Buat Duit Blog
Showing posts with label feeling down. Show all posts
Showing posts with label feeling down. Show all posts

Wednesday, March 11, 2015

Sejarah hitam kembali lagi..!

tim87 | 2:24:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaa.

Ermm. Kembali? Yess, sejarah hitam tu kembali lagi. Tak tahu nak story macamana ni. Almost a year dapat tahu daripada mulut doctor tu. Lupa dah nama doctor pompuan tu. Hopefully tipu. Yup, aku yakin ada miracle. Tak nak down, tak nak down. Allah Maha Besar kan.

Beberapa hari lepas tanda-tanda sejarah hitam tu dah ada tapi aku tak expect pun benda tu kembali lagi. Sejak semalam tak dapat tido. Gelisah. Sampai la nak pengsan balik kerja petang tadi. Pitam je. Nyaris nak jatuh beb. Selamat masih ada staff sorang kat opis tolong tengokkan. MashaAllah, again! Memang sakit tu datang lagi. Badan macam dehydrate, gigil je. Padahal dah paksa diri lunch tadi. Air pun banyak minum. Penat tau asyik ke toilet je. Haisshh.. Kalau tak mengenangkan kerja banyak, dah lama aku balik tido je. Ya Allah, aku tak kuat ni. Makkkk...!! mek sik kuatt tok..! :"(

Hmm.. Bukan nak rahsiakan dari sesiapa, tapi... mungkin demi kebaikan semua. Sorry mak, bapak, family semua. Terpaksa k. Sorry semua. kalau korang ditempat aku, korang nak bagitau tak ngan family kalau dapat tahu korang ada penyakit? Aku buntu weh.

Segalanya bermula tahun lepas, kalau tak sakit, kalau tak terpaksa jumpa doktor, aku takkan tahu sampai skang ni. aku ingatkan sakit biasa. Rasanya itulah sakit paling sakit aku lalui dalam sejarah hidup aku. Now datang kembali. Tapi tak seteruk yang lepas. Sampai tak larat nak angkat, kalau jalan pun memang slow tahap siput. Sampaikan nak solat pun kena duduk je. Sakit tu yang tak tahan beb. Sakit tu aku tak leh nak explain camner dah skang. Ada masa macam menyerang pulak macam skang ni la..

Kebetulan tahun lepas, bulan yang sama, aku kat KL. Enchek somi pulak kena bertugas untuk PRK Kajang. So, rugi cuti aku kat situ. Langsung tak dapat nak spent time together gether ngan dia. Dalam masa yang sama jugak, Allah turunkan dugaan yang sangat hebat untuk aku. Menangis je sepanjang masa. Sampaikan aku boleh gitau enchek somi, mana lagi penting? PRK tu ke bini dia sendiri. Aku just nak dia amek cuti temankan aku yang sakit, itu je beb. Takkan tu pun pihak atasan nak sekat kan. Kalo jadi pape kat aku sensorang kat umah time tu, baru dorang nak bagi cuti? Baru dorang nak sedar? Gitu? Aku tak mintak pape pun, cuti je! Sies beb, orang sakit memang sensitip habes!

Now tanggung sakit sorang-sorang. Kalau tahun lepas, enchek somi balik rumah tengah malam baru aku makan. Tu pun dia yang amekkan. Aku memang terlantar je. Nak bangun pun sakit. Pagi-pagi sebelum dia g standby kat Kajang tu, dia masakkan air panas untuk aku mandi. Doktor suggest supaya aku stay kat hospital masa tu, nak tambah air dan masukkan tiub and so on. Aku pun tak berapa tahu sangat bahasa doktor ni. Tapi aku taknak, aku tak mampu beb. Mahal giloss. Time tu aku buat checkup kat private hospital, somewhere kat Taman Melawati. Tanya untuk admit semalam je dah cecah riban riban. Tak mampu mak jemah ni. Kesian pulak enchek somi. So aku decide rest kat rumah je and amek ubat yang dah cecah ratusan jugak. Terpaksa telan sebab nak baek cepat. Sorry b..

Tapi tak sangka pulak sakit ni kembali lagi. Macam trauma pun ada. Time ni aku sendirian je. Tanpa suami di sisi. Sebak sangat ah. Balik keje petang tadi jiwa tak berapa nak tenteram sebab pikir kesakitan yang melanda skang. Nangis je. Tahan sakit satu hal. Sakit wehh.. Sakit sangat. :'(

Erkk. Pernah aku cakap cenggini kat enchek somi tau, kalau aku mati nanti aku nak mati kat pangkuan dia sendiri. kalau apa-apa jadi kat aku, aku cakap cariklah yang lagi better dari aku  ni. Aku cakap aku redha je. Ermm.. kejam kan aku? Terukkan? *Sigh* Dia cool je. Yah, memang dia lelaki tabah. Dia tegur aku balik sebab cakap pelik-pelik. Tapi tak pelikkan. Mati tu kan PASTI. Ermm.. :"(

To b..
B, mun b baca tok, mek harap b paham situasi mek. Tapi mek tauk b sikkan baca pun sebab b sik tauk mek da blog. Tapu sekpa, nitauk masa mek sekda dudi ari klak b terjumpa nak. Ermm..... Mun b ada time tok, ada juak b ready k makan mek ctok. Ada juak b ready aek panas k mek mandik. Papah mek masok toilet ka dapor ka. Mun mek nangis, da juak b coolkan mek. Tengah malam terjaga, mek nangis. B sanggup angkat juak nak pujok ati mek. Down abis mek masa ya b. Kinek tok, dah start balit rasa down ya b. Mek cuba tahan & sabar macam b suroh ya, tapi sik pat juak. Mek mintak maaf mun mek sik crita benar pasal tok b. Mek sikmok b susah ati. Mek sikmok b nyampe hal tok ke family pasal tok. Mek sikmok nyusah sapa-sapa. Mek sayang suma orang. Mek mintak maaf gilak-gilak b. Maybe wife b tok banyak polah salah ngan b samada sedar or sik sedar. Thanks juak for everything sayang. Nya banyak sabar ngan olah mek. Bena padah kawan mek. B nang cool gilak-gilak walaupun b tauk wife b tok nang sot sikit. Gik nak skalor cam nembiak. But honestly, dah ya nang perangey mek nak. B pun tauk nak. Thanks b. Mek mok nya tauk mek sayang nya gilak-gilak. Mek sik mok ilang b. B doa mek cepat bait oh. Rindu b gilak-gilak. Sedeh bila b salu padah "doa-doa b dapat pindah, ada orang mok jaga deng". Sebak eh. I know i can't be your perfect wife b. But i try. 
Thanks again sayang. :"( 

-lovely brutal wife-


I'm sorry uolls sebab terpaksa speaking pilipin sikit dalam ni. Kalau tak paham buat-buat paham je k. Aku buntu ni weh! Aku try tau buat aku hepi ni. Tapi kenapa takleh ah? Aku nak aku yang dulu. Hepi go lucky je. Ni sikit-sikit nanges, sikit-sikit nanges. Bukan aku nak semua ni!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aku tak mintak pun nak jadi cenggini tau tak! Huaaaaaaaaaaaaaa.. Allah je paham perasaan aku skang. :"(

Berikan aku kebahagiaan Ya Allah. Baru nak eksaited sebab minggu depan aku fly to KL. Semoga Allah sembuhkan sakit yang aku alami sekarang.

Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu yang selalu alpa ni. :"(

Semoga Allah redha. :'(



Xoxo, 
bercakap dengan bintang

Friday, February 06, 2015

FEELING DOWN!

tim87 | 2:09:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum dunia. Salam Jumaat yang indah lagi mulia.

Down. Korang pernah tak rasa down yang teramat amat sangat sampaikan tak boleh lagi nak menanggungnya? Tak dapat kita gambarkan dengan kata-kata. Ermm.. skang Allah SWT uji aku dengan pelbagai cara. Lepas satu, satu yang datang. Banyak dosa agaknya. Astagfirullahal’azim.. Ampunkan hambaMu yang lemah lagi tidak berdaya ini Ya Tuhanku. *sebak*

Seperti biasa aku ni jenis pemendam perasaan. Sebab itu kot, sakit sangat menanggung masalah. Sampaikan buat apa-apa kerja pun aku boleh “hujan”. Honetsly, ini entry pertama aku begini. Agak poyo jugak disitu. Kan? Ok, dah tak hensem disitu. Argghhh! Siess beb, aku jarang nak nangessss camni & aku pun bukan jenis suka nangesss!!! Dulu aku selalu je gelakkan orang, aku cakap kalo nanges tu minah cengeng! Ha! KARMA la ni kot. Tuhan itu adil. Padan muka aku.! Tapi itu la teman baek aku skang, air mata. 

By the way, aku pernah baca satu artikel ni, tapi lupa sumber mana. Begini la bunyik nye :

Untuk menyembuhkan sakit hati : keluarkan semua perasaan, tak perlu dipendam. Menangis jika sedih, teriaklah bila kesal.
Tapiii aku bukan peluahhhhh,.... macamana nii...  ='(

Korang mesti blur dengan ape yang aku nk taip ni kan? Aku pun blur. Jiwa kacau. Tak tahu nak mulakan macamana. Ape yang aku taip ni pun aku tak tahu. Ok, ekceli aku macamni sebab masalah kerja aku. Banyak masalah datang bertubi-tubi sampai tak tahu nak start mana satu. Maybe berpunca daripada aku sendiri yang tak pandai nak manage diri and so on. Sumpah weh, aku tak boleh jadi pegawai! Aku tak boleh memimpin orang kalau aku sendiri yang tak terpimpin. Aku down sebenarnya beb! GIVE UP! Semua yang negative tu ada dalam diri aku sekarang. Aku sedar, mungkin ini suratan takdir aku. Tiba-tiba pulak aku rasa aku salah pilih jalan arr. Salah buat keputusan. Semua ni salah AKU! 

Takde sapa pun yang paham situasi aku skang. Banyak murung, termenung, nanges, pendiam. Arghh, menipu diri sendiri semua tu! Aku kaburkan dengan senyuman dan gelak tawa aku.  Yess! Aku memang kaki gelak sejak azali. Kalau orang yang rapat tu mungkin perasan perubahan diri aku skang. Tentang rasa, berapa kerat je orang nak amek pedulik pasal kita kan. Tentang perasaan, sape nak amek tahu pasal perasaan aku nih? Sapa aku pada dorang? Hmmmm..*sigh* penat mengeluh. Orang kata tak baek mengeluh. Tapi aku mengeluh jugak! Tampar sket muka aku ni beb, bagi sedar sket!

Eh korang, aku rasa kan aku ni macam tersisih arr dalam jabatan aku skang neh. Berapa kerat je nak tolong aku. Mungkin aku tak sehebat dorang kot. Nampak rendah je orang pandang aku. Aku tak pandai buat kerja agaknya. Kawan? Errmm.. aku xbanyak kawan dalam jabatan ni. Ade ke orang nak kawan ngan minah mereng neh? Ade pun beberapa kerat je kot. Tu pun dah sikit-sikit akan meninggalkan aku sorang-sorang dalam jabatan ni. Masing-masing dapat karier baru. Kalau dorang blah semua, tinggal la aku seekor. Sebak plak ni ahh. Bukan apa, orang yang kita baru nak rapat, nak share pasal keje, dah sorang-sorang nak blah dah. Hilang semangat aku. Oh, lupa nak bagitahu, budak Terengganu yang satu ofiz ngan aku tu dah transfer daaa..Aku pernah story kat entry SINI. Skang kitorang kat Kapit ni ade 2 kekuatan je di pejabat. Rezeki masing-masing kan, aku sape je nak halang dorang.

Back to cerita tadi, kita Selalu kata , “xde apa apa” kalau orang tanya kan?
tapi dalam hati kita, hanya Allah je yang tahu.
keperitan yang kita rasa…
Ada perkara yang tak dapat kita nak ceritakan pada SAHABAT dan hanya pada ALLAH kita boleh luahkan…

Kenapa aku teruk ni ah? Kenapa teruk sangat down aku ni. Putus asa sangat-sangat nak teruskan perjuangan ni. Aku dah rasa tahap nak resign dah! Siess ni beb!


Rasa nak lari pergi ke Planet Pluto. Biar takde sape carik. *Ade ke orang nak carik aku ah?*
Haihh.. Aku penat nak hadap semua ni weh. 
Penat!
Penat dengan permainan duniawi.


xoxo,
bercakap dengan bintang.