Thursday, December 31, 2015

Forgive ourselves.............

tim87 | 9:04:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korangg!



Untuk seribu lagi silap kita,
Mampu tak kita nak maafkan diri kita?
Apart of learning how to forgive others, we should urge ourselves to learn forgiving ourselves.
Tanpa sedar, ini boleh jadi punca gerak susah ke depan,
Walau kadang kita rasa kita sudah di depan,
Tapi untuk setiap langkah itu, kita salahkan diri,
Sampai bila?
Sampai bila kau harus bunuh jiwa kau yang hari-hari cuba untuk mekar,
Aku tahu dengan masa, kau ubat hati kau yang pecah,
Dan sampai satu ketika kau tersenyum kerana kau sudah di puncak membawa hati yang sudah hampir penuh bentuknya walau masih ada parut,
Kau lupa pandang luka di kakimu,
Kerana di kaki itu kau letak salahmu,
Dan kerana itu walau kau sudah ada di puncak pun, kau paksa kaki itu memijak kaca hingga luka berdarah,

p/s: apa guna kau punya hati yang hampir sembuh tapi kaki kau luka? jadi mulai saat ini, boleh kau cuba ubat hati dan kaki serentak? Maafkan orang lain dan maafkan diri sendiri serentak?



Salam Tahun Baru 2016.
Mmmuahcikedd!



xoxo,
bercakap dengan bintang

Satu hari seribu bahasa!

tim87 | 3:50:00 PM | 1 Comment so far
Assalamualaikum korang!

Sangat-sangat selalu jadi macam ini,
Dalam satu hari ada seribu rasa,
Ehh sejuta mungkin,
Nak gembira sekejap,
Sedih pula tak lama,
Lepas itu, ia macam sekejap gembira sekejap sedih.

p/s: Okay okayy, takyah sedih2 dah. Senyum dan selpott jak dolok.

Muahhhcikedd!

xoxo,
bercakap dengan bintang

PALING

tim87 | 12:54:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Dalam maksud lagu ni. Hohoho. Tiba-tiba suka dengar walaupun tak fanatik ngan si Firman ni. hehe. Ingatkan artis seberang yang nyanyi. Rupenye si Firman ni. Ok, not bad la... :)

PALING - FIRMAN

Kau tinggalkan diriku
Ketika aku perlu
Degupan jantung untuk hidup
Namun kau membunuh

Jika kau memilih dia
Tak mampu ku berkata
Andainya sudah hilang cinta
Kamu terhadapku

Kini tidak mungkin ku berpaling lagi
Rasa luka hati yang paling menghiris
Namun paling pedih bila menyedari
Insan paling ku sayangi paling menyakiti

Biarkan aku berduka
Menampung air mata
Walaupun rapuhnya jiwaku
Harus aku tempuh

Kini tidak mungkin ku berpaling lagi
Rasa luka hati yang paling menghiris
Namun paling pedih bila menyedari
Insan paling ku sayangi paling menyakiti
Paling menyakiti

Kau yang paling ku sayangi ku cintai
Paling menyakiti





xoxo,
bercakap dengan bintang

Sayang

tim87 | 12:54:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!

Lagu baru Faizal Tahir ni sweet sangat! Coba kira berapa kali nya nyuroh kita tido dalam lagu tok..hahaha..! krikk krikk!

Actually FT buat lagu ni untuk baby dia kot. Sebab dari sudut lirik bawah ni pun macam kebapaan sket. Arghhh.. Aku takde baby lagi nak dedicate lagu ni.



SAYANG - FAIZAL TAHIR

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku



muahhhcikeddd!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, December 30, 2015

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

tim87 | 4:14:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum koranggg!!

Semalam baru je keluar nama calon untuk peperiksaan online bagi jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41. Siapa yang ada apply dan belum cek nama lagi sila klik link kat bawah ni eh..


Eheemmm, antaranya aku laa.. syukur aku sangkut. haha! Tah sangkut celah mana la nanti. Doakan aku eh. Actually ni first time aku join exam online ni. Macam tak kompiden je aku. 



Ermmm, peperiksaan online pertama masa pengambilan jawatan Pegawai Kastam W41 tahun lepas. Pergghhh! giler tak banyak orang komplen! Hang sana sini, plus blackout pulak masa yang sama (kat Kapit la, tempat lain tak tahu la blackout ke tak). 

Arini ramai je yang search contoh soalan dan tips bagi Peperiksaan Online khusus untuk jawatan PTD ni kan...? Jawatan yan banyak orang idam-idamkan. Ermm, aku tak la ngidam pun cuma aku try try je apply. Aku kan minat Badan Uniform. So, nak cukupkan syarat permohonan, aku try je lah. haha! Yang lain tak sangkut, yang ni pun jadi laa.. Bukan senang nak lulus exam ni. Plus online pulak tuh. Banyak cabaran tuh!

Ok, uolss tau tak hanya ada 300 kekosongan je untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ni. Calon yang memohon ribu riban. Yang dapat tapisan ke peperiksaan online ni pun riban-riban jugak. Exact amaun tu aku tak tahu la ek. Errrmmmmm tah dapat ke tak aku ni ek..? :( 
Kompem pasni ade yang email tanye aku keje SPA ke ah..? muahahahahahah! Yang tu lawok! 



Jawatan ni dibawah Jabatan Perkhidmatan awam dan diklasifikasikan dalam golongan Perkhidmatan Pengurusan & Profesional. Banyak step untuk memenuhi syarat jawatan ni antaranya yang pertama seperti diatas, iaitu Peperiksaan Online. Maybe ada PAC kot after tu. Maybe la.. tekaan aku je.. Ermm, ape PAC? hehe, PAC is Program Assement Centre. Aku pernah story pasal PAC untuk Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 KEMAS & JKM before ni. Klik link yang aku bold kan tu eh.. =)

Pas lulus exam or PAC (kalau ada) ni baru korang akan dipanggil untuk sesi Temuduga. Calon yang lulus temuduga pulak akan ditawarkan ke jawatan ni secara kontrak/sementara di jabatan-jabatan atau kementerian yang dipilih. Dalam masa yang sama, calon PTD ni perlu mengikuti kursus Diploma Pengurusan Awam di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).  Pastu barulah kene serap tetap dalam perkhidmatan. Hopefully info aku betul la eh. Kalau salah sila betulkan. ;)

Aku takda tips nak bagi memandangkan ni exam online pertama aku. Aku cuma harapkan komen dan tips daripada korang yang pernah attend exam online dan terutamanya exam pasal PTD ni. Kita sharing sharing kat sini eh. Lepas exam ni baru aku boleh bagi komen. Hahahaha! Pelizzzz ehhh.. Sharing is caring kan? Eh, kalau ada group wassap macam Inspektor aritu inform aku eh! Kite sharing dalam tu lagi senang. Banyak info masing-masing dapat. :)

Aku doakan korang yang calon exam online PTD M41 ni dipermudahkan urusan menjawab soalan. Harap-harap tak jadi la kes "hang" macam exam Pegawai Kastam yang lepas eh. Tak kompiden aku dengan line internet time tu, Bukan sorang dua je exam ni. Heshh, tak relevan langsung. Opss~

oklah, nak carik bahan sat. Korang study tau! Doakan aku jugak eh.

B, doakan sayang eh! Sayang kuat sebab b jak tok.

Sayaaannggg korangg!

Muahhhciked!

xoxo, 
bercakap dengan bintang

Rabu Tanpa Kata #15

tim87 | 9:01:00 AM | | Be the first to comment!

xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, December 29, 2015

Harapan

tim87 | 8:49:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Kadang-kadang harapan itu terlalu kejam untuk ditanam terlalu lama,
Takut-takut makin menyakit akarnya,
Takut-takut makin membazir bajanya,
Takut-takut juga makin menarik kita terus statik.

p/s: Statik itu bukan formula berjaya semata-mata.

ermmm.. patuttt laaaa lain macam dua tiga menjak ni. Tengkiu bagi harapan kat aku eh.
It's okayy untuk rasa penat dan segalanya,,
Itu kan permainan dunyaa... Ermmm..
okbai..!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, December 28, 2015

LULUS EXAM JPA!

tim87 | 5:56:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korangg!!

Jyeaahhhh!! Setelah sekian lama menunggu keputusan Peperiksaan Dan Undang-Undang Kerajaan ni, akhirnya keluar jugak! Ingatkan tak keluar-keluar lagi. Dari hari tu check still takda.. Hari-hari aku bukak sampai muak dah.. tup-tup tadi aku saja nak try je, eh eh! LULUS beb!! hoyeahhh! cepat-cepat la sah jawatan ni. Boleh aku blah awal-awal daripada jabatan neh. Eh..? Hahaha! krikkk..krikk...!

Tadaaa! Tak sangka dua-dua paper tu lulus hoi. Aku ingatkan paper undang-undang tu gagal. Al-maklumlaa, part-part law tu aku memang failed sket. mueheheheh~ Tak sia-sia la aku beli buku mahal-mahal walaupun tak sempat baca! Syukur alhamdulillah. So, setel la syarat aku nak sah jawatan pasni. Harap pasni dipermudahkan pulak nak tukar ke jabatan lain.

p/s : Sayang dah lulus b! Hadiah ney? Dah promise ariya naaaakkkkk... hehehe :)


Thanksss b sayang brik sayang semangat ngan sayang walaupun sekda semangat ariya.
Mmmuuahhhcikeddd b!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday Sickness!

tim87 | 3:48:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!!

Tetiba rasa tak sedap badan,
Eh rupa-rupanya hari ini hari Isnin,


p/s: aku pernah dengar morning sickness, taktau la kalau2 ada Monday sickness plak.. hehe

*memang macam nak demam dah pun ni haaa!*

xoxo,
bercakap dengan bintang

Success atau Failure?

tim87 | 3:46:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!!


Siapa kata kita HANYA boleh pilih antara Success atau Failure?

This proves that we have more than two options to choose,




Bukan apa,
Semua orang nak Success, betul tu,
Tapi tak ramai buktikan dengan Action,
Eh kadang-kadang tu, bukan tak buktikan langsung, tapi malas tu tetap datang singgah juga,
Atau kadang-kadang, hilang momentum dan hilang arah tuju,

Tanya pada diri kita, berapa kuatkah kita menggenggam impian itu?
Tanya juga, cukup kuatkah mental fizikal kita melawan malas dalam diri?

Bosan dengan dua pilihan saja?
Antara Success atau Failure?

Okay hari ini, aku nak ajak semua cabar diri,
Kita beri diri kita pilihan lain selain yang dua itu,
Tambah lagi dua,

Sleepwalking?

OR

Daydreaming?

Antara EMPAT diatas tu, pilihan ada di tangan kita,

Akhir kata,

Aku kongsi kata-kata dari Imam Syafie,

"Bila kamu tak tahan lelahnya belajar , maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan."

Selamat hari Khamis oii!
Esok cutii! Jumpe tahun depan tauu!
Muahhhhhcikedd!

xoxo,
bercakap dengan bintang

MOUNT KINABALU TRIP 2016!

tim87 | 12:29:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!!

Hohohohohoholidaayyyyy!! Sape de plan nak gi holiday ke Kinabalu next year?! Jom join this trip! Lama dah ngidam nak tawan puncak Kinabalu tu tapi belum kesampaian lagi. Errmmm, tengah pikir-pikir nak gi ni.. Sape nak ikut?? Jommm!!

Siapa nak join boleh kontek number kat bawah ni k! Lagi ramai lagi meriahh uolss! Harga pakej memang affordable.

Mount Kinabalu Trip 2016 (2D 1N) 

For more info please contact :
WhatsApp
+61 416684597 ( Jie )
+60 148219216 ( Momoy )

Call / SMS
+60 166030139 ( Jie )

Aku tolong share member punyer. Korang gitau la member korang ngan sedara mara yang len ok.
Happy planning you holiday!
Muahhhciked! hihihikk!

xoxo,
bercakap dengan bintang

HIDUP DALAM MATI

tim87 | 12:07:00 PM | | Be the first to comment!



HIDUP DALAM MATI - SYAMEL

Lakaran lukisan tak berwajah
Meronta ku di dalam kesunyian
Tak rela ku mengejar cinta yang hampir kelam
Sendiri ku di sini pilu

Angin bawalah aku pergi
Pergi dari kesakitan ini
Tak mampu ku menahan peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tak mampu ku menahan
Peritnya perpisahan
Tuhan hapuskan semua kenangan

Tak ku menduga kau berlalu pergi
Tinggalkan semua mimpi dan janji
Terluka aku menangis
Tersedar kau hilang di hati

Jangan diucap sesal mu berkali
Tiada erti hidup ini
Ku terima suratan takdir
Biarkan aku sendiri hidup dalam mati

Tuesday, December 22, 2015

Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016

tim87 | 3:59:00 PM | | | 1 Comment so far
Bermula tahun depan, azhafizah.com akan update bloglist 2 bulan sekali. So dengan itu, 2 bulan sekali akan ada segmen bloglist untuk mencari bloglist baru. Jika berminat untuk masuk dalam bloglist , bolehlah sertai segmen ni ye. Kelebihannya sertai segmen dapat blogwalking dan tambah traffik blog. Kalau dapat masuk bloglist, mungkin akan tambahkan traffik juga. Mudah mudahan.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Jan & Feb 2016
http://www.azhafizah.com/

Segmen simple sangat. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan blog melalui random.org.

TAMAT : 30 DISEMBER 2015

PROLAPSE TU APA?

tim87 | 1:21:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang.

Jangan pelik pulak aku sejak dua menjak ni share pasal info kesihatan. Sebabnya sekarang aku tengah buat kajian untuk aku sendiri apa penyakit aku ni. huhuh.. Tak nak jumpa doktor punye pasal. Bukan nak cakap aku ni berpenyakit, cuma sometimes tu aku selalu rasa tak sedap badan and aku try la tanya dokter gugel yang tak berapa nak dokter ni. Ade info yang sahih dan boleh dipercayai ada yang tak. So, yang ni info daripada Pakar Sakit Puan sendiri eh.

Haaa, pernah dengar tak prolapse ni apa??




Prolapse rahim adalah satu keadaan di mana rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa, peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj dan peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', lihat tajuk ‘Pembedahan’)  
Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.


 Gangguan perkencingan.
Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.   Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.

Gangguan hubungan kelamin
Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.     Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami.     Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.

Ketidakselesaan dan sakit pinggang
Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.

Gangguan Kesihatan
Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.   Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.    Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan.     Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

Sumber : Dr. Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan)

Untuk pengetahuan semua, tahun lepas aku pertama kali mengalami keadaan PROLAPSE ni. Tapi tak teruk sampai rahim tu terkeluar. Cuma jatuh dari tempat asal je dan menyebabkan aku sukar nak ke buang air. Erkk.. Baru la aku tahu ada jugak kes macam tu. Tak sanggup nak share gambar ngan korang.

Back pain tu pulak aku memang dah lama ngidap dari dulu. Dah cek sebelum ni tapi takde pape doktor cakap. Tapi pelik jugak kenape eh aku selalu sakit pinggang or sakit belakang. Lama aku buat kajian atas diri aku sendiri ni. Haishhh.. Macam-macam dah carik punca apa tapi tak jumpa. Simptom-simptom penyakit banyak la pulak. Ermm.. Mintak dijauhkan lah penyakit-penyakit ni eh.. Takutt oiii..!


xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, December 21, 2015

TANDA-TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM!

tim87 | 7:00:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Kalau haritu aku sahre pasal Kanser Rahim, ni pulak nak share pasal sikit Simptom Fybroid dan Cyst. Kalau yang dah ade tanda macamni sila ke klinik ok. Erkk, seram tengok! 

Fibroids ni sebenarnya adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim (myometrium) dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita dan ia bukan kanser. Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa2 simptom atau gejala. Bila meningkat umor empat puluhan , 30% wanita ada tumbuhan fibroids.




Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala. Walaubagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid. Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.




SIMPTOM!

  • Gangguan Haid
  • Keputihan
  • Masalah ketidaksuburan
  • Kemandulan di kalangan wanita
  • Hubungan suami isteri yang dinging atau sakit ketika bersama
  • Perut kembang
  • Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
  • Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
  • Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
  • Kerap letih dan lesu
  • Sakit lutut dan tumit
  • Kesekukan kaki dan tanggan
  • Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
  • Kerap keguguran
  • Ketumbuhan fibro dan cyst
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

So untuk wanita yang kat luar sana, sila jaga kesihatan masing-masing ok. Ni reminder untuk aku jugak yang kadang tak hingat dunia kalau buat kerja. Ada beberapa simptom tersebut aku alami cumanya aku tak pernah lagi buat check up kat hospital or klinik. Takut beb! hohoo. Aku ni nampak je kental tapi kecut jugak kalau part-part macamni. 

tolonggggggg weyyyyhhh!!

xoxo,
bercakap dengan bintang

SK-II murahhhh di LAZADA!

tim87 | 4:40:00 PM | 3 Comments so far
Assalamualaikum korang!

Tadi terbukak website LAZADA and aku nampak la banyak gilerr sale!! Ni yang buat aku jadi addict balik nak beli barang-barang online ni. Oh, satu je aku tengok kat Lazada ni memandangkan stock Pitera aku dah habis and Stempo pun dah nak habis.. So, usha kat sini murah beb! Tapi kena beli set la. Ada banyak set yang offer ni, cuma pandai-pandai korang lah nak pilih set mana. Bagi aku, asalkan ada PITERA SET tu pun dah memadai. Aku tak pakai yang lain sangat. Tu je aku mampu beli since aku bujang lagi.. hihii... starting 2009 kot aku pakai produk ni. Tapi, tak konsisten.. hahah! Ada duit, ada la produk, takdak duit diam-diam jaa.. ekekekekek..  Ok, meh tengok apa yang ada kat Lazada hari ni. Korang kena cepat, sebab sales ni abes tak tau sampai bila.. Hujung tahun ni kot.

Ok nah, ni antara yang aku sempat screenshot. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi ni antara set or items peberet all the time aku lah sangat tu. Hahahaha!

Ok, mesti ade yang pelik, set sama tapi kenapa harga lain-lain. Korang cuba tengok kandungan setiap botol tu, ada yang 30ml ada yang 10ml, 15ml, 40ml and so on.. So, korang nak yang mana. Bagi aku better amek yang banyak sket, so, lambat sket abes.





*yang ni set yang aku nak grab tu!* Murah kan?

Set ni yang aku selalu pakai tu. Stempo ngan pitera tu. 

Actually, aku tak pernah beli barang kat lazada ni. Before ni aku beli kat kaunter SK-II kat parkson tu je. 2 tahun kebelakangan ni aku usha website, and aku jumpa satu webiste murah yang jual SK-II. Make sure original ye uolss.. Taku risiko beli yang tak ori. Tapi ade ke yang tak ori eh..? erkk, aku pun tak tahu.. Oh, lupe nak bagitahu.. Website yang aku maksudkan tu adalah BESTBUY WORLD! Cer korang ushaaa jap. Siesss murah lagi-lagi time Happy Hour dorang. Tapi korang kena alert la Happy Hour dorang tu bila and apa yang dorang jual time happy hour tu. Siesss muraahh!

Aku pernah dapat set yang last macam gambar kat atas tu, which is Stempower (2 pcs) ngan Mineral Essence (2 pcs) kat Bestbuy World tu dengan harga RM195!! Murah tak? Cube korang darabkan dengan 2 pcs amaun RM138 kat atas tu berapa jadi? RM138x2 set =RM 276 beb!!! Berapa dah korang dapat save kat situ daripada RM195 aku beli. ehehe.. Eh, ni bukan nak compare eh, ni nak gitau betapa murahnya set ni kalau beli online. Lazada ni memang murah jugak cuma skang ni Bestbuyworld tak bukak Happy Hours set yang aku nak tu.. So, aku decide beli kat LAzada je lah. Try camne service dorang pulak. heh! =)

Ok, aku nak purchase jap. Nak usha barang lain pulak. hihi.

Daaaaa......! Muuuahhhciked!


xoxo, 
bercakap dengan bintang

Followers berkurang??

tim87 | 3:41:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum korang..!

Siapa yang dapat situasi macam ni skang? Banyak-banyak follower korang yang dulu tu dah berkurang. Aku rasa follower aku last aku tengok aritu 300 lebih. Yesss, memang la tak banyak mana pun. Tapi skang makin berkurang jadi 279 je! eh, Mana pergi yang lain..? Aku assume dorang tak aktif kot..? Kot laa..

huhuhu.. nampak tak kat situ? Dahla follower memang tak banyak, makin sikit la pulak. eh, macam la hati merah ni pemes sangat ye dak? ekekekkek.. puihh..

psstt!! Siapa sama macam situasi diatas sila share and comment di sini. Pesal weiii jadi camtu?


xoxo, 
bercakap dengan bintang

Sunday, December 20, 2015

UNINTENDED!

tim87 | 1:28:00 AM | | 1 Comment so far
Assalamualaikum korang!!

Lagu ni legend sangat bagi aku. Lagu zaman kegemilangan kat sekolah dulu-dulu. Hihi.. Selain Weezer, aku ni peminat MUSE ni jugak. Dorang ni peberet alternative rock band! jyeaaahh!! Lagu ni makes me relax sometimes. Kadang-kadang ulang-ulang sampai nangis. Eh? hahaha! Haunting gilerr! Faham maksud lyrics tu, it's really touching doh. Lyric cantekk!


UNINTENDED

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I'll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

First there was the one who challenged
All my dreams and all my balance
She could never be as good as you

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You should be the one I'll always love

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

I'll be there as soon as I can
But I'm busy mending broken pieces of the life I had before

Before you




Layan kan? pergghh~

xoxo,
bercakap dengan bintang

Friday, December 18, 2015

ADA APA DENGAN CINTA 2

tim87 | 12:31:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!!

Siapa zaman aku tengok citer Ada Apa Dengan Cinta ni angkat tangan? Besttt kann! Tak silap aku masa tu aku masih tingkatan 3, tahun 2002 kot citer ni keluar. Ramaila budak-budak fefeling dirinya Cinta, jadi Rangga, feeling jadi Alya dan sebagainyalah.. Hahaha! Aku? Tak la kot.. Aku suka jalan cerita Movie ni. Plus semua OST cerita ni semua best-best. Zaman tu aku sanggup beli CD. Eh, aku mintak bapak aku belikan.. hihhi.. Pastu kaset AADC masa tu aku beli. Boleh dengar pakai walkman! Fanatik tak fanatik masa tu beb. hehe.. Siap tampal poster dalam bilik lagi. haha. Lagu-lagu semua boleh hafal.

psssttt! zaman skang ada lagi ke walkman ah?


Banyak-banyak scene, scene mana yang korang suka? Aku kalau ikutkan suka semua scene. And the most favourite scene aku masa Cinta disuruh nyanyi kat pentas tu. Dia actually berpuisi tu. Tajuk nya adalah Puisi Tentang seseorang.



Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat
Enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari kehutan
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri


Haaaa!! Baru-baru ni dikhabarkan dorang ni baru je selesai penggambaran untuk Filem Ada Apa Dengan Cinta 2 (AADC 2). Maybe tahun depan kot keluar Hero dan heroin tetap sama uolss iaitu Nicholas Saputra ngan Dian Sastrowardoyo! Tapi ada beberapa pelakon lama tak dapat nak join antaranya si kawan baik Cinta tu la si Alya tu. Tak sabar nak tengokk citer ni!!





Dah tengok teaser? now kita tunggu je Filem ni keluar k.. Siapa nak tengok wayang sekali? jom! hihihi.

muahhhciked.

xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, December 17, 2015

HELLO

tim87 | 1:28:00 PM | | Be the first to comment!
Assalamualaikum korang!

Dah dengar lagu baru Adele tak? Suara minah ni memang best dari mula kemunculan dia dulu. Oh, memang aku one of her fans lahh katakan! Dah dah.. Jom layan!

HELLO BY ADELE

Hello, it's me
I was wondering if after all these years you'd like to meet
To go over everything
They say that time's supposed to heal ya
But I ain't done much healing
Hello, can you hear me
I'm in California dreaming about who we used to be
When we were younger and free
I've forgotten how it felt before the world fell at our feet

There's such a difference between us
And a million miles

Hello from the other side
I must have called a thousand times
To tell you I'm sorry for everything that I've done
But when I call you never seem to be home
Hello from the outside
At least I can say that I've tried
To tell you I'm sorry for breaking your heart
But it don't matter it clearly doesn't tear you apart anymore

Hello, how are you
It's so typical of me to talk about myself I'm sorry
I hope that you're well
Did you ever make it out of that town where nothing ever happened

It's no secret that the both of us
Are running out of time

So hello from the other side
I must have called a thousand times
To tell you I'm sorry for everything that I've done
But when I call you never seem to be home
Hello from the outside
At least I can say that I've tried
To tell you I'm sorry for breaking your heart
But it don't matter it clearly doesn't tear you apart anymore

[x4:]
(Highs highs highs highs
Lows lows lows lows)
Anymore

Hello from the other side
I must have called a thousand times
To tell you I'm sorry for everything that I've done
But when I call you never seem to be home
Hello from the outside
At least I can say that I've tried
To tell you I'm sorry for breaking your heart
But it don't matter it clearly doesn't tear you apart anymore



Wednesday, December 16, 2015

TUKAR TEMPLATE BLOG

tim87 | 6:46:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!

Boring dah tengok hati merah ni kan..? Ermmm, aku rasa nak tukar design blog, template, blogskin, kaler and whatever yang ada kat dalam ni. Lama dah tak main edit-edit ni. haha! Eh, Bukan dari hari tu ke aku nak tukar? hihihi.. Tak sempat dohh! Bizi sangat sampai lupa kat blog. Tapi now aku try nak edit sikit before Januari menjelang tiba. Ecewahhh.. Rasa hari raya pulak nak tukar baju baru neh.. Hahaha!

Actually, aku takde idea nak buat blog ni macamana.. Nak simple-simple je. Dah bukan budak-budak lagi kan.. So, design taknak la "huha huha" sangat! Simple and friendly user. Asalkan orang senang nak baca. Tak nak tulisan serabut-serabut sangat. Aku sendiri pun pening. hehe. Kaler blog nak kaler merah hitam, tapi dulu pernah jugak kaler nih. Ke nak kaler sof-soft je eh? Ermmm.. Tab? Nak buat banyak sangat tab kang pening pulak tengok.

Any bloggers yang ada idea tak? Or any designer yang ada idea tak? Tah pandai ke tak nak edit lagi ni ha.. Nampak macam senang, tapi aku pernah buat sampai hilang entry-entry aku! hahah.. camner tuh?

Oklah, tengah carik idea dulu. InshaAllah, esok petang kalau tak bizi aku edit. Pelizzzz guide me sape sape yang expert! aku amaturrr saja donggg..

xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, December 15, 2015

CPUV NUFFNANG DISEMBER 2015

tim87 | 5:31:00 PM | | 4 Comments so far
Assalamualaikum korangg!

Lama tak bukak macik Nuffnang ni.. nak apdet sket CPUV bulan ni. Hanya 5 campaign je yang on going skang macam kat gambar bawah ni.. Nampak tak disitu aku tak setia berblogging lagi. Hahaha. Dah jarang tulis entry, mana la nuffnang nak bagi. kikikiki! Padan muke aku.

Rajin-rajin la klik iklan aku tu keh. Free je pun, tak bayar. haha.


p/s : tazzzabar nak cashout nih. Boleh plan gi travel. mihiiihihihi~

Berangan jap..
Muahhhcikeddd.

xoxo,
bercakap dengan bintang

Monday, December 14, 2015

Tips Temuduga Jawatan Inspektor Polis 2015

tim87 | 11:56:00 PM | | 7 Comments so far
Assalamualaikum korangg!

Calon-calon temuduga mesti tunggu-tunggu aku punya entry ni kan..? Ramai yang inbox n comment kat entry lama aku pasal dokumentasi, MIT Test, ujian fizikal dan sebagainya. Tak kurang jugak yang tanya personal kat whatsapp aku. Actually kitorang ni ada group untuk calon inspektor ambilan 2015 ni. Tapi awal November lepas aku left group atas sebab-sebab tertentu dan yang pastinya aku tak bergelar calon inspektor polis lagi. Huhuhu.. sedihhh siot.. impian aku musnah macam tu je.

Baru-baru ni dah keluar result MIT Test untuk calon-calon Inspektor ni kan? Camner result korang eh? Hopefully semua berjaya melepasi step maut tu. Memang susah siott nak lepas. Tanya lah orang-orang yang dah pernah attend MIT Test yang lepas.. komfem jawab susah nak lepas. Hmm.. entah lah.. benda tu bergantung pada rezeki jugak kot. Kan?



Ok, pada yang dah dapat jadi calon interview inspektor tu, aku doakan korang berjaya melepasi step ni. Aku rasa step MIT Lagi maut daripada step ni. Step last ni sebenarnya bagi aku asalkan dapat tackle hati penemuduga jugak. Walaupun korang dapat jawab soalan dengan baik, korang kene kental kene saiko dengan dorang. Kuat saiko beb! Nama pun polis kan. Lagi-lagi untuk korang yang akan jadi pegawai ni. Bukan senang nak dapat title pegawai tau dak! Haaa.. nak sangat kan!

Oh, mesti yang tanya aku dapat ke tak interview tu. Ehehe.. ermm.. biarlah aku dan family aku je yang tahu k.. hihi. Biarlah rahsia sangat kan..

Difahamkan temuduga ni akan start 10 Disember 2015 sampai 22 Januari 2016 seluruh Malaysia. So, pada yang belum semak nama, sila ke SSO dalam website RMP. Before ni aku pernah ajar camner nak check. Korang dah boleh check nama starting 6 Disember 2015 yang lepas dah. Mana tahu kot kot ada yang tak tahu lagi kan.

Ni aku nak share sikit pasal tips temuduga untuk inspektor ni. Korang study la sikit-sikit apa yang aku cakapkan ni eh. Masuk tak masuk pun 2 3 perkara daripada apa yang aku gitau ni. Tak pun masuk semua.. ngeh ngeh.. aku kan peramal tegar soalan interview. Huaahuaa!

10 TIPS TEMUDUGA INSPEKTOR POLIS

1. Masa masuk bilik temuduga tu, bagi salam dulu. Jangan bongkok-bongkok, kena nampak segak and tegas. Suara mesti lantang. Korang kena tahu jawatan panel kat dalam tu. Contoh : "Selamat pagi Tuan!!" Kalau dorang suruh duduk baru duduk. Ingat!! Jangan menyandar rileks je kat kerusi tu. Duduk tegak tahu!

2. Start jawab soalan bila di tanya. Muka korang kene kompiden! Tapi kalau boleh, jangan nampak sangat kelentong walaupun korang jawab salah! Haha!

3. Biasanya soalan pertama adalah pasal diri korang. Dalam English ke BM ke yang tu tak pasti. Tapi kebiasaan kalau interview kerja kerajaan ni memang introduce yourself in english.

4. Wajib tahu pasal isu-isu semasa yang jadi skang! Pasal IS, pasal 1 MDB, pasal esskom, or pape jela.. tu aku bagi contoh je. Contoh soalan : Apa pendapat awak pasal 1MDB? Krikk...krikk..

5. Kena tahu apa sebab korang nak sangat jadi polis ni. Jawapan korang jangan cliche sangat! Konon minat kan. Haha! Itu dusta semata. Tak semua yang apply ni minat. Skang ni payah nak carik kerja, so, cakap je takde choice! Muahahaha! Korang study tinggi-tinggi kena relate kan apa yang korang stduy tu dengan jawatan inspektor ni. Contoh korang dulu study pengurusan awam, so, korang pandai-pandai la link kan course korang tu dengan unit or bahagian pengurusan polis ke, or apa-apa sahaja yang korang rasa sesuai nak di cakap. Jawapan kena ilmiah sikit. Jangan nampak kebudak-budakan eh.

6. Rukun Negara, Rukun iman & rukun Islam (bagi yang beragama Islam) kena tahu! Kadang-kadang dorang tanya jugak surah lazim ke, ayat-ayat bacaan dalam solat and watsoever laa..

7. Korang kene study pasal PDRM ni. Misi, Visi, Bahagian or Unit or Jabatan yang terdapat dalam PDRM ni. Kalau dia pick salah satu unit, korang kena elaborate apa yang korang tahu pasal unit tu. Kena tahu jugak siapa PENGARAH dalam setiap jabatan tersebut.

8. Nama penuh Ketua Polis Negara ngan title dorang kene tahu. Full name k. Kene tahu berapa lama dah dia jadi KPN.

9. Apa maksud INTEGRITI? Apa pendapat awak pasal isu RASUAH kat Malaysia?

10. Kena yakin pada diri. Kalau kene saiko tu korang kena kuat. Cari sebanyak mana alasan yang boleh mengukuhkan jawapan korang tu kalau dorang cuba nak putar belitkan jawapan korang. Selawat banyak-banyak.

Sekian saja tips dari hakak. Hehe. Nanti jangan cakap hakak tak payong korang eh. Jangan bergantung pada 10 tips di atas je k. Banyak lagi yang lebih berpengalaman. Aku ni sekadar meramal dan sekadar berkongsi tips je.

Jangan lupa dokumen penting yang kena korang bawak waktu nak gi interview tu. Terutamanya yang sedang berkhidmat tu, kenyataan perkhidmatan tu penting! Sijil-sijil, gambar and watsoever yang dorang mintak.

Ada yang tanya aritu, cik ni polis ke? Macam banyak tahu pasal polis je. Bukan sorang 2 yang tanya. Ramai kot. Haha. Paling win yang dekat KLIA 2 baru-baru ni. Beli barang kat Bodyshop, akak ni polis ke? Muke sunburn, gaya pakaian macam polis. Hahha. Gelak. Member aku dok gelak je kat belakang. Iye kan aje la polis tu. Harap jadi polis la eh. Celah mana tah dorang ingat aku ni polis. Muehehehe!

Ok lah, start dari skang kene rajin-rajin baca paper. Kene rajin study and hafal pasal PDRM ni. Apa-apa pun, dapat ke tak dapat korang jangan terus give up k. Kalau allah dah kata tu rezeki korang, memang korang dapat. Kalau tak dapat tu, mungkin rezeki korang kat tempat lain. Ingat tu, jangan give up! Ni pesanan untuk diri aku jugak. Hoho.

Berserah & tawakal pada yang Maha Esa. Semoga korang semua berjaya melepasi semua halangan dan cabaran ni. Nanti kalau korang dah interview, sila apdet ngan aku apa yang di tanya k. Boleh share ngan calon-calon lain.. tak salah berkongsi kan?

Panjang pulak entry aku kali ni kan. Hopefully korang tak jemu and korang kena baca sampai habis! Mahal tau tips ni. Hihi. Aku bagi free je.. hahahahhahah!

Ok lah, salam sayang daripada aku yang hensem.

Mmuahhhcikeddd!!

Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Thursday, December 10, 2015

Fakta Anak Ke-2!!

tim87 | 6:40:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum korangg!

Actually now aku kat ballroom hotel.. haha.! Tengah ceramah uolss. What a boringg day, ceramah petang-petang pasal aset plak tuh. Adeh.  Lagi la aku takleh nak hadap. Pelizz la uolls, petang dah kot.. mata dah jadi ikan puyu dah. Malam ni nak kena attend lagi ceramah. Heshh.. ampuunnn, bebel seketika dong. Geram katanya. Haha!

Ok, bact to the topic.. tadi terserempak ngan page imuslim kat Facebook tu.. before ni pernah jugak orang share pasal fakta anak kedua nih. Eh, sapa anak kedua cer angkat ketiak?!! Kikiki.. sapa yang tak kenal aku, aku ni anak kedua dalam family but aku anak pompuan pertama dalam family. Paham ke idok? Tak faham sila ulang balik ayat tadi.. hihi..

Ni aku nak share balik yang dorang post tadi tu.. nah, kene seketul. Rasa banyak lagi yang perangai anak kedua ni serupa.. haha.. memang pandai dorang ni.  Kenapa sama perangai eh? Hihi.. korang ade tak yang kene seketol macam aku ni?







Semua diatas memang perangai aku. Part yang no.4 tu dulu aku selalu kene. Everytime orang-orang yang jumpe and tak kenal ngan aku, kebanyakan first impression dorang cakap aku ni sombong giler. Haha. Sebab pendiam kot? Eh, pendiam ke? Hahhaha!! Kalau orang yang aku tak kenal sah sah la aku diam. Bengong. Kang ramah tak temtu pasal plak orang pikiaq aku mereng. Eh? 

Eh, tapi aku ramah sebenarnya tau.. hahahhahahha!! And bila member-member tubdah kenal rapat ngan aku, baru dorang tahu perangai sebenar aku. Yess, aku tak kesah la dorang salu cakap aku gila-gila ke, aku ni gelong ke.. dah memang perangai aku.. haha.. so, sape yang ikhlas nak berkawan tu, memang boleh masuk.. hehe.. 

Dah dah.. perasan lettewww.  Pada yang kutuk aku..mengata aku tu sila kenal aku dulu. Jangan tuduh melulu. Aku boleh masuk semua orang tak kisah muda ke tua.. hehe.. :) *friendly sangat*


Pada yang tengah preggy tu, boleh amalkan doa  Nabi Daud ni untuk lembutkan hati anak-anak kita nanti. Aminn.. :')




Xoxo,
Hati merah yang comel lagi gila-gila

Saturday, December 05, 2015

Cinta

tim87 | 10:45:00 PM | | Be the first to comment!
Assamualaikum korang.

Haiii semua bloggers & readers, stalkers and watsoever lah. Mihihi.

Nak share sket gambar time hohoholidayyy ritu yang tak berapa nak hoho sangat. Not really a holiday actually but only a short trip je. Unexpected trip lah senang citer sebabnya aku tak plan langsung pun pasal trip-trip ni.

Tak sempat nak share ngan uolls semua. Bizi teramat lately but alhamdulillah, I dah faced it. Sakit nya tuh disini sangat doh. Tuhan je tahu uolss.

Eh, satu gambar je dulu eh. Ade masa nanti aku buat entry pasal hoholidayy ni hokeyyh?! *gambar banyak dalam phone hosmet aku tu rupenye*

Venue: Penang Hill


♥Cinta itu perlu keyakinan dari dalam hati & cinta juga satu risiko.♥


Xoxo,
Bercakap dengan bintang

Tuesday, December 01, 2015

Sarapan atas katil?

tim87 | 6:56:00 AM | 2 Comments so far
Asaalamualaikum korang!

Disember dah.. eh? Aku bukak entry aku bulan ni dengan santapan atas katil. Erkk.. Haha. Nahh, sila menjamu mata dan bersantap ngan air lior. Aiiyaa!

Sumber : Facebook World Of Buzz









Part tak boleh blah tu ada sambal pulak. Ekeke. Panaih bontot tidoq kalo lagu tu naa.. wakakkaka!

Ok, siapa yang jual cadar ni sila promote diri sendiri ok. Hihi. Aku tak beli. Aku tolong ja.. hihi


Mmmuahhhhcikedd!




Xoxo,
Bercakap dengan bintang