Buat Duit Blog
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts
Showing posts with label info kesihatan. Show all posts

Tuesday, December 22, 2015

PROLAPSE TU APA?

tim87 | 1:21:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang.

Jangan pelik pulak aku sejak dua menjak ni share pasal info kesihatan. Sebabnya sekarang aku tengah buat kajian untuk aku sendiri apa penyakit aku ni. huhuh.. Tak nak jumpa doktor punye pasal. Bukan nak cakap aku ni berpenyakit, cuma sometimes tu aku selalu rasa tak sedap badan and aku try la tanya dokter gugel yang tak berapa nak dokter ni. Ade info yang sahih dan boleh dipercayai ada yang tak. So, yang ni info daripada Pakar Sakit Puan sendiri eh.

Haaa, pernah dengar tak prolapse ni apa??




Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’)  
Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.


 Gangguan perkencingan.
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.   Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.

Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.     Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami.     Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.   Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.    Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan.     Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

Sumber : Dr. Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan)

Untuk pengetahuan semua, tahun lepas aku pertama kali mengalami keadaan PROLAPSE ni. Tapi tak teruk sampai rahim tu terkeluar. Cuma jatuh dari tempat asal je dan menyebabkan aku sukar nak ke buang air. Erkk.. Baru la aku tahu ada jugak kes macam tu. Tak sanggup nak share gambar ngan korang.

Back pain tu pulak aku memang dah lama ngidap dari dulu. Dah cek sebelum ni tapi takde pape doktor cakap. Tapi pelik jugak kenape eh aku selalu sakit pinggang or sakit belakang. Lama aku buat kajian atas diri aku sendiri ni. Haishhh.. Macam-macam dah carik punca apa tapi tak jumpa. Simptom-simptom penyakit banyak la pulak. Ermm.. Mintak dijauhkan lah penyakit-penyakit ni eh.. Takutt oiii..!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, December 21, 2015

TANDA-TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM!

tim87 | 7:00:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Kalau haritu aku sahre pasal Kanser Rahim, ni pulak nak share pasal sikit Simptom Fybroid dan Cyst. Kalau yang dah ade tanda macamni sila ke klinik ok. Erkk, seram tengok! 

Fibroids ni sebenarnya adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.




Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.




SIMPTOM!

  • Gangguan Haid
  • Keputihan
  • Masalah ketidaksuburan
  • Kemandulan di kalangan wanita
  • Hubungan suami isteri yang dinging atau sakit ketika bersama
  • Perut kembang
  • Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
  • Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
  • Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
  • Kerap letih dan lesu
  • Sakit lutut dan tumit
  • Kesekukan kaki dan tanggan
  • Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
  • Kerap keguguran
  • Ketumbuhan fibro dan cyst
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

So untuk wanita yang kat luar sana, sila jaga kesihatan masing-masing ok. Ni reminder untuk aku jugak yang kadang tak hingat dunia kalau buat kerja. Ada beberapa simptom tersebut aku alami cumanya aku tak pernah lagi buat check up kat hospital or klinik. Takut beb! hohoo. Aku ni nampak je kental tapi kecut jugak kalau part-part macamni. 

tolonggggggg weyyyyhhh!!

xoxo,
bercakap dengan bintang