Friday, January 17, 2014

OPZZPINKY GA 2014 BY SHARINA

Salam Jumaat semua!
Arini tak banyak keje sangat, so nak join GA dari blog SHA ni lah.. Hadiah best-best tau! hope aku salah sorang pemenang ek.. hihihih.. =D
So korang yang nak join sila klik banner kat bawah ni ok!


Follow semua step yang sha bagi tu.. Sila jujur ok!
Btw, ni GA pertama aku untuk tahun ni.. mudahan rezeki pada aku, aminn.. =)

Selamat berGA dan berBlogwalking semua.. =)

Thursday, January 16, 2014

Pendam Perasaan. Siapa pernah rasa?

Hi readers! Sejuk sangat Kapit ni, dari semalam langit asyik menangis je.. *sila layan entry ni sambil dengar lagu Afgan-Jodoh Pasti Bertemu* hehe.. 

Kisah ni, aku tujukan khas buat sahabatku yang kini mengalami perasaan seperti ini. Rasanya ramai yang pernah memendam perasaan kan? yup! Termasuk aku, tapi tu dulu la.. huhu.. Sape-sape blogger yang pernah memendam perasaan, sila baca kisah ini ok.. =")

Cinta & Jodoh

Seorang sahabat mendekati ana, memandang ke mata ana, memegang tangan ana, memeluk ana.

"Kenapa?" soal ana apabila melihat dia diam membisu tapi seakan ada sesuatu yang tidak selesai dari raut wajahnya.

"Sakit". Pendek jawapannya membuat ana berteka-teki.

"Sakit?Apa yang sakit?"

"Hati"

"Allah". Helaan nafas ana begitu kedengaran.

"Hati sakit?Kenapa ni sahabatku?". Ana paut bahunya dekat di bahu ana.

"Nur..sakit kan kalau kita pendam sesuatu tu."

"Ermm..". Ana angguk tanpa komen. Mahu dia menerus bicara.

"Hati saya sakit, saya suka tapi malu."

"Suka tapi malu?"

"Nur, saya suka pada seorang lelaki. Dia lelaki yang baik, hati saya kacau. Saya kenal dia biasa-biasa sahaja, tapi saya suka dia."

Sahabat ana senyap. Kemudian angkat bahu.

Ana senyum dan meraih tubuh sahabat ana, memegang tangannya kejap dan erat.

"Umur baru 22 kan?"

"Sahabatku, yakinlah pada ALLAH. Soal cinta dan jodoh ni, Nur pun tak pandai. Apa yang Nur ingat dan pernah baca,kalau kita pendam perasaan kita, kita simpan baik-baik, itu dikira jihad."

"Bersabar dan berdoalah. Jangan sempitkan skop 'usaha' itu. Menjadi wanita mahupun muslimah yang solehah itu juga usaha.Kita usaha tambah ilmu, ilmu sebagai muslimah, isteri dan ibu. "

"Ingat, ALLAH sudah menetapkan jodoh kita. Buatlah macam mana pun. Andai dia jodoh kita, Allah pasti akan pertemukan jua."

"Sahabatku, suka dan cinta itu fitrah. Fitrah yang perlu kita jaga dan pelihara dengan baik. Jangan biarkan fitrah melulu tanpa pedoman."

Sahabat ana tampak seperti bersemangat kini. Dia memandang ana penuh pengertian.

Ana menyambung lagi.

"Salurkan rasa cinta kamu kepada ALLAH. Perasaan cinta itu datang dari ALLAH.Jadikan, kembalikan ia pada ALLAH."

Akhir pertemuan, ada titisan air mata di hujung pipi sahabat ana.

Berdetak hati ana.

Terakhir kalinya, ana dipeluk dengan penuh rasa kecintaan.

Perlahan ana bisikkan, "Serahkan urusan ini kepada ALLAH, insyaALLAH, ALLAH punya jalan yang terbaik."


So mana lebih sakit untuk ditanggung? nak pendam jek sampai bila bila atau nak luahkan jek? berdasarkan pengalaman dari sekeliling, ramai yg memilih untuk pendam tapi ada jugak yg memilih untuk meluahkan. Depends on their situation jugak la, sebab bagi aku ada 2 risiko yang perlu korang tanggung kalau meluah :

pendam perasaan tentang cinta?
ermm. orang kata kalau dah suka atau cinta tu jangan dipendam lama lama. kalau dah terlepas, diri sendiri jugak yg merana. masa tu nak menangis air mata darah sekali pun dah tak berguan. kalau dah jadi suami/isteri orang takkan kita nak runtuhkan masjid orang lain? ye tak?

atau nak luahkan jek?
macam mana pulak rasa sakitnya bila kita luahkan perasaan but then.., cinta bertepuk sebelah tangan..! kalau kena tolak secara softskill takpe la jugak kan..? cuba kalau kena tolak macam ikan mentah lagi busuk di campak macam tu jek. tambah lagi sebelum meluahkan perasaan tu kita berkawan dengan si dia tapi lepas luahkan jek terus jadi lawan. asal jumpa jek dua dua muka masam. omg! tak bleh nak imagine! 

Ok, now aku nak tanya korang, kalau korang skang dalam situasi macamni, korang akan buat apa ek..??
Adakah korang akan memilih untuk MEMENDAM saje or MELUAH?
Aku? aku ni jenis pemendam! ade masalah ke, sakit ke, ape-ape je, memang aku pendam. titik!


Wednesday, January 15, 2014

Rumah Kedua Hamba : Kapit

Seperti yang ada baca dalam entry aku yang lepas kan, aku skang kene bertugas kat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Bahagian Kapit ni bermula minggu lepas.. Macam biasala, staff yang baru masuk still blurr lagi dengan kerja apa yang nak dibuat kan.. Sila tatap wajah macho aku kat bawah..
Venue : Wharf Express Kapit


1st time jejak sini woooo! *macho x? 


1st, aku nak story pasal rumah sewa kat sini..Eh jap, aku nak gitau, ni 1st time aku ke Bahagian ni.. Memang aku orang Sarawak, tapi tak semua tempat aku pernah pergi..! Seperti yang aku dengar, kat Kapit ni memang susah nak cari rumah/bilik sewa.. Kebanyakan yang ditanya semua penuh.. *no wonder sewa kat sini mahal2* Kebetulan lepas 2 ari aku berada di sini aku jumpa rumah sewa penyewa lama baru je kluar.. So, Alhamdulillah, urusan aku dipermudahkanNya.. Sewa rumah RM400 tak termasuk api+air, xde choice, kene gak amik.. giler besar gedabak rumah tu untuk aku stay sorang2.. uwaaaaa~ btw, kawasan rumah aku tu tak sunyi dan dekat jgak ngan ofiz.. so, kemudahan van sapu ade je lalu lalang kat situ, tambang RM1.50 je.. tapi aku tak pernah naik g.. hehe.. Kawasan tu jugak kawasan perkampungan Melayu, so, Alhamdulillah sangat.. Biasa la, kita ni pendatang kan, mustahil xde perasan takut kat tempat orang kan..

Kapit ni actually, bandar kecik je.. InshaAllah korang takkan sesat kalau jalan.. Aku sendiri tak pernah pusing-pusing lagi bandar ni, sebab takde transport.. Ok, pengangkutan utama untuk ke bandar ni ialah Bot Express.. Tambang ikut tempat duduk la, 1st class : RM30 ; 2nd class : RM 25 & 3rd class : RM20. Masa nak p Kapit ni, aku sepanjang perjalanan dari Sibu memang membongkang je tido.. sedar-sedar je dah sampai.. haha.. *buruk perangai!*


ni la dia Bot Express.. =)


Bandar Kapit
Banyak lagi yang aku tak explore lagi tentang bandar ni.. Masih malu-malu lagi dan orang pun banyak tak kenal.. tambah plak tak xde sedara mara kat sini.. Nasib baik ade la dua tiga kerat kawan aku dan sedara belah somi aku kat sini.. Dorang yang banyak tolong, terutamanya tumpang menginap kat umah dorang sementara aku dapat rumah sewa.. Syukur sangat.. Apa yang aku expect pasal bandar ni rendah sangat, so, bila sampai je.. xde pon macam yang aku bayangkan..
So, moralnya, dont judge the book by its cover hokeyh! *masih geram kenape segelintir orang yang asyik kutuk pasal Sarawak ni masih dok atas pokok* Sape yang dok atas pokok sebenarnya ni kan..?

Ok, tak nak berceloteh panjang.. aku nak enjoy kat sini! sumpah tenang giler kat sini.. i love nature! =)
Nak tahu more pasal Kapit nih, boleh je rujuk website ni ok.. http://www.kapitro.sarawak.gov.my/page.php?id=27
mane tau korang kot2 kene posting kat sini, so takdela korang imagine yang scary-scary tu kan.. at least korang dah dapat sikit gambaran dari pengalaman aku yang tak berapa nak berpengalaman nih.. haha.. *padahal baru seminggu je kat sini* hihihi..

p/s : sapa-sapa yang dapat posting kat Kapit ni especially pompuan la, kalau takde rumah sewa, bleh share ngan aku ok.. besar rumah aku tu nak dok sorang-soranr.. bilik pun ada 2, so, ade jugak teman aku nak gelak, bertepuk tampar kan.. =) peace yo!


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Friday, January 10, 2014

Tahun Baru Yang Semua Baru!

Assalamualaikum semua..
Tak terlambat nak wish Selamat Tahun Baru 2014 kan.. disebabkan kebizian tahap gaban, aku tak berkesempatan nak update belog nih.. So, aku nak story sikit je pasal tahun baru ni..

Ok, tahun baru ni, alhamdulillah semuanya benda baru yang aku akan lalui..
1) dapat post baru : Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27
2) tempat kerja baru : Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
3) jejak kaki ke tempat baru : Kapit, Sarawak.. (*walaupun aku anak jati sarawak, tapi ini 1st time sampai tempat ni ok!)

Ni sedikit sebanyak benda baru yang aku dapat di tahun baru nih.. Walaupun baru lagi ditempat orang dan dijabatan baru.. tapi siessss aku rinduuu giler ofiz lama aku! uoll imagine la kalau dah keje kat 1 tempat tu almost 7 tahun, gilerr tak rindu kan..? minggu-minggu terakhir aku kat ofiz, memang aku sensitif sangat.. sebak, nangis tu tak tak leh cakap lagi.. hampir tiap hari.. tu baru kat ofiz, belum klat rumah lagii.. adoii.. akhirnya, aku ni jiwa sensitif jugak rupanya.. *baruku sadari* heheheh..

Benda ni semua tak dirancang sebab aku tak target pun dapat jawatan kat jabatan nih.. sebabnya masa interview aku dulu, hanya 3 je kosong.. so, aku target nak dapat jawatan ni kat JKM sebabnya aku keje JKM then jawatan pun 115 kosong,.. so, tahap keyakinan aku time tu ada sikit walaupun masa interview aku kene hentam kaw-kaw ngan panel! uhuk3.. ok, xmo citer pasal ni lagi.. *sob..sob..sob..* keputusan aku, aku amek je mana surat tawaran yang sampai dulu, takut menyesal kalau dua-dua tak xdapat kan..

So, tak mo sedeh-sedeh la d tahun baru ni.. aku tak akan lupa kenangan manis dan pahit aku di JKM tu.. Boss yang best dan sangat understanding! apa-apa pun aku cuba mulakan yang terbaik untuk Jabatan baru aku, tambahan pula 1st time aku berjauhan dari family.. huhu, makin jauh dari enchek chenta wooii! cop, nak gtau, pengangkutan UTAMA aku ke Kapit adalah Bot Express! Mula-mula tu je takut, nanti dah biasa ok la tu... =) hihi.. name pn 1st time ke sini kan..

Okla, nak chow dulu k.. nanti free aku update g!

Hugs!

Xoxo,
Bercakap dengan bintang