Assalamualaikum korang!
Hari jumaat? Sah-sah la korang tengan bermalas-malasan buat keje kan? Ngantuk la, layan blues la ape laa.. Including me oi! wakakaka! aku ingat nak balik je ni ha.. weeee, tazzabaarrr plak. Anyway, nak share tips sket untuk korang yang ngantuk kat ofiz tu. Bangunnn weyhhh! Bangunnnnn!! hihihi.
6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat
Hari jumaat? Sah-sah la korang tengan bermalas-malasan buat keje kan? Ngantuk la, layan blues la ape laa.. Including me oi! wakakaka! aku ingat nak balik je ni ha.. weeee, tazzabaarrr plak. Anyway, nak share tips sket untuk korang yang ngantuk kat ofiz tu. Bangunnn weyhhh! Bangunnnnn!! hihihi.
6 Cara Elak Mengantuk Di Pejabat
1. Jangan Tinggal Sarapan
Sarapan merupakan sumber penting yang memberi tenaga kepada
kita untuk bergerak seharian. Selepas sarapan diri akan terasa lebih segar dan
bersemangat untuk kerja seterusnya mengikis rasa mengantuk akibat lapar.
2. Buat Rengangan Badan
Bangun sebentar dari tempat duduk dan lakukan pergerakan
kecil atau senaman rengangan badan. Jika mahu, jalan di sekitar pejabat untuk
kembalikan kesegaran.
3. Kunyah/Makan
Ambil makanan ringan seperti kuih-muih atau biskut untuk
dijadikan snack kerana kunyahan merupakan cara paling efektif untuk
menghilangkan rasa ngantuk. Buat persediaan awal dengan menyimpan bekalan di
pejabat atau beli di waktu makan tengah hari.
4. Sembang Dengan Rakan Sekerja
Berboraklah dengan rakan sekerja jika berpeluang. Ianya
dapat menghilangkan rasa bosan seterusnya memberi serta menaikkan semangat
ketika bekerja.
5. Tidur Cukup Pada Waktu Malam
Mungkin salah satu faktor rasa mengantuk di pejabat adalah
kerana tidur yang tidak mencukupi pada malam sebelumnya. Disiplinkan diri
dengan tidur awal dan rasa sendiri perbezaan pada keesokan harinya.
6. Motivasi Diri
Sentiasa rangsang diri dengan kata-kata semangat yang boleh
memberi dorongan untuk bekerja dengan lebih bertenaga lagi.
p/s : konon nak bagi reminder kat diri sendiri. wakakakak.. kononnye lah! Selamat beramal! hehe. :)
xoxo,
bercakap dengan bintang.
tips bagus ni. sy selalu je mengantuk bila di pejabat hoho
ReplyDelete