Seorang sahabat mendekati ana, memandang ke mata ana,
memegang tangan ana, memeluk ana.
"Kenapa?" soal ana apabila melihat dia diam
membisu tapi seakan ada sesuatu yang tidak selesai dari raut wajahnya.
"Sakit". Pendek jawapannya membuat ana
berteka-teki.
"Sakit?Apa yang sakit?"
"Hati"
"Allah". Helaan nafas ana begitu kedengaran.
"Hati sakit?Kenapa ni sahabatku?". Ana paut
bahunya dekat di bahu ana.
"Nur..sakit kan kalau kita pendam sesuatu tu."
"Ermm..". Ana angguk tanpa komen. Mahu dia menerus
bicara.
"Hati saya sakit, saya suka tapi malu."
"Suka tapi malu?"
"Nur, saya suka pada seorang lelaki. Dia lelaki yang
baik, hati saya kacau. Saya kenal dia biasa-biasa sahaja, tapi saya suka
dia."
Sahabat ana senyap. Kemudian angkat bahu.
Ana senyum dan meraih tubuh sahabat ana, memegang tangannya
kejap dan erat.
"Umur baru 22 kan?"
"Sahabatku, yakinlah pada ALLAH. Soal cinta dan jodoh
ni, Nur pun tak pandai. Apa yang Nur ingat dan pernah baca,kalau kita pendam
perasaan kita, kita simpan baik-baik, itu dikira jihad."
"Bersabar dan berdoalah. Jangan sempitkan skop 'usaha'
itu. Menjadi wanita mahupun muslimah yang solehah itu juga usaha.Kita usaha
tambah ilmu, ilmu sebagai muslimah, isteri dan ibu. "
"Ingat, ALLAH sudah menetapkan jodoh kita. Buatlah
macam mana pun. Andai dia jodoh kita, Allah pasti akan pertemukan jua."
"Sahabatku, suka dan cinta itu fitrah. Fitrah yang
perlu kita jaga dan pelihara dengan baik. Jangan biarkan fitrah melulu tanpa
pedoman."
Sahabat ana tampak seperti bersemangat kini. Dia memandang
ana penuh pengertian.
Ana menyambung lagi.
"Salurkan rasa cinta kamu kepada ALLAH. Perasaan cinta
itu datang dari ALLAH.Jadikan, kembalikan ia pada ALLAH."
Akhir pertemuan, ada titisan air mata di hujung pipi sahabat
ana.
Berdetak hati ana.
Terakhir kalinya, ana dipeluk dengan penuh rasa kecintaan.
Perlahan ana bisikkan, "Serahkan urusan ini kepada
ALLAH, insyaALLAH, ALLAH punya jalan yang terbaik."
So mana lebih sakit untuk ditanggung? nak pendam jek sampai
bila bila atau nak luahkan jek? berdasarkan pengalaman dari sekeliling, ramai yg
memilih untuk pendam tapi ada jugak yg memilih untuk meluahkan. Depends on their situation jugak la, sebab bagi aku ada 2 risiko yang perlu korang tanggung kalau meluah :
pendam perasaan tentang cinta?
ermm. orang kata kalau dah suka atau cinta tu jangan dipendam lama lama. kalau dah terlepas, diri sendiri jugak yg merana. masa tu nak menangis air mata darah sekali pun dah tak berguan. kalau dah jadi suami/isteri orang takkan kita nak runtuhkan masjid orang lain? ye tak?
atau nak luahkan jek?
macam mana pulak rasa sakitnya bila kita luahkan perasaan but then.., cinta bertepuk sebelah tangan..! kalau kena tolak secara softskill takpe la jugak kan..? cuba kalau kena tolak macam ikan mentah lagi busuk di campak macam tu jek. tambah lagi sebelum meluahkan perasaan tu kita berkawan dengan si dia tapi lepas luahkan jek terus jadi lawan. asal jumpa jek dua dua muka masam. omg! tak bleh nak imagine!
Ok, now aku nak tanya korang, kalau korang skang dalam situasi macamni, korang akan buat apa ek..??
hi ct, sy skrg sdg dalam dilema.. bace kisah ni maca sdh plak.. thank you for sharing tp memang sakit klu kte pndm prasaan kte kat seseorang.. kte tak tahu hati dy nak ke tak kat kte kn.. =(
ReplyDelete