Buat Duit Blog

Friday, July 01, 2016

Selamat Tinggal Hati Merah!

tim87 | 12:17:00 AM | 22 Comments so far
Assalamualaikum korangg!

Tiktok tiktokkk.. Tertido tido aku tunggu detik 12 malam. Haha. Hello Julai!!

Dengan ini aku mengakhiri entry aku di blog ini tengah malam ni. Memang ade yang tanya kenape, tapi takleh nak jawab. And sekali lagi nak gitau, aku takkan delete blog ni, so korang still leh godek lagi info dalam ni.

Walaupun tulisan taklah seberapa, tapi who cares? Haha.

Daripada tahun 2010 berblogging sampai skang, banyak knowledge yang aku dapat dari sini. 1st blog aku dah delete dah. Haha! Krik krik. Blog bisnes kek masa tu. 2009 kot start? Eh tak ingat dah. Daripada post merapu-rapu dampai skang pun merapu lagi. Tapi entry poyo tu banyak dah masuk arkib balik. Haha. Krik krikk. Sampai skang entry yang tak post out dalam draft ade 25! Haha. Semua tergendala. Daripada tak tahu edit blog, tempek sana sini, daripada pakai classic template sampai dah berapa kali tukar jadi la template blog aku yang skang. Hihi. Try and error kata orang. Daripada tak naik traffic blog sampai la naik sikit, kira ok la kan? Hihi. Daripada xde income sampai la ade sikit income daripada Nuffnang yang baek hati sangat.

Thanks jugak to all the followers, silent reader, and semua yang lain. Daripada tak kenal kite leh kenal, share and tukar-tukar pendapat. Komen each other, exchange link, giveaway and watsoever yang ada dalam dunia blogging ni. Setakat tempoh aku berblogging ni, hanya berapa kali je menang giveaway. Haha! Tak sampai kot 10 contest aku menang or dapat saguhati. Hihi. At least cuba. Plus dapat geng geng baru!

Aku sayang korang ketat-ketat sendat sendat dan padat-padat tahu!
Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba tak lama lagi.
Maaf Zahir Batin ikhlas dari hati ni.

Kebetulan pulak malam ini merupakan malam Jumaat terakhir pada bulan Ramadan. Bulan Ramadan yang berkat ditambah Jumaat yang berkat. Moga kita hidupkan malam ini dengan ibadat. Aku juga pendosa, bukan yang sempurna.

Selamat tinggal hati merah.

Mmmuahhcikedd!

p/s : betul-betul dah makan hati sangat. Dah selalu makan hati, lama-lama hilang jugak sabar. Hmm.. Sebak bila kenangkan balik. Terasa hati betul mak jemah ni.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang.

Thursday, June 30, 2016

Hantu vs Manusia

tim87 | 5:53:00 PM | 4 Comments so far

Truth.


xoxo,
bercakap dengan bintang

Sekelip Mata!

tim87 | 10:20:00 AM | 4 Comments so far
Assalammualaikum korangg!

Arini last day untuk aku post entry kat blog ni. Sempat lagi post entry banyak-banyak until jam 12 malam ni. Sebelum bertukar ke bulan Julai. Haha. Alaaa, tak sempat la kan nak post entry pasal raya nanti. huhu. Walaupun tak lah raya sangat, ermm...

Uwarrgghhh, berat pulak hati kite. Banyak kenangan dalam blog ni tau!

Apa-apa pun, aku stick dengan keputusan aku. Mungkin ada hikmah. Ada sebab aku stop kat hati merah ni. Sebabnya..? Tepuk dada, tanya dada ang! hehe.

Sekelip mata, Dia boleh beri nikmat pada kita,
Sekelip mata, Dia boleh ambil balik dari kita,

Persoalannya, untuk berapa kelip mata baru kita sedar dan hargai apa yang sedia ada?
Atau mungkin, tunggu kita tak mampu buka mata lagi?

Allahu, jauh-jauhkan kita dari mendapat kesempatan yang lambat,

Salah satu nikmat Dia sedang saya raikan sekarang,
Jom ikut saya.

Nah, hakak payung satu gambar lama. hehe.


Selamat Hari Khamis. :)
Sayang korang ketat-ketat, sendat-sendat dan padat-padat.
Mmmmuahhcikedd!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Hello STALKER!

tim87 | 10:08:00 AM | Be the first to comment!
Assalammualaikum korang!

Agak terasa hati skang ni dengan apa yang terjadi. Aku pelik, kenapa perlu hantar stalker untuk stalk aku..? Motiff..??? Hessshh, sumpah tak paham. Yee aku tahu aku ni bukan la baek sangat pun. Tapi kenapa mesti stalk..? Dapat upah duit ke..? Bukan lah retis kalau nak paparazi sana sini STALK! Tak suka pun cakap. Paling aku tak suka bila orang kutuk belakang-belakang. Kadang-kadang kawan pun makan kawan. Eh. Ade! Ingat takde? Dunia sekarang.. Korang nak cakap, cakap lah. Pape je la adal korang bahagia. Aku tahu ape aku buat.. Allah tahu ape aku buat. 



p/s : Hello STALKER! Nice knowing you bah. 

xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, June 29, 2016

Rabu Tanpa Kata #24 (Dear member baik)

tim87 | 8:15:00 AM | 2 Comments so far

p/s : ada sebab dan sila jangan tanya sebab itu. thanks sahabat yang baek. Ko memang baek! Selamat Hari Raya ngan ko and family. Aku bukan kawan ko yang baek.

xoxo, 
bercakap dengan bintang

Rabu Tanpa Kata #23 (Doa)

tim87 | 1:28:00 AM | Be the first to comment!

p/s : Rindu!

xoxo,
bercakap dengan bintang 

Demi Cinta

tim87 | 12:10:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Lately selalu dengar lagu ni. Just terngiang-ngiang part chorus tu je pon. Hehe. Btw, tak tahu plak si Ezad ni ade lagu baru. Part chorus je aku suke dengar. Hehe. Sebab lagu ni asyik rolling-rolling je kat radio. Layan gak la tengah wat keje. Line tak kuat nak bukak kat youtube. Nanti aku update entry bagi link yourtube tu eh. Layan lirik lagu je dulu hokey?

Demi Cinta by Ezad Lazim

Ku sedar ku berdosa

Kerna sering menyakiti mu

Membuatkan kau terluka

Berteman rasa kecewa

Walau berdepan derita

Kau selalu terus setia

Dan bertahan demi cinta

Yang pernah ku janji dulu

Besar salahku pada dirimu

Tak terbanding kasih yang kau beri

Dan tetap menggengam erat cinta

Sayang kaulah cahaya

Menyuluh jalanku untuk kembali

Dan pegang pada tali cinta

Yang pernah ku lafaz dahulu

Sayang buka hati mu

Biar ku rawat segala derita mu

Agar kita mampu terus hidup

Nikmati bahagia



Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Tuesday, June 28, 2016

Pencen berblogging!!!

tim87 | 11:51:00 PM | Be the first to comment!
Assalammualailum korang.

Alhamdulillah, masih hidup di muka bumi ni lagi. Ramadhan pun makin berakhir meninggalkan kita kan?  Ermm, kita pun tak tahu bila kita akan pergi meninggalkan dunia yang penuh pentas drama ni kan.

Dengan rasa rendah dirinya disini, aku dah decide dah nak stop berblogging kat hati merah ni lagi. Pasni mesti korang rindu ngan hati merah ni kan. Walau tak seaktif mana pun, syukur dapat jumpa geng-geng bloggers kat dalam ni dari start zaman B2B dulu dah sampai ade yang dah branak 2,3 orang dah sekarang. Btw, aku takkan tutup blog ni but aku akan stop buat entry sehingga 30 Jun ni je. Bukan ape taknak tutup, sekurang-kurang aku boleh baca balik tulisan bodoh aku kat dalam ni. Haha! Bodoh sangat uolss! And sekutang-kurangnya mana-mana yang nak carik info yang tak seberapa nak info boleh selongkar dalam ni walaupun tips lama-lama aku bagi. Ekekke!

Tak rindu ke ct? Wehh, tipu doh cakap aku tak rindu nak berblogging! Tapi keadaan mendesak. Banyak kali dah pikiaq benda ni, ada yang bagi semangat mintak jangan tutup blog. Haha! Part ni lawak! Tah ape je mende alah dalam blog aku ni yang korang nak rindu sangat. Ekekek. Ok xpe, we all still boleh contact kan? Pape pun aku akan comment je as anonymous. Still boleh jadi silent reader korang pe! Kan kan kan? Geng B2B batch aku, thanks a alot  sebab korang la antara follower aku tang kira terawal lah dalam dunia blog aku ni and kira korangla yang meningkatkan kadar follower aku masa tu. Skang takdak sapa dah nak follow. Tdkk.. Tsskkk! Hihi. Nak pencen takdak sapa guna dah.

Pada kawan-kawan yang dah terjumpa aku kat hati merah ni, sshhhh.. Haha! Aku kantoi! Sebab selama ni tak pernah de sape pun kawan-kawan aku tahu yang aku ade blog! Tah camnrr korang stalker pun aku tak tahu. Haha.

Eh, pada sahabat doraemon aku, thanks sebab selalu ada masa susah aku. Walupun tak semua aku story pada ko masalah sebenar aku. Thanks sebab sedarkan aku tentang kelemahan dan kekurangan aku. Thanks jugak pada ko sebab selalu bagi semangat ngan aku bila aku down especially pasal keje. Thanks sebab jadi telinga aku dulu yang skang aku rasa masing-masing dah bawak diiri. Bukan semua manusia boleh tahan perangai kita yang berjuta flavor nie. Appreciate sangat those who stay! Really appreciate it! Ok, sekali lagi a million thanks and sorry untuk ko and family ko sebab aku dah kusutkan korang satu family. Pasni takde dah k. Biar aku sorang-sorang je. Pasni takde dah ati merah dengar luahan bodoh aku. Haha. Aku doakan semoga ko dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Semoga bahagia dan happy happy selalu k! Macam aku! Ermm. Hihi.

Dah takde hati merah dah pasni. Ehh.. Mana tahu hati merah jadi ungu, hitam ke, pink ke, kelabu ke kuning ke? Eh? Haha. Tak sempat sharing nanti pasal solo trip aku pasni. InshaAllah kalau terherak hati aku nak berblogging lagi, aku create yang baru la k. Biarla hati merah ni jadi merah. Hehe. Biar la dia macam ni. Sebab banyak kenangan aku dalam ni. Dari mula start template tak ensem jadi ensem macam ni. Eh, hensem ke? Haha! Pape je la!

Bah, panjang pulak post aku dipost yang sendu ni. Aku mintak maaf la eh tak kira la sape-sape pun yang terbaca entry kali ni. Kot-kot dalam kita berblogging aku terkasar bahasa ke ayat kuajaq ke. Eh, apedehal? Blog aku kan? Haha. Again! Siti! Siti! Ape pun emmang aku ikhlas mintak maaf ngan korang. Sorry tau, selalu gurau kasaq ngan korang. Ala, nak manje je saat akhir ni. Aduhai..

Ingat hati merah ingat aku tau.
Ya Allah sendu pulak ati kite.
Baru berpisah di alam maya, belum lagi berpisah didunia nyata.
Alfatihah untuk diri sendiri yang malang ini.

Doakan aku dipermudahkan urusan dunia akhirat k.
Sayang korang ketat-ketat, sendat-sendat dan padat-padat!

Love u'all more and more.
Mmmuahhciked!

Xoxo, 
Bercakap dengan bintang

Hoholidayayy!!

tim87 | 8:39:00 PM | | | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang...!

Just nak share video aku sepanjang backpacking aritu. Ok, this time aku backpacking dalam negara je dulu. Ade rezeki nanti, aku try buat solo backpacking kat luar negara pulak. Yang dekat-dekat je la. Bulan Mac ritu pun dah burn tiket ke Bandong sebab tak dapat cuti. uwaaaa rugii doh..! Gambar dalam ni adalah sekitar KL, Melaka, Cameron Highland.. So far banyak tempat aku pegi, tapi.. Ermm.. tu je kot..? Sebab tak banyak amek gambar. Selalu travel sorang dalam negeri jugak. Saja nak carik ketenangan and be alone for a while. Ada pro dan kontra jugak kalau buat solo bacpacking ni. Aku ni suke gi holiday tapi rasa janggal kalau nak jalan and makan sorang. Pastu bila nak amek gambar selfie ke buat video ke segan plak, sebab semua orang tengok. Wakakkaa!! Segan sangat makjemah uolss!  Ermm, tapi takpe, banyak pengalaman mengajar aku sepanjang tempoh tu. InshaAllah, next trip aku nanti buat kat negara sebelah je. Tiket dah book siap-siap dah. Cuma pergi ke tak je lagi. Hopefully misi aku berjaya. Doakan aku eh. Nah! Njoy the short video ok! 





p/s : Raya nanti maybe tak raya sangat. Aku nak gi somewhere. Solo jugak but tengok cuti approve ke tak. Cuti raya pun aku tak amek. huuhuhu. Nak bawak diri jauh-jauh-jauh-jauhhhhh boleh takkkk..? uwaaaa... :(




xoxo,
bercakap dengan bintang

Respect

tim87 | 11:38:00 AM | Be the first to comment!
Respect is earned, not given.

But the funny thing about this, some people, they just demand for the respect,
While they are comfortably doing the opposite thing to gain the respect,

P/s: Jadi, dari mana nak datang rasa respect tu? Salam Tuesday dan Salam 23 Ramadhan. 



xoxo,

bercakap dengan bintang

prepare the worse

tim87 | 11:29:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang..!

Sometimes, and most of the time, when our plan is as smooth as ABC at the beginning, we forgot that at the end, it is not as good as XYZ.

Kadang-kadang aku rasa mengalah itu tak membuatkan kita kalah, malah lebih menang.

p/s: So just prepare the worse as much as we prepare for the best. :') sobb..sobb..
xoxo,
bercakap dengan bintang

stress tahap gaban!

tim87 | 8:42:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!!

Stress! Bulan ke 6 aku ditempat baru yang sangat mencabar keimanan dan kesabaran aku. Stresss sangat-sangat! Tak semestinya orang banyak cakap , ketawa besar ni hidup dia bahagia . Kekadang masalah dia lagi besar dari orang yang muka stress beruk ni. Konon nya aku ni suke gelak means takdak masalah?  Camtu? Heh, lagi besaq kot masalah aku tanggung ni. Arghhh, aku nak cakap aku stress sangat2! Ya Allah, tak tertanggung beban ni Ya Allah. Tak dapat dah nak teruskan.  Nape la nasib aku macam ni kan. Tempat kerja lain pulak ragam orang, pengurusan atasan lain pulak perangai, personal matter takyah cakap lagi dah. Malang betul. Ape lagi eh pasni?

Aku rasa lagi tak stress kalau aku kerja lipat baju kat shopping mall. Lipat baju je pon! Halal jugak tu. Janji aku hepi. Aku tak kesah dah skang nak keje ape dah. Muak dah nak ngadap kipas-kipas yang dah upgrade jadi aircond shopping mall. Haha. Tak paham eh?  Takyah faham sangat lah metafora aku tu. Yang pasti aku tak seronok dengan kerja aku ni. Dah tak ikhlas dah pulak aku kerja ni kan. Ya Allah, teruknya akuuuuuuuuu!!

Hai enchek di atas, ang ingat selamanya ke berada di atas..? Sumpah aku dah panaih sangat laa ni.. Ang nak orang respect ang, tapi ang tak respect pun kuli-kuli yang kerja bawah ang..? Ang ingat yang berkuasa sangat ngan pangkat ang tu..? Argggghhh!! Sumpah streessssss!!

Ni dah kali ke berapa dah aku draft surat resign. Erkkk, bila nak submit ni..? Surat mintak pindah jabatan pun dah pernah aku submit tapi kena reject. Hessh, takpa takpa, bukan rezeki aku. Plus kena ugut bagai, kena sabotaj kot..?

p/s : Takleh tido sebab banyak pikiaq kot.  Masalah tak pernah pikiaq aku, aku je pikiaq pasai depa. Pasaiipaaaa. Haiiyaa! Tak satu, satu plak masalah datang. Sakit dada aku. :(

Xoxo, 
Bercakap dengan bintang

Sabar, Kuat, Syukur dan Redha..

tim87 | 12:33:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang.

Jika Allah menghadirkan seseorang yang menghadiahkan air mata, itu berarti Allah mendidik kita untuk SABAR..

Jika kita tak pernah mengusik kehidupan seseorang tapi dia melukai kita, saat itu Allah mendidik kita untuk KUAT..

Jika Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang membuat kita tersenyum, saat itu Allah mengajarkan kepada kita rasa SYUKUR..

Jika tanpa sebab seseorang hadir menghina kita, saat itu, Allah mendidik kita untuk REDHA dan memacu diri lebih baik.

Sabar, redha dan syukurlah atas apa yang hadir menyapa dalam kehidupan kita sekalipun itu tidak kita sukai. Boleh jadi itu cara terindah dari Allah untuk menempa peribadi kita agar kian mulia dan dirahmati-Nya, Amin..

Terima kasih Allah. Terima kasih semua!
Terima kasih air mata sebab selalu jadi  teman setia aku skang!
Tanpa kalian aku takkan disini macamni. 😭


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Kuat!

tim87 | 12:23:00 AM | Be the first to comment!
Aku tak boleh putus asa.

Aku mesti kuat.

Sebab aku tahu.

Bukan orang lain yg nak tolong.

Kecuali diri sendiri.

Waktu-waktu macamnilah waktu terbaik untuk lihat layanan manusia pada kau adalah ketika kau tidak punya apa dan tersungkur.

Ketika itu kau nampak jelas semuanya. Jelas.

p/s : carik ayat power sebab nak kuatkan diri yang tak berapa nak kuat ni. Down doh. 😭😭
Hmmmmmm..*sigh*


Xoxo,
 bercakap dengan bintang

Monday, June 27, 2016

Ok but not.

tim87 | 11:50:00 PM | Be the first to comment!
Assalammualaikum korang..

Ermm..
i'm okay
but i'm not.
i'm not happy.
i'm not sad.
most of the time.
i don't even know
i feel confused.
i guess i'm living but i'm not.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Sunday, June 26, 2016

Semua berhak diberi peluang

tim87 | 6:11:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum.

Untuk gapai syurga tidak mudah.

Tapi, Tuhan tidak pernah letak syarat sempurna itu sebagai syarat wajib kita layak ke syurga Nya.

Tidak kira seberapa banyak kali kita tersasar dari jalan Nya, kembali lah selagi mana kita jumpa laluan ke sana.

Tuhan pandang usaha. Satu demi satu Dia kira.

Jangan putus asa. InshaAllah.

Semua berhak diberi peluang... :')

Mencari jalan pulang menuju Tuhan..

Salam subuh.

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Wednesday, June 22, 2016

Rabu Tanpa Kata #22 (Kawan Macam Doraemon)

tim87 | 1:52:00 PM | Be the first to comment!
Carilah KAWAN Macam Doremon, Walaupun dapt KAWAN BODOH DAN PEMALAS macam Nobita Tapi Dia Tak Pernah Biarkan Nobita Kesusahan.... Tapi susah dah nak carik kawan macam Doraemon skang. :'(


xoxo,
bercakap dengan bintang

Rabu Tanpa Kata #21 (Trust And Love)

tim87 | 10:42:00 AM | Be the first to comment!

Assalamualaikum korang!


Because TRUST comes before LOVE. Ermmm. Betul tak? Once kepercayaan tu disalahguna, susah nak dapatkan balik. Aku bagi contoh kaca, kalau dah pecah, boleh cantum balik tak..? Yess, korang mesti cakap boleh kalau gam or watever, tapi dah tak cantik dan gebuss macam asalnya. Macamtu jugak kertas, kalau korang renyuk-renyukkan kertas tu, then dapat licin balik tak..? Nak iron..? Tapi still boleh nampak kesan renyuk kan. Macam tu jugak hati, sekali dah kepercayaan tu dah dikhianat, memang susah nak dapatkan hati dan kepercayaan tu balik. Memang boleh maafkan, tapi kesan parut masih ada. Sampai bila-bila tahu!

ok, cukup bebel arini. Kata wordless wednesday kan..?

xoxo,
bercakap dengan bintang

“Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru”

tim87 | 8:43:00 AM | | | | 12 Comments so far
Assalamualaikumm korang..!

Alhamdulillah masih berpeluang untuk hidup di bumi Allah. Puasa tak rini? Arini aku join segmen GA jemputan dari Nurina Izzati. Jom join ramai-ramai, boleh dapat souvenir dari Madinah dan Vietnam. hehe! Tempat yang aku ingin sangat nak pergi tapi belum kesampaian. InshaAllah, one fine day... Ok dah, klik banner kat bawah macam biasa ok..?



Join join jugak. Segmen-segmen jugak. Tapi jangan lupa follow blogger ni ok? Anyway, aku follower yang ke-1329! HArap-harap bertuah la eh? Hahaha.


Giveaway ini akan tamat pada 28 Jun 2016 jam 11.59 malam. So, ape lagi..? Klik je pastu buat entry dan backlink ke blog tersebut ok..?


Mmmuahhcikedd!



xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, June 21, 2016

Tenang

tim87 | 6:15:00 PM | Be the first to comment!



Yess, tenang je.. Tenang sangat..

p/s : nak lari jauh-jauh je rasa skang. :(

xoxo,
bercakap dengan bintang