Thursday, December 31, 2015

Forgive ourselves.............

Assalamualaikum korangg!



Untuk seribu lagi silap kita,
Mampu tak kita nak maafkan diri kita?
Apart of learning how to forgive others, we should urge ourselves to learn forgiving ourselves.
Tanpa sedar, ini boleh jadi punca gerak susah ke depan,
Walau kadang kita rasa kita sudah di depan,
Tapi untuk setiap langkah itu, kita salahkan diri,
Sampai bila?
Sampai bila kau harus bunuh jiwa kau yang hari-hari cuba untuk mekar,
Aku tahu dengan masa, kau ubat hati kau yang pecah,
Dan sampai satu ketika kau tersenyum kerana kau sudah di puncak membawa hati yang sudah hampir penuh bentuknya walau masih ada parut,
Kau lupa pandang luka di kakimu,
Kerana di kaki itu kau letak salahmu,
Dan kerana itu walau kau sudah ada di puncak pun, kau paksa kaki itu memijak kaca hingga luka berdarah,

p/s: apa guna kau punya hati yang hampir sembuh tapi kaki kau luka? jadi mulai saat ini, boleh kau cuba ubat hati dan kaki serentak? Maafkan orang lain dan maafkan diri sendiri serentak?



Salam Tahun Baru 2016.
Mmmuahcikedd!



xoxo,
bercakap dengan bintang

2 comments :