Firstly nak ucap Salam Ramadhan 1437H untuk semua bloggers, readers, family and friends.
Sedar tak sedar, kejap je masa berlalu kan..?
InshaAllah, bermulalah pesta ibadah sempena bulan mulia ni kan. Banyakkan istighfar dan solat taubat (note to myself), moga-moga kita boleh mulahkan Ramadhan dengan hati yang tenang dan diterima segala amalan. Ya aku tahu aku pendosa. Ya Allah.. Buruk perangai aku kalau di flashback balik. :'( tskk.tskk..
Apa pun yang terjadi sebelum ni, memang menduga iman dan kesabaran aku. Banyak peristiwa yang jadi sebelum Ramadhan tahun ni. Ermm.. Maafkan aku including family and friends. Besar sungguh dugaanMu Ya Allah.
Pada yang menyakiti hati kecil ini, takpa, aku sentiasa maafkan, seperti mana kita juga mahukan keampunan dari Allah swt. Meskipun memberi maaf itu sangat memerlukan kekuatan hati dan jiwa agar kita boleh terus ikhlas.
Masuk tahun ke 3 aku berpuasa sejak masuk jabatan ni. Tahun pertama (2014) dalam bulan ni jugak merupakan bulan dugaan besar aku dalam jabatan ni. Kena maki teruk dalam mesyuarat and that is my first time sepanjang aku hidup dan sepanjang 8 tahun aku keja! MasyaAllah, tak boleh lupa sampai sekarang. Terngiang-ngiang sangat bila ingat balik. :'(
Tahun ke-2 (2015) berpuasa ditempat orang, di jabatan ini, aku dah mula tabah. Aku dah mula accept tempat aku diperantauan. Aku dah mula accept dugaan dalam jabatan ni. Sebab ape? Sebab aku ada sahabat yang memahami. Dia kuatkan aku bila aku down, bila aku jatuh. Bila aku di kritik macam-macam. Maybe tu cara dia nak pujuk aku supaya aku back to normal la kot. Eh, tak normal ke.? yess tak normal sebab down tu bukan prinsip hidup aku. Susah senang sama-sama kitorang share. Gelak bodoh-bodoh je. Tah isu ape tah semua nak digelak. haha. Sahabat, aku rindu ko sangat. Sahabat dan kawan tak sama tau! Ermm.. Tapi tu dulu kot. Skang? Tahh.. Masing-masing bawak haluan masing-masing. Aku faham, takkan selamanya orang nak bersahabat dengan aku ni lama-lama. Aku sedar kekurangan dan kelemahan aku. Bila throwback balik, Allah.. rindunyeeee masa tu.. Ya Allah, sebaknye ni.......
Oklah, aku cuba kuat. Tenangkan hati sempena Ramadhan yang mulia ni. Sumpah aku tak kuat sekarang. Besar masalah peribadi aku yang aku tengah hadap sekarang ni. Semua berkaitan masa depan aku. Gelap dah masa depan aku weyh..Yess aku pemendam. Sakit sangat ni.
Allah. Kuatkan hambaMu ni.
Salam Ramadhan Kareem semua. Semoga diberi keampunan dari Allah atas dosa-dosa yang tak terhitung.
p/s : aku rindu ko sobat.
Mohon maaf,
bercakap dengan bintang
1 comment :
Salam Ramadhan too Nabila! =)
Post a Comment