Ajarkan aku erti kasih sayang
Ajarkan aku erti kasih sayang
Berkasih sayang bukan kerana terpaksa tetapi rela
Ajarkan aku erti kasih sayang
Menegur bukan kerana ego
Tetapi kerana sayang takut mereka tersalah
Ajarkan aku erti kasih sayang
Menyampaikan sesuatu kerana sayang bukan kerana aku lebih
baik dari mereka
Ajarkan aku erti kasih sayang
Membawa persahabatan sampai ke pintu syurga bukanlah ke pintu
neraka
Ajarkan aku erti kasih sayang
Layanan baikku untuk adik adik usrah mampu untuk ku layanan
sebegitu kepada keluarga sendiri
Ajarkan aku erti kasih sayang
Berusaha sehabis baik untuk kebaikan lain sehingga aku
terlarut membantu mereka
Ajarkan aku erti kasih sayang
Tidak berhenti dalam mendoakan kebaikan untuk mereka,
takutkan mereka terlarut dengan dunia
Ajarkan aku erti kasih sayang
Membimbing mereka sehingga mereka menjadi lebih baik dan
terus menjadi lebih baik
Ajarkan aku erti kasih sayang
Sentiasa melihat kebaikan dalam mereka sehingga aku mampu
mengeluarkan yang terbaik dari mereka
Ajarkan aku erti kasih sayang
Inginkan kebaikan untuk mereka seperti mana aku ingin yang
terbaik untuk diri
Ajarkan aku erti kasih sayang
Mendahulukan mereka atas apa yang aku sayangi melebihi
keperluan aku terhadap sesuatu
Ajarkan aku erti kasih sayang
Beradab dan melayani mereka dengan cara yang mereka sukai
bukan dengan cara yang aku sukai terhadap mereka
Ajarkan aku erti kasih sayang
Ajarkan aku erti kasih sayang
Dan teruslah ajarkan aku erti kasih sayang
Maka teruslah ajarkan aku erti kasih sayang
Lagi, janganlah engkau berhenti ajarkan aku erti kasih
sayang
Jika benar engkau menyayangi aku
xoxo,
bercakap dengan bintang
xoxo,
bercakap dengan bintang
No comments :
Post a Comment