Monday, March 21, 2016

AMALAN YANG BOCOR

Assalamualaikum korangg!

Arini aku nak share info yang aku dapat dari Dato' Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah pasal amalan dan rutin harian kita. Memang secara tak sedar banyak berlaku KEBOCORAN! Peringatan ini secara tak langsung juga untuk aku sendiri, but nak share ngan korang yang tak pernah baca. Siapa yang dah pernah baca tu timbang balik apa yang kita pernah buat.

AMALAN YG BOCOR

πŸ‘‰ Kita ambil wuduk dgn sempurna tapi membazir air. Ia umpama bekas yang BOCOR.

πŸ‘‰ Kita solat, sedekah, baca Al Quran, pergi menunaikan haji dan umrah banyak kali tapi kita sering memfitnah atau mengumpat orang. Ia umpama bekas yang BOCOR.

πŸ‘‰ Kita memberi banyak sedekah dengan belanja kawan dan orang miskin tapi kita bangga diri dan riak. Ia umpama bekas yang BOCOR.

πŸ‘‰ Kita bangun tahajud, berpuasa dan taat kepada ALLAH tapi kita putuskan tali silaturrahim dengan keluarga dan orang yang kita benci. iIa umpama bekas yang BOCOR.

πŸ‘‰ Kita kuat beramal membaca Al Quran, berzikir pagi dan petang tapi kita selalu menyakiti hati jiran tetangga, saudara mara dan sahabat handai serta selalu lepas cakap hingga menyingung perasaan mereka. Ia umpama bekas yang BOCOR.

πŸ‘‰ Kita berhias-hias pakai cantik-cantik dengan wangian semerbak bukan untuk isteri atau suami malah kepada org lain, atau jika kita belum berkahwin berbuat demikian dengan tujuan memikat. Ia umpama bekas yang BOCOR.

πŸ‘‰ Kita muliakan tetamu malah kita juga suka memberi tapi kita suka memburuk-buruk tetamu dibelakangnya dan mengungkit pemberian. ia umpama bekas yang BOCOR.

πŸ‘‰ Kita berkorban masa, wang ringgit dan tenaga demi anak-anak, suami atau isteri tapi kita sering merungut sehingga membuatkan mereka merasa serba salah. ia umpama bakes yang BOCOR.

πŸ‘‰ Kita kerap berdoa mohon keampunan tapi bila diuji dengan kesakitan, kesusahan dan kesempitan lalu kita merungut menyalahkan kenapa ALLAH jadikan hidup kita terseksa begini. ia umpama bekas yang BOCOR.

Marilah kita segera sedar bahawa segala amal baik umpama terisi dalam bekas. Jangan diBOCORkan bekas itu. Jangan diBOCORkan pahala baik disebabkan perbuatan buruk

Jangan sampai kita jadi orang yang MUFLIS dihadapan ALLAH SWT di akhirat kelak. AminπŸ’‚πŸΌ


p/s : Thanks Dr sebab sedarkan aku dari perbuatan lagha. Ermm, inshaAllah sikit-sikit aku berubah.



xoxo,
bercakap dengan bintang

No comments :

Post a Comment