Buat Duit Blog

Friday, January 09, 2015

ADA APA DENGAN HARI JUMAAT?

tim87 | 1:29:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum semua dan salam Jumaat.
Kita selalu dengar Hari Jumaat ni penghulu la, banyak kelebihan la, banyak peristiwa yang berlaku pada hari tu la.. dan blaa..blaa..blaa.. Memang betul la hari Jumaat ni banyak fadhilat dan kelebihannya. Ok jom terjah sikit ape yang ade pada HAri Jumaat ni sebenarnya.


1. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
 “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”
 Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.

2. Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim, RasuluLlah SAW ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
 Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
3. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
 Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
Sabda Rasulullah SAW lagi :
“Solat lima waktu (sehari semalam) dan jumaat hingga jumaat merupakan penebus-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar” (Riwayat Muslim)
4. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”

 5. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
 6. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, 
“Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”


Ok,yang ni antara 6 je tau..Ada banyak lagi fadhilat yang ada pada hari Jumaat ni sebenarnya. Kita buat di lain entry ok. Selamat beramal dan renung-renungkan. =)

Wassalam.

Wednesday, January 07, 2015

RABU TANPA KATA #3

tim87 | 4:48:00 PM | | Be the first to comment!
speechless.. ='(


Monday, January 05, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015!

tim87 | 6:03:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum semua.

Tak terlambat lagi aku kan nak wish korang semua Selamat Tahun Baru 2015. btw, macam tipu pulak aku buat entry pertama awal-awal taun cenggini.. Kebiasaanya dah nak abes taun dah baru aku nak bukak belog! Ekekeke.. Ok, bercakap pasal tahun baru ni, mesti semua orang sebok dengan AZAM kan..? Azam itu azam ini.. errm, azam taun lepas dah tercapai ke idok..? kebanyakannya belum kan. Aku tahu sangat jawapan cliche budak-budak zaman skang neh. muehehe!

Actually kan, tahun 2014 bagi aku tahun yang sangat-sangat mencabar dan menduga rakyat Malaysia dengan tragedi-tragedi yang tak diingini., Apa-apa pun kan, kita kembali pada yang Esa, sesungguhnya Dia lah yang tentukan segala-gala yang terjadi di atas muka bumi ini. Bagi hidup aku pulak, memang tahun 2014 tu menduga segala-galanya. Banyak kesilapan besar aku buat dalam tahun tersebut. ermm, rasanya tak perlu kot aku mention kat sini. Aku ni selalu salahkan diri sebab selalu SALAH buat KEPUTUSAN!! Tapi, kawan-kawan selalu remind aku, life must go on.. errmm, hokey, i try.. tengok la tahun ni camner kan. aku kuat ke tak eh?

Tahun ni tak la nak berazam sangat pun. kang azam itu ini semua nya manis diawal tahun saja. Tengok lah nanti, azam entah kemana, orang nya entah kemana.. =D ehhee. Yes! aku cakap aku sendiri, bukan orang lain! aku ni bukan disiplin sangat pun. kadang-kadang tu abu-abu jugak.. muehehehe..

Apa-apa pun kan, aku harap ada keajaiban yang berlaku tahun ni. Semoga Allah gantikan segala kedukaan dengan kegembiraan tahun ni. Oh, lupa nak gtau, ada satu je benda best berlaku tahun lepas! hoyeahhh, aku berjaya buktikan dengan mak bapak aku yang aku dapat abiskan study aku! Tanggal 12.10.2014, tarikh keramat konvokesyen aku kat UUM Sintok. Nanti free aku buat entry pasal ni ek. Oklah, Selamat tahun baru 2015 pada semua blogger, silent reader, stalker aku dan lain-lain. Semoga korang semua lebih suksess dalam hidup! InshaAllah..

p/s : Aku nak dapatkan cek nuffnang tahun ni! doakan aku yek! Yiiiihaaaa..!

ok, ni aku terasa abesssss!! kahhkahhkahh..!