Calon-calon temuduga mesti tunggu-tunggu aku punya entry ni kan..? Ramai yang inbox n comment kat entry lama aku pasal dokumentasi, MIT Test, ujian fizikal dan sebagainya. Tak kurang jugak yang tanya personal kat whatsapp aku. Actually kitorang ni ada group untuk calon inspektor ambilan 2015 ni. Tapi awal November lepas aku left group atas sebab-sebab tertentu dan yang pastinya aku tak bergelar calon inspektor polis lagi. Huhuhu.. sedihhh siot.. impian aku musnah macam tu je.
Baru-baru ni dah keluar result MIT Test untuk calon-calon Inspektor ni kan? Camner result korang eh? Hopefully semua berjaya melepasi step maut tu. Memang susah siott nak lepas. Tanya lah orang-orang yang dah pernah attend MIT Test yang lepas.. komfem jawab susah nak lepas. Hmm.. entah lah.. benda tu bergantung pada rezeki jugak kot. Kan?
Ok, pada yang dah dapat jadi calon interview inspektor tu, aku doakan korang berjaya melepasi step ni. Aku rasa step MIT Lagi maut daripada step ni. Step last ni sebenarnya bagi aku asalkan dapat tackle hati penemuduga jugak. Walaupun korang dapat jawab soalan dengan baik, korang kene kental kene saiko dengan dorang. Kuat saiko beb! Nama pun polis kan. Lagi-lagi untuk korang yang akan jadi pegawai ni. Bukan senang nak dapat title pegawai tau dak! Haaa.. nak sangat kan!
Oh, mesti yang tanya aku dapat ke tak interview tu. Ehehe.. ermm.. biarlah aku dan family aku je yang tahu k.. hihi. Biarlah rahsia sangat kan..
Difahamkan temuduga ni akan start 10 Disember 2015 sampai 22 Januari 2016 seluruh Malaysia. So, pada yang belum semak nama, sila ke SSO dalam website RMP. Before ni aku pernah ajar camner nak check. Korang dah boleh check nama starting 6 Disember 2015 yang lepas dah. Mana tahu kot kot ada yang tak tahu lagi kan.
Ni aku nak share sikit pasal tips temuduga untuk inspektor ni. Korang study la sikit-sikit apa yang aku cakapkan ni eh. Masuk tak masuk pun 2 3 perkara daripada apa yang aku gitau ni. Tak pun masuk semua.. ngeh ngeh.. aku kan peramal tegar soalan interview. Huaahuaa!
10 TIPS TEMUDUGA INSPEKTOR POLIS
1. Masa masuk bilik temuduga tu, bagi salam dulu. Jangan bongkok-bongkok, kena nampak segak and tegas. Suara mesti lantang. Korang kena tahu jawatan panel kat dalam tu. Contoh : "Selamat pagi Tuan!!" Kalau dorang suruh duduk baru duduk. Ingat!! Jangan menyandar rileks je kat kerusi tu. Duduk tegak tahu!
2. Start jawab soalan bila di tanya. Muka korang kene kompiden! Tapi kalau boleh, jangan nampak sangat kelentong walaupun korang jawab salah! Haha!
3. Biasanya soalan pertama adalah pasal diri korang. Dalam English ke BM ke yang tu tak pasti. Tapi kebiasaan kalau interview kerja kerajaan ni memang introduce yourself in english.
4. Wajib tahu pasal isu-isu semasa yang jadi skang! Pasal IS, pasal 1 MDB, pasal esskom, or pape jela.. tu aku bagi contoh je. Contoh soalan : Apa pendapat awak pasal 1MDB? Krikk...krikk..
5. Kena tahu apa sebab korang nak sangat jadi polis ni. Jawapan korang jangan cliche sangat! Konon minat kan. Haha! Itu dusta semata. Tak semua yang apply ni minat. Skang ni payah nak carik kerja, so, cakap je takde choice! Muahahaha! Korang study tinggi-tinggi kena relate kan apa yang korang stduy tu dengan jawatan inspektor ni. Contoh korang dulu study pengurusan awam, so, korang pandai-pandai la link kan course korang tu dengan unit or bahagian pengurusan polis ke, or apa-apa sahaja yang korang rasa sesuai nak di cakap. Jawapan kena ilmiah sikit. Jangan nampak kebudak-budakan eh.
6. Rukun Negara, Rukun iman & rukun Islam (bagi yang beragama Islam) kena tahu! Kadang-kadang dorang tanya jugak surah lazim ke, ayat-ayat bacaan dalam solat and watsoever laa..
7. Korang kene study pasal PDRM ni. Misi, Visi, Bahagian or Unit or Jabatan yang terdapat dalam PDRM ni. Kalau dia pick salah satu unit, korang kena elaborate apa yang korang tahu pasal unit tu. Kena tahu jugak siapa PENGARAH dalam setiap jabatan tersebut.
8. Nama penuh Ketua Polis Negara ngan title dorang kene tahu. Full name k. Kene tahu berapa lama dah dia jadi KPN.
9. Apa maksud INTEGRITI? Apa pendapat awak pasal isu RASUAH kat Malaysia?
10. Kena yakin pada diri. Kalau kene saiko tu korang kena kuat. Cari sebanyak mana alasan yang boleh mengukuhkan jawapan korang tu kalau dorang cuba nak putar belitkan jawapan korang. Selawat banyak-banyak.
Sekian saja tips dari hakak. Hehe. Nanti jangan cakap hakak tak payong korang eh. Jangan bergantung pada 10 tips di atas je k. Banyak lagi yang lebih berpengalaman. Aku ni sekadar meramal dan sekadar berkongsi tips je.
Jangan lupa dokumen penting yang kena korang bawak waktu nak gi interview tu. Terutamanya yang sedang berkhidmat tu, kenyataan perkhidmatan tu penting! Sijil-sijil, gambar and watsoever yang dorang mintak.
Ada yang tanya aritu, cik ni polis ke? Macam banyak tahu pasal polis je. Bukan sorang 2 yang tanya. Ramai kot. Haha. Paling win yang dekat KLIA 2 baru-baru ni. Beli barang kat Bodyshop, akak ni polis ke? Muke sunburn, gaya pakaian macam polis. Hahha. Gelak. Member aku dok gelak je kat belakang. Iye kan aje la polis tu. Harap jadi polis la eh. Celah mana tah dorang ingat aku ni polis. Muehehehe!
Ok lah, start dari skang kene rajin-rajin baca paper. Kene rajin study and hafal pasal PDRM ni. Apa-apa pun, dapat ke tak dapat korang jangan terus give up k. Kalau allah dah kata tu rezeki korang, memang korang dapat. Kalau tak dapat tu, mungkin rezeki korang kat tempat lain. Ingat tu, jangan give up! Ni pesanan untuk diri aku jugak. Hoho.
Berserah & tawakal pada yang Maha Esa. Semoga korang semua berjaya melepasi semua halangan dan cabaran ni. Nanti kalau korang dah interview, sila apdet ngan aku apa yang di tanya k. Boleh share ngan calon-calon lain.. tak salah berkongsi kan?
Panjang pulak entry aku kali ni kan. Hopefully korang tak jemu and korang kena baca sampai habis! Mahal tau tips ni. Hihi. Aku bagi free je.. hahahahhahah!
Ok lah, salam sayang daripada aku yang hensem.
Mmuahhhcikeddd!!
Xoxo,
Bercakap dengan bintang
8 comments :
Salam, nak tanya macam mana nak masuk group tu eh?
Boleh tlg whatsapp 0145158729
Wasap 0146205668 nk msk grup plez 😂
tlong add 0176528746
tq ct. rezeki Allah tu luas. Doa dkt dia. jgn lupa dia.
add group whatapps plss :)
Salam sy mahu tnya jika bahasa inggeris ketika spm mempunyai gred gagal..sdgkn mempunyai kelulusan ijazah layak kah saya memohon inspektor????sy bimbang dengan bi semasa di spm dlu...adkah ia akan terjejas.???
salam.. mohon add group whtsup plzz 0195544724
berapa lama masa yg diambil untuk interview.,?
Post a Comment