Thursday, December 26, 2013

Keputusan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 JKM & JPNIN

Assalamualaikum wbt..

Mesti korang tertunggu-tunggu keputusan yang aku dapat masa interview Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 JKM aritu kan..? kalau yang tak ingat sila rujuk entry INI.

Ok, aku malas nak cerita panjang.. So this is the result.. ermm..



Ok, aku pasrah je.. masih boleh senyum sebab aku tahu apa sebab aku tak dapat jawatan nih.. memang menghampakan sebab yang aku tunggu-tunggu selama ni tak xdapat pulak.. TAPi korang nak tahu satu benda tak..? aku lama dah pendam tapi aku tak ready nak bagitau.. huhu.. *poyo kan* haha

Ekceli kan, aku dah dapat post Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN). Alhamdulillah syukur.. Aku tak buat pun entry pasal temuduga tu, sebabnya aku tak yakin yang aku akan dapat.. Sebabnya pulak jawatan ni kat JPNIN hanya ada 3 sahaja kekosongan di seluruh Malaysia waktu tu then calon pulak ramai, ratus-ratus camtu la kot.. 1 je kosong kat Sarawak. So, peluang tersangatlah tipis and aku tak berharap sangat pun nak dapat kat JPNIN ni sebabnya masa tu aku masih mengharapkan dapat kat JKM. huhu. oh, btw, aku g interview ni bulan 4 kot, sebulan lepas aku g PAC JKM.. lupe lak tarikh bile ek.. Tapi masa tu, keputusan xdapat lagi.. Aku baru dapat keputusan ni masa SPA kol aku hujung bulan Oktober aritu.. giler tak nanges+terkejut.. Aku sempat lagi tanye dorang berapa orang budak Sarawak yang dapat, kot-kot bleh teman aku time lapor diri nanti kan. Dorang kate budak Sarawak hanya aku sorang yang dapat. Giler, makin lebat air mate aku.. Terharu + sebak + tak tahu nak kate ape2.. Syukur sangat-sangat. Mungkin, rezeki aku kat JPNIN ni kan.. Kita ni manusia yang merancang je, Allah yang tentukan segala-galanya.


Sharing is caring kan korang?  peace yo! love u'all..
Last but not least, aku bersyukur kepada ALLAH Taala atas rezeki yang aku dapat ni.. mana tau rezeki lain pulak dapat lepas ni kan.. *rezeki anak* =")

So, nak tanye korang jugak sape yang ade g interview JKM aritu, ape result korang...? jom la share kat sini, tak kisah la dapat ke tak dapat ke.. kita boleh kongsi pengalaman dan kegembiraan kan..?

Wassalam..

Tuesday, December 24, 2013

Jawatan Kosong : Sarawak Energy Berhad

Assalamualaikum wbt.. 
Kepada geng-geng sarawak aku yang tengah carik kerja sekarang, ni ha peluang untuk korang.. try tau, jangan tak try! mana tahu rezeki korang kat sini kan.. =) 
Wish u'all gud luck semua! 


JAWATAN KOSONG : Sarawak Energy

1. MANAGER / SENIOR MANAGER, CIVIL STRUCTURES – E5/E6
2. MANAGER, ENGINEERING GEOLOGIST – E5
3. ELECTRICAL ENGINEER (SYSTEM PLANNING) - E1/E2
4. CLERK – NE3
5. SENIOR ACCOUNTANT I/II – E3/ E4
6. ACCOUNTANT I/II – E1/ E2
7. EXECUTIVE, MEDIA RELATIONS – E1/ E2
8. EXECUTIVE, BRAND AND DIGITAL MEDIA – E1/ E2
9. TECHNICIAN (MECHANICAL) – NE3/NE4
10. OPERATOR (BTG CCR) – NE3/NE4
11. TECHNICIAN (PPO) - NE3/NE4

Tarikh tutup: 29 Dec 2013 - 2 Jan 2014

Maklumat lanjut >> http://infojawatankerajaan.com/jawatan-kosong-2013-di-sarawak-energy/

LIHAT JAWATAN LAIN DI FACEBOOK :
INFO LANJUT >>https://www.facebook.com/infoJawatanKerajaan

P/S: Tolong klik "Share" , sebarkan dan 'tag' kawan2 yang lain.

* Bantu rakan anda yang tengah mencari kerja ~
* Kongsikan dengan rakan anda ~

Wednesday, December 11, 2013

Ada apa dengan tarikh 11.12.13??



Assalamualaikum semuaa..

11.12.13....

Kompom arini ramai yang update pasal tarikh ni kan..?
haha.. kalau bagi aku bukan penting sangat pun.. =D
Tapi, untuk pengetahuan korang, tarikh ni akan berulang setiap 823 tahun.. So..? Tahun ni je la kot kite jumpa tarikh ni sepanjang hidup kan? *sumber ni aku dapat masa tengok MHI pagi tadi* hihi

Ok, pada tarikh ni jugak kompom ramai yang book nak nikah kan..? antaranya korang tau-tau la kan, Zain Saidin ngan Che' Ta kite tu... dan sorang lagi pereka fesyen terkenal iaitu Jovian Mandagie ngan pasangannya Nina Ismail Sabri.. Pape pun, aku doakan dorang ni bahagia till Jannah.. InshaAllah..aminn.. =)

Jom tengok gambar kad kahwin dan pre-wedding dorang yang awesome tu... aku taknak komen pape, tu keje dorang kan.. just doakan yang baik-baik je untuk dorang k..


sumber : enchek google! 


nampak mahal siotttt!! hihi..
ni time malam berinaiii uolss.. =)

RCWZS-time tunang kalau xsilap aku..






nampak kiut dorang kan! aku suka caption ni!
kad kawen dorang siap ade perfume lagi! naissss...

prewedding dorang ni kat PARIS jugakk..



ok, sekian untuk arini.. selamat bernikah, selamat bersanding, selamat melahirkan anak, selamat berkapel dan selamat lah semuannyaaaa.. =) peace no war ok!