembangunan kampung tersebut dari segi Politik, Ekonomi dan Sosial. Kumpulan kami di arahkan pilih SATU atau DUA, mana yang lebih penting la.. dengar-dengar kumpulan lain kene arah buat ketiga-tiga sektor tersebut. 

Habis je keje aktiviti tu, kami diberi makan tengahari. Siyes aku cakap, aku memang lapar giler.. tapi kene control la sikit kan.. uhuhuhuk.. Kami diarahkan masuk semula pukul 1.30 ptg sebab aktiviti sebelum tu tamat awal. So, cepat-cepat carik surau then bergegas balik ke tempat tadi. okeh, terus ke aktiviti seterusnya..

AKTIVITI KEEMPAT : KERJA KUMPULAN
Aktiviti ni, kami ditukar kumpulan namun 2 orang calon kumpulan aku still sama. Diorang just tarik 2 atau 3 orang je untuk tukar. Kali ni, kami diarahkan untuk buat mesyuarat untuk agihkan peruntukan sebanyak RM400ribu untuk buat pelan pembangunan kampung berdasarkan profil kampung yang telah dibincangkan pada aktiviti ke 3 tadi. Ade beberapa watak yang perlu diambil, so aku ambil watak AJK BIRO PEMBANGUNAN SOSIAL. Selain bincang pasal peruntukan, kene pilih jugak 3 kontraktor yang telah disenaraikan, nyatakan justifikasi kenapa korang pilih kontraktor tersebut. bla..bla..blaa...blaa.. dah habisss.. =) settle aktiviti ni.

AKTIVITI KELIMA : KERJA KUMPULAN
Aktiviti kali ni dipanggil aktiviti 36 sen. Sebabnya kene pilih 1 sen, 5 sen, 10 sen, dan 20 sen. Kami diberikan 4 perkara DIRI/KELUARGA, MASYARAKAT, BUDAYA, dan NEGARA. Mesti pilih mana yang penting dahulu dan hujahkan kenapa? So, sorang-sorang kene bentang la.. kene fikir-fikir dan renung-renungkanlah.. ada maksud disitu. =)

AKTIVITI KEENAM : KAJIAN KES
Aktiviti ni aku lebih senang katakan aktiviti perdebatan la.. Aktiviti ni pulak tukar bilik lain pulak. Aku jumpe balik Fasi dan Panel pertama aku.. So, dalam aktiviti ni, kami diberikan beberapa tajuk dan hanya pilih SATU SAHAJA untuk di debatkan. Dalam 3 or 4 tajuk tu, kami pilih tajuk PENGANGGURAN. Seorang modulator dipilih, dan 6 selebihnya dibahagi 2 kumpulan penyokong dan pembangkang. Aku kire pembangkang la (Kelemahan Kerajaan) dan Penyokong tu pulak (Kelemahan Mahasiswa). Pada mulanya agak suram jugak la, sebab idea mungkin belum terbukak luas lagi.. lambat laun, hangat jugakkk laa.. hehe.. kami saje yang tahu.. hihi~

AKTIVITI KETUJUH : UJIAN KECERGASAN
Aku suka aktiviti ni! haha.. sebabnya kami kene lari dan buat senaman ringan sebelum tuh..  Fasi akan catat masa dimana perempuan tak lebih dari 13 saat, manakala lelaki tak boleh lebih dari 11 saat. Rupe-rupe lari ikut yang diorang tanda je.. 100 meter camtu je kot.. *aku je penat2 praktis pusing padang stadium sibu tu 6 pusingan..* huhu~ =D

ok, aku rasa dah cukup panjang entry kali ni kan..? harap korang faham.. ayat aku ni tunggang langgang sikit macam orangnyer.. huaaahuaaa~ ade pape just drop ur comment kat bawah ok.. ketahanan mental dan fizikal tu penting bagi aku.. kurang ilmu, sukar la anda tempuh PAC ni.. Alhamdulillah, PAC ke 2 ni aku dapat harungi dengan baik dan lancar.. demam aku pun tak buat hal masa nih..

sebelum beredar, aku nak sedekahkan satu gambar yang aku sempat snap masa PAC ni.. haha.. selamat menonton.. jangan muntah sudah! =D

Doakan kejayaan aku okeh! =)



Wassalam.

Tuesday, April 30, 2013

PAC lagi.....

tim87 | 12:58:00 PM | | | | | | 8 Comments so far
Alhamdulillah..
ari ni aku gatalsangat tangan nak bukak website spa, then aku tengok ade PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27.. so dengan kegatalan tangan aku ni aku terus key in num ic aku walaupun aku rasa aku dah PAC aritu dengan pihak JKM..

Aku cek-cek tengok memang ade beb! aku pk aku mimpi ke ape.. tapi kali ni aku kene PAC kat Bintulu daaa.. Institut Kemahiran Mara Bintulu.. arghh.. nak kene survey tempat lagi nih... tapi takpe, tu cerita lain.. hehe..

ok, skang ni aku nak cerite yang aku bukan dapat PAC JKM lagi, tapi PAC KEMAS pulokkk dahh..
banyak yang aku nak kene study lagi ni.. ari tu baru lepas interview post yang sama tapi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.. Harap-harap aku lulus interview tu.. amin..

nanti kita tengok apa keputusannya ok.. aku berserah pada Allah SWT... 
harap-harap kali ini rezeki aku pulak ye.. aminn ya rabb..


Saturday, March 23, 2013

Pengalaman PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27

tim87 | 2:07:00 AM | | | | | 16 Comments so far
Seharian di Pusat Pemulihan Samarahan hari ni memberi satu pengalaman baru aku menghadapi PAC ni.. aku just nak share je apa yang kitorang buat hari ni n nak bagi sedikit tips yang aku rasa sedikit sebanyak membantu.. ni hanya pandangan aku je la ek.. kalau xnak ikut pun xpe.. sharing is caring kan..? =)


PAC kami pada hari ini merupakan batch yang terakhir untuk PAC S27 seluruh Malaysia pada kali ni.. So, serentak la dengan Sabah.. Di tempat lain semua dah settle dah kan...?

Aku datang ke PPS ni dalam keadaan nervous, tak henti-henti plak nak ke toilet.. (org nervous memang camtu kan..?). Sampai je kat PPS tu, aku nampak orang dah ramai dah dan aku merupakan antara orang yang terakhir jugak la sampai.. *pagi-pagi dah buat onar kan* hihi.. tapi xper, tu baru pendaftaran je..

First thing yang kita perlu buat kalau sampai ke pusat PAC ni ialah :

CARI KAUNTER PENDAFTARAN

kat sini ade dua kaunter pendaftaran, satu kaunter untuk pihak SPA dan satu kaunter lagi untuk pihak JKM. kita pergi ke kaunter SPA dulu untuk ambil NOMBOR BADAN dan sign borang kehadiran.. kat situ jugak diorang akan mintak korang punye borang-borang yang diorang email b4 nak g PAC tu.. lepas tu, pegi pulak ke kaunter JKM dan diorang akan tanya NOMBOR BADAN korang.. Dalam mase yang same jugak, diorang akan mintak borang profil utk JKM dan juga salinan sijil-sijil or transkrip or ape2 yang berkaitan la..

Lepas register, peserta akan diberi TAKLIMAT terlebih dahulu berkaitan dengan perjalanan PAC ni.. Diorang jugak ade paparkan Video Korporat JKM untuk lebih jelas tentang jabatan tersebut. 

ok, lepas taklimat pulak, peserta akan diberikan UJIAN PSIKOLOGI.. ujian ni xmemerlukan markah betul ke salah.. cuma perlukan kejujuran diri sendiri jer.. Soalannya berkait dengan diri kita sendiri, nak jawab BENAR ke, TIDAK BENAR ke ataupun tanda soal (?). soalan kitorang tadi adalah sebanyak 185 soalan yang memperuntukkan masa selama 60 minit. *kacang je beb*

Selepas settle jawab soalan ujian ni, kita beralih pulak ke ativiti seterusnya iaitu LAWATAN LAPANGAN KE RUMAH SERI KENANGAN. Para peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan.. Rasanya tadi ade 7 kumpulan kot.. kumpulan kitorang seramai 12 orang dan ade 2 orang fasilitator yang akan lead korang punyer group tu.. diorang ni yang akan bagi markah kat korang.. So, kene jaga batas-batas serta rajin-rajinkan beramah mesra dengan orang supaya markah korang TIPTOP..! diorang hanya gunakan NOMBOR BADAN sahaja sebab kami tidak  memperkenalkan diri.. Dalam sesi lawatan ni, aku nak bagi tips sikit ek.. korang kalau jumpe penghuni or warga tua ni harus beramah mesra dengan mereka, menunjukkan rasa kasih dan sayang korang terhadap mereka.. **JANGAN ADE YANG KONON-KONON GELI OK..!! diorang manusia jugak.. kat sini Fasi akan tengok gerak geri korang dan bagi markah..! Habis je lawatan tu tadi, korang akan diberikan satu kertas dan nyatakan REFLEKSI kita terhadap lawatan tadi.. korang goreng la apa yang patut k,,!

Lepas tu pulak kami dibenarkan untuk minum pagi (walaupun dah terlewat) .. Lepas minum pagi tu pulak, sesi KAJIAN KES.. Setiap kumpulan akan diberikan satu isu, dan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat, apakah peranan kita dalam menangani kes tersebut.. Group kitorang dapat kes keluarga miskin dimana penama seorang surirumah dan suaminya penoreh getah dengan pendapatan yang xmenentu.. anak pulak sekolah dan salah sorang sakit paru-paru berair dan perlukan kos rawatan yang tinggi.. bla..bla...bla...blaa.. korang rajin-rajin je bukak mulut yer.. berfikir diluar kotak ok.. Fasi selalu aim peserta yang pendiam dan tak bagi pendapat.. dalam group ni, aku sangat aktif berfikir.. kateeennyee..!

Lepas kajian kes, kami diberi rehat selama 1 jam untuk makan dan solat Zohor.. 

Aktiviti seterusnya bermula pukul 2.30 walaupun dalam jadual start pukul 2.00 ptg.. Aktiviti ni dipanggil PERBINCANGAN BERKUMPULAN.. Setiap kumpulan akan diberikan satu keratan akhbar berkaitan dengan isu semasa (sosial khususnya) dan bincangkan.. kene rajin-rajin cakap tau! time ni keatifan aku kurang sikit daripada yang sebelumnya sebab ade sorang peserta tu dah kuasai kumpulan.. (macam ni xboleh jugak tau) setiap kali peserta lain bercakap dia akan bercakap jugak.. dah la panjang lebar, xbagi peluang pulak dengan peserta lain.. oh ye, aku lupe nak bagitau.. kumpulan untuk sesi petang ni di tukar.. pagi tu aku kumpulan 2, dan petang tu pulak aku kene kumpulan 4.. Fasi yang agak strict jugak la.. ahli kumpulan pn ok, cuma seorang 2 tu yang agak menguasai kumpulan.. petang tu sangat panass ok sebab kitorang punyer group di luar dewan.. panas+kurang aktif =lowbatt.. =( hmm..

Ok, lepas sesi tu kira-kira 1 jam 30 minit kalau xsilap..kami diberi rehat sekejap untuk minum petang dan solat Asar... Then baru ke aktiviti yang TERAKHIR dan masuk kumpulan yang sama, ditempat yang sama, dan Fasilitator yang sama jugak.. Aktiviti ni dipanggil PENYELESAIAN MASALAH.. nampak macam pening sikit kan..? tapi sebenarnya xla pening sangat pun.. pening lalat je. hihi,.. aktiviti yang last ni adalah more to games la.. Kumpulan kami masa tu diberikah satu gambarajah, dan kire berapakah segitiga yang terdapat dalam gambarajah tersebut.. setiap peserta hanya jawab 1 jawapan je dan nyatakan macamane korang dapat jumlah tersebut,... kesemua peserta dapat jawab cuma berbeza jawapan.. hehe. korang pikirla sendiri yer.. Lepas settle aktiviti tu pulak, kumpulan kami diberikan satu cerita atau situasi.. para peserta diberikan satu watak setiap seorang.. mengikut watak tersebut, korang selesaikan isu atau situasi tersebut dan huraikan mengapa dan kenapa.. =) 

So, dengan berakhirnya game yang last tadi tu, maka berakhirlah sudah sesi PAC kami pada hari tu.. sebelum balik, kami berkumpul semula ditempat taklimat tadi untuk kembalikan NOMBOR BADAN dan mereka akan KEMBALIKAN ALAT ELEKTRONIK KORANG; handphone, tab, laptop dan sebagainya.. a'aahh kan, luper nak bagitau awal-awal tadi.. masa taklimat mula-mula tu, handphone segala tu semua bagi kat urusetia.. takut korang search google bagaii.. *jangan mengharap la ok* hihi.. ;)

Syukur alhamdulillah sangat sebab aku dah berjaya melepasi Program Assessment ni.. Doakan kejayaan aku ok.. harap-harap lulus ke peringkat seterusnya.. oh, ENTRY aku yang lepas ade cakap kami diwajibkan menghadiri 2 sesi PAC ni kan..? dah tanya Fasi dan urusetia hari tu, diorang kate xde.. Kalau lulus PAC ni, akan dipanggil terus untuk temuduga... so, inshaallah, kalau dimurahkan rezeki, aku bersedia ke peringkat seterusnya.. amin ya rabb..

psssstttt..!! memandangkan entry aku ni macam panjang jerk, aku akan share tips untuk ke PAC di next entry ok... 

ok la, setakat ni dulu yer...
selamat membaca dan selamat maju jaya!
Selamat berblogging!

Thursday, March 21, 2013

PAC-URUSAN ASSESSMENT CENTRE S27 2013

tim87 | 2:33:00 AM | | | | | 5 Comments so far
Syukur alhamdulillah.. aku merupakan salah seorang yang terpilih dalam program PAC Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 ni.. esok tau aku kene pergi ni..

Tarikh : 21 MAC 2013
Tempat : Pusat Pemulihan Samarahan, Kuching

puas jugak aku search enchek google, nak cari tips or pengalaman sape2 yang pernah pergi PAC ni, namun hampeh.. xbanyak yang aku dapat.. kebanyakannya sharing pasal PAC PTD jer.. ok.. xpe.. aku xputus asa.. aku bukannya ape, ni 1st time aku pegi program PAC ni.. so, aku xtahu aku nak buat ape, nak study ape.. sangat BLANK ok..!! pssssttt...

aku dengar-dengar, PAC ni ade 2 sesi, so untuk sesi yang kedua pula akan dimaklumkan kemudian.. tah bile tah...

Untuk pengetahuan korang, kekosongan jawatan ni hanya 84 orang je tau.. jumlah calon yang dapat PAC ni 1k lebih.. calon simpanan pulak diorang ambil 70 orang je.. harap-harap aku tergolong dalam 84 orang nih.. aminn..


nampaknya malam ni aku macam biasa suka study last minit, so, aku banyak cari isu je n banyak google pasal jabatan kebajikan ni.. aku berserah je esok, ape nak jadi, jadi la.. yang pasti aku kene kuatkan semangat, sebab mak bapak aku nak aku lulus.. enchek hubby pun xputus2 bagi sokongan.. Inshaallah semua, aku akan buat yang terbaek.. 

lepas PAC yang sangat PACK esok, kalau sempat aku sharing-sharing kat korang ek ape yang terjadi.. untuk korang yang bakal n akan pergi PAC ni.. Inshaallah kalau aku online esok.. =)

kawang-kawang, korang doakan aku LULUS PAC ni ek..! 

*aku sangat nervous ok!