Buat Duit Blog
Showing posts with label Nota Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Nota Jumaat. Show all posts

Friday, June 26, 2015

Nota Jumaat #7

tim87 | 9:26:00 AM | 1 Comment so far
Assalamulaikum korang..

Arini nota jumaat kembali lagi.. Just nak share, janganlah kita ni berlebihan dalam pengharapan kepada insan, tetapi lebihkan doa kerana Allah tempat bergantung harap. Errmmm.. Aku buat peringatan untuk diri sendiri sebab aku ni kadang-kadang selalu bergantung harap pada seseorang yang aku percayai. Tak semua ok. Certain orang je. Ermm.. mungkin tu boleh buat aku lega dan cool down. 




Selamat berpuasa dan salam jumaat.


xoxo,

bercakap dengan bintang

Friday, May 08, 2015

Nota Jumaat #7

tim87 | 6:31:00 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum semuaa..

Salam jumaat koranggg! Nota Jumaat yang ke 6 ni pun remind tentang Sunnah pada hari Jumaat.


Yang first, sunnah memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

Kata Nabi SAW: 

“Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Sahih, Abu Daud:1047, disahihkan oleh al-Arnaouth)

Yang kedua, banyakkan berdoa kepada Allah swt terutama pada penghujung Asar.

“Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan mengabulkannya. Oleh itu, carilah ia diakhir waktu setelah asar.” (Sahih, Abu Daud: 1048, di sahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)

And yang ketiga tu adalah membaca surah Al-Kahfi. Aku pernah buat entry jugak before ni tentang kelebihan membaca Surah Al-Kahfi.

Rasulullah SAW berkata: “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Sahih, al-Hakim:3392, disahihkan oleh al-Albani)

Semoga bermanfaat!



xoxo,
bercakap dengan bintang.

Friday, May 01, 2015

Nota Jumaat #6

tim87 | 6:12:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaaaa..


Friday, April 17, 2015

Nota Jumaat #5

tim87 | 2:12:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum duniaaa..

Aku just nak share sunnah-sunnah untuk kita laksanakan pada hari Jumaat.
Semoga bermanfaat..



xoxo,
bercakap dengan bintang

Friday, April 10, 2015

Nota Jumaat #4 (DIAM)

tim87 | 1:45:00 PM | Be the first to comment!
Assalamulaikum duniaaa..
Salam jumaat. =)

DIAM? yesss, topik hari ni adalah diam. So, korang baca entry ni pun kena diam jugak, baca dalam hati jerk.. hihi! Syarat tu! hihi. Saja je gurau kasi ilang stress kerja.

Sumber : PINTEREST

Korang perasan tak, ramai orang termasuklah rakan sendiri bila bercakap atau tidak berpuas hati pasti akan mengeluarkan perkataan yang kesat dan penggunaan kata-kata yang kesat itu pasti mengguris perasaan seseorang. Dan ramai orang jugak yang suka mengeluarkan pendapat tanpa menggunakan akal fikiran dan fakta. Ikut sedap mulut bila bercakap. Berdiam diri tidak semestinya kita takut kerana salah tapi kita lebih berhati-hati dalam mengeluarkan pendapat serta mengelakkan diri  dari mengaibkan orang.

So, we have to remind ourself jugak. Bukan tunjuk orang jerr.. Diri sendiri kena ubah jugak. semakin kita banyak bercakap semakin jelas menampakkan diri kita di dalam orang yang kurang ilmu dan mudah terjerumus ke dalam api neraka. Apa yang aku maksudkan banyak bercakap ialah bercakap tentang perkara yang tidak membawa faedah seperti mengumpat dan mengutuk. *ehem, kadang-kadang aku terrrrrfollow jugak* Takpe, muhasabah diri tak salah kan?

Sebab itulah bila kita banyak bercakap kita kena berhati-hati. Kebarangkalian untuk untuk kita menipu dalam percakapan sangat besar dengan memberi maklumat yang salah.

Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Jadi, eloklah hanya berdiam sahaja. Tapi tak elok juga kalau simpan lama-lama dalam hati. Sebab dari hati, boleh bercambah benih kebencian. Dan dari kebencian, bercambahlah kejahatan. Dan dari kejahatanlah, manusia berperang.

Pernah terbaca faedah berdiam ni. Lupa sumber kat mana. 

Diam itu:

1) Ibadah tanpa susah payah (tanpa Modal).
2) Perhiasan tanpa perlu berhias.
3) Kehebatan tanpa kerajaan.
4) Benteng tanpa pagar.
5) Kekayaan tanpa minta maaf pada orang.
6) Istirehat bagi malaikat pencatat amal.
7) Menutupi segala keaiban atau diam itu keindahan bagi orang. alim dan penutup bagi orang yang bodoh.


Ok, so now. Kena jaga la MULUT tu ok. Aku remind aku sendiri. Sebab aku ni minah terlepas cakap jugak. Cakap main lepas je, tak pandang kiri kanan. huhu. InshaAllah, slow-slow la kita ke arah kebaikan kan.

Semoga bermanfaat.
Love uolls.
Muahhhciked.

xoxo,
bercakap dengan bintang.

Friday, March 13, 2015

Nota Jumaat #3

tim87 | 11:06:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaa..

Sekadar perkongsian dan peringatan untuk kita bersama ok. 
Aku tahu semua dah tahu mende ni.. Cuma nak bagi peringatan diri aku je. 




Semoga bermanfaat.
Sayanggg korangg!
Mmmuahhhcikked!


Xoxo,
bercakap dengan bintang

Friday, March 06, 2015

Nota Jumaat #2

tim87 | 2:07:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum duniaa.


Xoxo,
bercakap dengan bintang