Buat Duit Blog

Monday, January 04, 2016

Mencinta Kamu

tim87 | 9:26:00 AM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Aritu terstalk Instagram Hotfm976 and ada satu short video akustik dari Drama Band. Sekali dengar dah best! Puas carik tak jumpa lagi lagu tu.. Nah, lirik lagu MENCINTA KAMU! Eh, aku cinta kamu doh! Siesss besttt lagu ni. Lirik pendek, simple tapi dengar boleh rasa di awan. eh? haha.

Kalau muzik video dah keluar aku share ngan korang eh. Baru perasan lagu ni Aeypul bawak masa kawen dorang ritu. Suwiitttt uolss!


Mencinta Kamu – Drama Band

Mungkin bukan diri ini yang terbaik
Mungkin bukan diri ini yang sempurna
Namun rela ku serahkan jiwa raga
Demi memiliki semua yang terindah

Untuk mu
Untuk ku

Mencinta kamu
Akan ku kejarkan sepanjang hidupku
Biar sampai nyawa ini kan terhapus
Hanya kamu
Terbaik untukku


p/s : Mencintai kamooooo!!!
Muahhhhcikeddd...!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Sunday, January 03, 2016

Akan ada waktu.....

tim87 | 7:42:00 PM | Be the first to comment!
Akan ada satu waktu,
Seribu peluru menembak kau dari pelbagai sudut,
Terkadang tepat, terkadang tersasar juga,
Ada yang tepat zupp ke kepala, ada yang tepat zupp ke dalam hati,
Ini cerita tipu la,
Ala-ala cerita Zombie yang tak mati-mati,
Atau mungkin dongeng kartun yang tak mati-mati,
Entahlah, tapi kalau kau dah kebal dan sebal,
Dari sudut mana pun ia ditembak, kau dah tak heran dah,
Tembaklah kerana kau akan terus berdiri di esok hari,
Kerana semalam kau bukan lemah, kau cuma penat jadi bahan tembak dunia.

p/s: Yang penting, bangun pagi jangan fikir untuk tembak orang lain. Fikirkan pula untuk kebalkan sistem pertahanan diri.



Selamat kembali ke Kapit. Uhuk3.
Muahhhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Saturday, January 02, 2016

Semalam. Entry sendu tahun baru.

tim87 | 10:15:00 PM | Be the first to comment!
Semalam aku sedih sebenarnya,
Sesuatu terjadi,
Sesuatu yang di luar kawalan,
Banyak impaknya dengan masa depan aku,
Jadi sedihnya berimpak,
Aku cuba senyum tapi otot-otot senyumku seolah-olah melawan rasa palsu itu,
Selalunya elok saja senyum itu tertampal di wajah aku,
'Mari belajar bahagiakan orang lain',
Itu kata aku pada diri sendiri,
Pujuk hati untuk pujuk hati orang lain,
Semoga senyum mereka ubat untuk sakit kita,
Sehingga ke hari ini pun,
Aku buat-buat lupa tentang kerja dan belajar,
Berhenti rehat sebentar, sambil jalan-jalan sekitar bandar,
Dan aku sempat melakukan beberapa perkara untuk orang lain,
It can be someone you knew, or not,
Untuk siapa, dan apa itu, biarlah rahsia,
Dan pastinya beli sesuatu untuk diri sendiri..hehe..
Bukan untuk pujian,
Jauh sekali untuk kesian,
Hanya mahu melihat senyum pada wajah orang,
Kerana aku sendiri terlupa bagaimana untuk tersenyum,
Instead of 'likes', I hope more smiles to be collected,
And more happiness and more positive aura from other people,
Dan Alhamdulillah,
Aku sudah mampu tersenyum,
Pertama, terima kasih Allah,
Semoga setiap nikmat dan musibah itu semakin mendekatkan aku padaMu,
Hari bahagia itu milikMu ya Tuhan,
Terima kasih atas nikmat yang hadir tepat pada waktunya,
Hari buruk itu jua dariMu ya Tuhan,
Terima kasih atas musibah yang menyedarkan betapa kerdilnya aku di sisiMu,

p/s: Kalau ada yang kawan-kawan yang sedang bersedih, ambillah masa rehat sebentar. Kalau masih ada air mata, menangislah. Kita tak lemah, cuma mungkin penat sebentar. Rehat ya kawan-kawan? Dan jangan lupa cuba tolong orang kiri kanan, mungkin itu cara bermula lagi senyum kita selepas itu. Mungkin. Hehehe. Cara aku mungkin tak kena pada orang lain.

Apapun selamat malam dunia,
Mmmmuahhhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang