Saturday, February 28, 2015

BAGAIMANA NAK DAPATKAN MAKLUMAT URUSAN PENGAMBILAN (STATISTIK) SPA?

Assalamualaikum duniaa...

Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang. Aku je berhujung minggu bersendirian tanpa keluarga. Ahh. Kusut.

By the way, arini just nak kongsikan ngan korang bagaimana nak tahu MAKLUMAT URUSAN PENGAMBILAN (STATISTIK) yang kita akan temuduga bagi jawatan tersebut. Baru-baru ni ada reader yang komen kat beberapa entry aku,dia nak tahu macamana nak dapatkan MAKLUMAT URUSAN PENGAMBILAN (STATISTIK) daripada SPA tu. Tapi aku tahu nama la sebab dia guna anynomous. So, aku harap dia akan baca lah entry aku kali ni eh.

Actually kan, semalam nak buat entry ni sebab tu kalau korang perasan, screenshot aku kat bawah ni dekat jam 2.30 pagi. Haha. Yang aku bulat kaler hijau tu la anonymous yang tanya tu. Aku saspek orang yang sama la kot. Harap-harap awak baca k entry ni. Sebab aku reply balik takde respon. Takut tak sampai plak maklumat tu kat dia.



 Ok, awak (cik/encik/puan anonymous) and korang-korang yang belum tahu lagi tu, firstly kita bukak dulu website SPA ni k.. Pastu, korang akan jumpa MAKLUMAT URUSAN PENGAMBILAN (STATISTIK) seperti yang aku bulatkan kat bawah ni. Korang klik je link tu eh. Tak pun klik je gambar kat bawah ni. Aku dah backlink kan gambar tu direct kat website.


Pas korang klik tu, akan keluarlah senarai jawatan yang akan dan sedang ditemuduga pada tempoh tersebut sekali dengan statistik kekosongan bagi jawatan tersebut. Kalau korang dapat panggilan temuduga bagi Jawatan Pegawai Penerangan contohnya, korang klik je kat situ. Gambar kat bawah ni, selepas korang klik MAKLUMAT URUSAN PENGAMBILAN (STATISTIK) tadi tu.


Ok, sampai sini dah paham tak? Tak paham tanya k. Aku sebenarnya tak pandai nak explain, so aku sertakan dengan contoh yang aku dah buat supaya senang korang nak paham. Yang dah tau tu jangan kutuk aku k. Aku tolong orang yang bertanya je. Tak salah kan?


Gambar atas ni pulak selepas korang klik kat jawatan apa yang korang nak tengok. Nampak tak tadi, kat senarai jawatan tu ada butang LIHAT di tepi sekali? Ade kan? Haa, korang klik je butang LIHAT tu dan tadaaaa.. akan keluarlah statistik bilangan permohonan, bilangan kekosongan, bilangan calon simpanan, dan bilangan yamg dipanggil temuduga. Dah siap! Hehe. Senang je kan? So, untuk ANONYMOUS tu, saya harap awak faham dan baca entry ni. Ehehe. Niat memang nak tolong awak tapi tak tahu nama awk, dan tak tahu nak contact awak.

Sepanjang pengalaman temuduga aku sebelum ni, panel tak pernah pulak tanya soalan ni. Tapi tak tahu la dia pernah kena tanya hari tu dengan panel, cuma tak pasti panel jabatan itu sendiri atau panel SPA.

Ok, before blah, aku nak ucapkan tahniah kepada sesiapa sahaja yang fapat panggilan temuduga tak kira daripada SPA Malaysia ke, SPA Negeri ke, keje kompeni ke. Hehe. Tahniah dan semoga suksess k. Hadapi temuduga dengan tenang dan cool macam aku. Muehehehe. Gudluck tau korang!

Bah, aku nak rehat dulu. Baru lepas main futsal dengan team Jabatan Pendaftaran Bahagian Kapit. Alhamdulillah, tak sangka boleh menang! Hihikk! Nanti aku story kat entry lain k.

mmmmuaahciked korang!

Xoxo,
bercakap dengan bintang

Friday, February 27, 2015

Nota Jumaat #1

Assalamualaikum duniaa.

Salam jumaat semua.
Memandangkan Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, aku nak tetapkan setiap Jumaat akan ada entry islamik untuk peringatan diri aku sendiri. Dalam masa yang sama korang boleh share jugak n uolls akan dapat maanfaat daripada apa yang disampaikan. *Muhasabah Diri*



So hari ni just nak bercakap pasal Sunnah Nabi. Simple jer. Just nak share ngan korang pasal habit kita. Ni termasuk aku la. Apa kata kita tukar habit kita sepeerti gambar di bawah. InshaAllah, kalau selalu di praktikan, tak akan lupa pun. Kata nak Istiqamah kan. InshaAllah aku boleh buat. =') Jahil nya aku ni.


Sama-sama kita menuju ke jalan Nya. Aku tahu aku ni bukan budak baek pun. Tapi tak salah kalau kita cuba untuk berubah ke arah kebaikan kan. Tak salah kan? Tak tahu, beljar. Dah tahu, haluskan lagi. Senangkan. Masya Allah.

Sebab aku sayang korang la aku share. Mmmuahciked.

Wassalam.

xoxo,
bercakap dengan bintang

Lirik Lagu OST Stand By Me Doraemon ( Himawari No Yakusoku )

Assalamualaikum duniaaa..

Aku dah jumpa dah lirik lagu yang aku suka tu. OST STAND BY ME DORAEMON. Korang dah tengok tak cerita tu? Lagu ni best sangat tau. Tak tahu maksud pun aku boleh rasa maksud dia best. Lagi-lagi kalau dengar versi yang piano tu. Perghh! Aku rasa nak main piano jugak kalau dengar. Hihi. Lagu ni kalau baca maksud memang sedeh sebab lagu ni mengisahkan sebuah perpisahan antara dua sahabat.. Deep wooo maksud lagu nih.! Deep sangat! 
Lagu di nyanyikan oleh seorang jejaka jepun yang bernama Motohiro Hata. Skodeng sikit mamat neh jom.. hehe. Boleeehh laaaa.. not bad la jugak. haha. Suke suara dia je ok. 




By the way, thanks DAPUR MUSIK sebab kongsikan lirik dan terjemahannya yah! Aku mohon share di sini ok. Kalau korang perasan, lagu ni la yang 1st keluar automatik kalau bukak blog aku! Haa, lirik dah ade dah, ape lagi. Jom nyanyi sama-sama! Hikk!

Sumber : DAPUR MUSIK

Lirik Lagu Himawari No Yakusoku 

OST Stand By Me Doraemon Original Soundtrack  


Doushite kimi ga naku no mada boku mo naite inai noni
Mengapa kau menangis? Padahal aku masih belum menangis
Jibun yori kanashi mukara tsurai no ga dotchi ka wakaranaku naru yo
Betapa menyedihkannya aku, aku bahkan tak tahu apa yang salah dengan diriku 
Garakuta datta hazu no kyou ga futari nara takara mono ni naru
Hari ini akan menjadi harta karun berharga bagi kita berdua
Soba ni itai yo kimi no tameni dekiru koto ga boku ni aru kana
Apakah aku masih memiliki kesempatan untuk dekat denganmu?
Itsumo kimi ni zutto kimi ni waratte ite hoshikute
Kau dan aku selalu tertawa, itulah yang selalu ingin kulihat
Himawari no youna massuguna sono yasashisa wo nukumori wo zenbu
Kau yang lembut seperti bunga matahari dengan semua kehangatannya
Kore kara wa boku mo todokete yukitai koko ni aru shiawase ni kidzuita kara
Aku ingin memberitahu masa depan Karena disini aku sudah bahagia
Touku de tomoru mirai moshi mo bokura ga hanarete mo
Kita bahkan sering pergi menyapa masa depan dari kejauhan
Sore zore aruite yuku sono saki de mata deaeru to shinjite
Aku percaya masa depanmu akan lebih baik jika seperti ini
Chiguhagu datta hazu no hohaba hitotsu no youni ima kasanaru
Aku selalu mengharapkanmu sebagai salah satu langkah yang ku tempuh
Soba ni iru koto nanigenai kono shunkan mo wasure wa shinai yo
Jangan pernah lupakan saat-saat kau berada disini, disampingku
Tabidachi no hi te wo furutoki egao de irareru youni
Kau tetap tersenyum saat berjabat tangan sebelum kita berpisah
Himawari no youna massuguna sono yasashisa wo nukumori wo zenbu
Kau yang lembut seperti bunga matahari dengan semua kehangatannya
Kaeshitai keredo kimi no koto dakara mou juubun da yo tte kitto yuu kana
Bila kau ingin kembali, dapatkah kau mengatakannya dengan cukup yakin?
Soba ni itai yo kimi no tameni dekiru koto ga boku ni aru kana
Apakah aku masih memiliki kesempatan untuk dekat denganmu?
Itsumo kimi ni zutto kimi ni waratte ite hoshikute
Kau dan aku selalu tertawa, itulah yang selalu ingin kulihat
Himawari no youna massuguna sono yasashisa wo nukumori wo zenbu
Kau yang lembut seperti bunga matahari dengan semua kehangatannya
Kore kara wa boku mo todokete yukitai hontou no shiawase no imi wo mitsuke takara
Mulai sekarang, aku akan memberitahu masa depan
Karena aku sudah menemukan arti kebahagiaan yang sesungguhnya


haaaa..! Best kan?!  Tengok la kejap beberapa adegan dalam filem nih. Aku colek dari makcik gugel kepoh. Hehe. Part yang sedeh je aku amek.




Oh, lupa tadi. lagu ni aku dedicate kat member aku yang nak pindah tu. ermmm. Sorry la k. Sensitif sikit dua tiga menjak ni. Ingat tau! aku nobita, ko doraemon. Haha. Sebab ko gemok. Gemok. Gemok.  :")

Oklah. Selamat mendengar. Selamat bernyanyi. Selamat malam. Selamat semuanya. sayangg korang!
Mmmuuuahhcikeddd.. 

*banyak bintang malam ni beb* best baring tengah padang sambil lihat & bercakap dengan bintang.

Xoxo,
bercakap dengan bintang

Thursday, February 26, 2015

Terima Kasih Sahabat!

Assalamualaikum duniaa..

Again! Lepas satu, satu yang pergi. Tahniah sahabat. Seorang lagi sahabat yang bakal tinggalkan aku sorang-sorang dalam jabatan ni. Huhuhu. kenape semua orang nak kene pergi dari aku neh? Uwaaaaaaa.. macam malang pulak dah aku ni. Aku datang orang lari.. aku lari korang datang..  :'( *kene kuat*



Terima kasih wahai Allah sebab menghantar aku sorang sahabat dikala ku kesepian ketiadaan rakan, dikala aku kerunsingan membalut resah berterusan. Eceh... ayat!

Terima kasih sahabat kerana sudi bersahabat dengan diriku insan ciptaan Tuhan yang lemah. Bukan senang kot orang nak kawan ngan manusia mereng cenggini. Penerimaan seseorang tak sama kan. So, thanks so much sebab sudi hadir dalam kisah sendu aku ni.

Terima kasih jugak wahai sahabat kerana sudi menghantar aku kunang - kunang emas yang cantik cahayanya untuk ku suluhi minda.. mengasah hati ini. *perrrgghh! Ayat kerek sangat* Senang cerita, terima kasih sahabat sebab selalu bebel kat aku, bagi nasihat kat aku. Walaupun aku selalunya tak kuat nak hadap semua cabaran dan dugaan sekarang. Tapi kadang-kadang aku cakap aku kuat, sebab nak jaga hati ko. Memang betul pun ko selalu cakap kat aku, mulut T je cakap kuat, ati tak. Yess.. pandai ko teka kan! Eh, memang chemistry eh? Ke misteri? Arhh, scary mak jemah!

Terima kasih jugak weh sebab sudi menjadi purnama yang sudi menerangi tika langitku kelam. *lagi ayat metafora yang kerek*! puih! Xjadi nak manje-manje sebab aku sendiri muntah dengar ayat nih. Hihi.*  Terima kasih sebab banyak bagi tunjuk ajar ngan aku, banyak share ngan aku pasal keje, banyak bagi info kat aku, banyak share gossip ngan aku, banyak buat ketupat lemang segala bagai.. hehe walaupun hanya sekejap je kan. Baru lagi kot, ko dah nak pindah. Ape daaaa.. *__*

Terima kasih la eh sebab selalu dengar aku merungut. Aku selalu sebak kan. Aku selalu tak puas ati itu ini, aku selalu jadi mangsa keadaan kan. Ermm.. Sebab masalah keje aku teruk sangat camni tau tak. Terima kasih sebab sudi jadi telinga aku. Aku tahu kadang-kadang fed up jugak ko dengar kan. Aku je sebok-sebok nak merungut jugak walaupun aku tau ko pun bizi jugak. Tapi ko gigih jugak pasang telinga untuk dengar masalah aku. Mesti boring kan dengar aku camni. Haish.. siti..siti.. 

Terima kasih jugak sahabat kerana menjadi mentari di bening pagi ..cahayanya lembut sungguh menyejukkan hati.  Poyo kan ayat aku neh?! haha. Watever la, Ko selalu cool kan aku yang tak berapa nak cool ni. Kan? Part aku nak marah ke nak nanges ke, ko selalu try buat aku gelak. Aku tauu.. Betulkan? Tipu arr kalo ko cakap tak! Betul kot kata quotes kat bawah ni, memang satu terapi kalo share something or bercakap-cakap dengan bestfriend kite. Memang aku tenang lepas share ngan ko walaupun aku ni seorang pemendam masalah. Sies beb, aku semangat pas ko selalu bagi nasihat. cuma kadang-kadang aku ketegaq sikit.. Betui kata ang..! Eh, bff eh kite? Haha! Kenal tak sampai puluh taun kan. tapi macam lama lah pulak kan! Perasaan aku je kot. Perasan BFF! Eh?




Mesti ko gelak kalau ko bace entry ni kan. Aku baru tau yang ko selalu stalk blog aku. Dussshhh! tumbuk kang. senyap-senyap plak dia eh. *maluuuuuu wehh sebenarnya!!*

Psssttt! Ermm.. Sorry k sahabat sebab penggunaan ganti nama "KO" tu. *penggunaan 'KO' tu sebab tak nak mention nama ko dalam ni. Nanti tak pasal-pasal ko glemer gara-gara hati merah neh. hihihi. *keyboard yang gelak, yang menaip tak kot*

Ni doa aku sahabat. Moga persahabatan kita tulus suci tanpa bibit permusuhan dan pertelingkahan. Ayat makjemah sangattt.. Ermm.. Jangan lupa ct k. huhu. :"( *nangesssss* Ingat tau, dengar lagu peberet ct, for sure takkan lupe ct. huhu... Terima kasih atas segalanya.. Halalkan ilmu yang diberikan. Halalkan makan minum walaupun baru sekali dua je dok lepak sama kan. Kalo rase rindu, call aku k. Gayut sampai aku rase nak terajang ko. Haha. Sorry k, kalau ko tak suke cara aku yang kasar ni. Aku memang cenggini. Ko tak taha, ko cakap truih terang naa.. cheq tak marah pongg. 

patutlaaa aku rasa something yang akan jadik pasni. Apa yang aku rasa tu betul-betul jadi. Takpe la.. rezeki masing-masingkan. Aku takde hak nak halang. Aku doakan ko terus sukses dan berjaya dalam bidang yang ko impikan ni.. ko hepi, aku hepi jugak. Fair & square kan! 

Dah tak tahu nak cakap terima kasih macam mana lagi. Sebak beb. Tak leh tido pulak kalo pikiq camna la keje aku pasni. Teruk aku kan. Nobita sangat! Suke bergantung kat orang. Haishh.. siti.. siti..!

Dah macam karangan majalah sekolah pulak dah. Sorry k. Aku malu nak cakap kat ang. so aku rasa ko akan stalk blog aku ni, ko bace sendiri la eh. huhu.

last but not least, terima kasih sekali lagi sahabat. Aku try nak buat hati aku kuat neh. Tak leh beb. Takleh! Aku akan ingat nasihat ko. Aku akan ingat bebelan ko. Aku cuba kuat k. Eh, aku suggest ko tengok stand by me doraemon tu! Macam terkene pulak citer tu. Aku jadi nobita, ko jadik doraemon. Hehe. Wekkk. Gemok!

bahh bahh.. aku blah dulu k. Sorry kalau ayat aku ni banyak tunggang langgang. Hati sendu memang cenggitu. Btw, jangan lupa ct k. Kalo ko lupe aku belasah ko. Ok bebeh. Deal? Hihi. Semoga ko bahagia dan sukses dalam kerjaya baru k. Amin ya rabbal alamin. Doakan aku jugak tau! Aku nak folo ko blah. Hehe. 
Muuaahhciked. :")

Salam sayang dan rindu dari sahabatmu yang rare bak katamu. 



Xoxo,
bercakap dengan bintang

Wednesday, February 25, 2015

Segmen Bloglist MAC - JULY By MiyaAmira


Assalamualaikum duniaa..

Join segmen je petang-petang ni k. Tenangkan jiwa, fikiran, tabahkan hati before buat kerja. Malam kang aku follow peserta lain k. Jangan lupa klik follow kat blog aku jugak! Klik tabung Nuffnang aku sekali tau! Ok lah korang,just klik je banner kat bawah macam biasa k. 



Gudluck korang.
Mmmuahciked.

xoxo,
bercakap dengan bintang

RABU TANPA KATA #5

Assalamualaikum duniaa..




xoxo,
bercakap dengan bintang

Tuesday, February 24, 2015

Payahnya nak Istiqamah Diri!

Assalamualaikum duniaa..

Mula-mula nak ucap terima kasih banyak-banyak ngan BUDAK sebab aku salah seorang pemenang untuk Segmen Jom Kongsi Tazkirah by BUDAK. Senarai pemenang ada kat SINI. Aku dapat hadiah Topik Jumaat Siri 33 iaitu Istiqamah Dalam Ibadah. Memang kena dengar ni sebabnya aku ni kurang istiqamah. Jujur aku cakap. Memang payah. Bila dengar audio yang dihadiahkan ni, terasa kena pulak ngan diri aku yang ni. Thanks BUDAK! Betul kata BUDAK dalam segmen beliau, mana tahu tazkirah yang kita sampaikan akan menghidupkan salah satu hati yang membacanya. Memang betul sangat bila aku baca tazkirah dari peserta lain. Terasa diri jauh sangat dari PenciptaNya.



Istiqamah. Kita susah nak istiqamah kerana kita susah nak lawan nafsu kita sendiri. Maaf kalau ada yang terasa or watever, tapi aku bercakap untuk diri aku sendiri. Sebab aku tau aku bukan hamba yang sempurna. Selalu buat salah. Tanpa kita sedari kita sebenarnya takut dengan nafsu sendiri. Benda lagho yang kita selalu buat itu sebenarnya akhlak kita sebab perkara itu sudah menjadi kebiasaan bagi diri kita. Contohnya bila selalunya kita solat lambat. *Ni aku sendiri eh* Nak berubah menjadi solat pada awal waktu pada mulanya memang sulit tapi kita cuba juga untuk melawan rasa sulit tu dan terus ke bilik air untuk mengambil wuduk bila azan dah berkumandang. Lepas 3 hari kita dah malas nak solat awal waktu sebab kita fikir solat pada tengah-tengah waktu pon tak apa. Sampailah hari seterusnya kita selalu lewat-lewatkan solat sampai kadang-kadang tertinggal waktu. Dah nak habis waktu solat baru nak terhegeh-hegeh ambil wuduk dan solat. Haih... nilah padah lambat-lambatkan solat. Ibu cakap bila lambatkan waktu solat lama-lama kita jadi malas terus tak nak solat.


Susah nak istiqamah juga disebabkan faktor persekitaran. Bila kita kat surau, apa yang kita fikirkan dalam otak ni adalah nak mengaji, nak solat sunat, nak pegang tasbih berzikir banyak-banyak. Tapi bila kita sampai rumah. Masuk bilik sorang-sorang, baring-baring, dengar azan kita terus rasa malas. Sebab apa? Sebabnya bila dekat surau kita dikelilingi orang-orang yang sentiasa beribadah pada Allah. Dalam surau pula memang mempunyai aura unttuk buat kebaikan. Dalam bilik, dahla sorang-sorang. Mestilah sah-sah setan yang ada sekeliling kita bisik perkara yang tak baik. Ditambahkan lagi dalam bilik tu ada aircond, katil, bantal peluk ke bantal busuk ke, memang susah lah nak bangun pergi ambil wuduk nak solat. Betul kan? Tipu cakap tak. Kalau menipu dosa! hihi.

Sebab itu aku tak suka duduk rumah sangat. Maksudnya aku lebih suka keluar atau lepak rumah member. Hehehe. Bukan nak bertapa kat rumah orang tapi bila kita dekat rumah orang automatik kita malas nak lengah-lengahkan solat sebab kita tau dekat rumah orang kita tak boleh baring suka hati. So bila takde benda yang nak dibuat, cepat-cepat kita mintak izin kawan nak tumpang solat. Kan senang kalau dah solat dulu sebelum balik sebab kita tau kita ni jenis orang yang suka lengahkan solat.

Setiap manusia tak kiralah dia baik atau dia jahat, dia alim atau dia jahil, pastinya jauh dalam sudut hati mesti kita ada berniat atau terniat nak berhijrah dan berubah menjadi lebih baik terutamanya berubah untuk meningkatkan lagi ketaatan dan ibadah pada Allah.

Perubahan atau penghijrahan seseorang mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi mata-mata sekeliling yang melihat. Itu sudah dianggap perkara biasa. Tetapi penghijrahan itu mungkin akan menjadi perkara luar biasa bila seseorang itu kuat menahan nafsu dan tetap istiqamah dengan taubat dan penghijrahannya. Nak berubah memang senang weh tapi bila nak istiqamah tulah yang payah sangat. Sebab itu kita mudah jatuh pada lubang yang sama. Allah Allah Allah ... Kenapa susah sangat aku nak istiqamah ni?! *Hati meronta-ronta meroyan :'( tskk..tsk..tskk..!

Sumber : Macik Gugel Kepoh


Masa sekolah dulu selalu ustaz atau ustazah aku selalu cakap Sabar itu separuh dari Iman. Kitorang yang suka main-main cakap "SABAR ITU SEPARUH DARI SABARIAH" haha! kesian minah nama sabariah ek.. hihi. Kita tak sabar maka kita susah nak istiqamah. Kita tak sabar untuk sentiasa berterusan melakukan solat pada awal waktu. Kita tak sabar menjaga nafsu kita lantas jatuh dalam lubang dosa yang sama. Kita tak sabar untuk melawan rasa malas pada malam-malam buta semata-mata nak berqiamulail. Kita tak sabar untuk tiap-tiap malam mengaji dan membaca tafsir ayat al-Quran. Kita tak sabar untuk melawan ego demi memperbaiki hubungan sesama manusia. Kita tak sabar kerana tak sanggup nak buang perasaan dengki pada orang lain. Kita tak sabar dalam menghadapi dugaan yang Allah bagi kerana kita lupa semakin kita dekat pada Allah semakin besar ujian yang menimpa kita. Kita juga lupa Allah berfirman siapa yang sabar maka dia diangkat darjatnya dan sentiasa dalam reda Allah.

Korang tahu tak? Kita susah nak istiqamah sebab kita selalu riak dengan perubahan diri sendiri. Kita ujub bila kita rasa kitalah paling baik dalam dunia. Kita rasa kita bagus bila kita mempersoalkan bila orang lain nak berubah macam kita. Sedangkan kita sendiri belum tahu sampai tahap mana sabar kita, perubahan kita. istiqamah kita akan bertahan. Para ilmuan kata, bila kita pandang orang yang buat maksiat kata dalam hati mungkin dia ada kesempatan nak bertaubat. Sedangkan kita? Bila kita pandang budak kecil, kata dalam hati diorang tu masih suci sebab tak pernah lagi buat dosa. Sedangkan kita? Bila kita pandang orang jahat, fikirlah mungkin satu hari nanti dia akan berubah dan menjadi lebih baik lagi daripada kita. Bila kita pandang orang kafir, fikirlah mungkin satu hari nanti mereka akan masuk Islam dengan hidayah Allah.

Semoga Allah redha. Aku share pasal ni sebab nak remind aku sendiri yang lagho ni. Terima Kasih sekali lagi BUDAK! Ni yang buat aku sayang neh.. Mmmmuahciked!

Sumber : Macik Gugel Kepoh


xoxo,
bercakap dengan bintang

Stand By Me Doraemon!

Assalamualaikum duniaaa..

Nak share la ngan korang ni pasal 1 movie baru ni. Pernah dengar tak citer Stand By Me? Alaa.. citer Doraemon tu la.. kan baru ni dorang dah tayangkan movie untuk kartun tu. wah! Aku plak eksaited. Childish sangat mak neh. Bukan apa korang, aku membesar dengan kartun ni. Sape yang lahir tahun 80-an dan awal 90-an tu, korang pasti jadikan ni kartu wajib korang kan? Tipu la cakap tak! sape yang montel-montel dulu, komfem kene gelaran Giant! yang pompuan pulak berangan-angan nak jadi Shizuka kononyer. Legend kan! Haha. Puihh! Budak-budak skang mana de kot nak tengok kartun-kartun cenggini kan. Alih-alih je tengok tab, main psp ke xbox ke, COC ke.. maklumla budak-budak zaman IT la katakan. Ok, dah tak mo citer pasal tu.



Memandangkan boring yang teramat sangat malam Sabtu tu, tiba-tiba plak tangan ni menggatal nak purchase movie kat Astro First. Sebab teringin punya pasal, mengalahkan mom to be mengidam. Ekceli kan, aku ni first time jugak melanggan Astro First tu. Tak pernah beb. Tak tahu step pun. Haha! Malam tu dapat plak.. ekekek. Sudahnya, sampai ke pagi la melayan movie tu. Sebab aku start jam 12 malam.



Ok, sinopsis cerita ni simple je. Overall aku boleh katakan aku puas hati jugak la tengok. Ianya mengisahkan sebuah persahabatan anta 2 sahabat iaitu Doraemon dan Nobita yang akhirnya terpaksa berpisah disebabkan misi Doraemon dah selesai. Part dorang nanges tu buat aku tak tahan beb. Haishh. Mudahnya minat ni nak sensitip skang ni eh. perghh.. hilang hensem. Tskk..tskk..! :'(

Eh, nak tahu lebih lanjut? Tengok arr movie ni. Rugi aku langgan 15 hengget pastu citer ngan korang. Bagi hint sudah la. Ehhe. Nak tengok wayang, masalah kat sibu ni racist sket bab movie yang dorang nak tayang. Lagi-lagi musim perayaan CNY ni. Semua citer bak kut teh je la banyak. Kesian capati ngan nasik lemak dipinggirkan. *harap memahami bahasa metafora aku*

Haaa! Aku suka satu mende dalam movie ni. Guess what?! Hehe.. main teka tekok plak dah kan. hikkk.. Of course la OST dia.. walaupun tak tahu maksud lagu tu, tapi aku suka sangat sebab lagu tu macam syahdu sangat. Aku boleh agak yang lirik lagu ni mesti cerita pasal kesedihan or perpisahan. Sedih bunyik nye, tambah plak bunyi gitar tu.. semacam ade chemistry plak aku dengan lagu tu. Mihmihh.. nama lagu tu Himawari No Yakusoku yang di nyanyikan oleh Motohiro Hata. Kalau tanye minah gugel kepoh ni,maksud lagu tu Janji Bunga Matahari. Macam tak kena plak kan.. Tapi mungkin ye la kot. Hehe. Nak tanya kawan Jepun, takde plak. Hikk!

Ekceli banyak pengajaran dan nilai-nilai positif dalam movie ni. Budak-budak wajib tengok! Satu daripadanya mengajar kita erti usaha. Nobita yang pemalas nak mampus tu boleh belajar dan bangkit untuk capai keingininannya apatah lagi kita ni kan. Satu lagi nilai yang ada ialah nilai persahabatan. Satu persahabatan aneh antara Doraemon, Nobita, Giant, Suneo dan Shizuka. Sorang malas dan bongok, sorang cerdik teramat, sorang kaki buli, sorang kaya dan sombong sorang pulak kiut! Pelik. Tapi itulah hakikat persahabatan dorang. Ahhh.. rindu pulak ngan member jauh-jauh. Sigh.



Xoxo,
Bercakap dengan bintang




Monday, February 23, 2015

Keputusan Rasmi Anugerah MeleTOP ERA 2015

Assalamualaikum duniaa..

Haaa.. mesti dah abes tengok Anugerah Meletop ERA tadi kan? Anugerah MeleTOP ERA 2015 telah diadakan pada Ahad malam 22 Februari 2015, di Stadium Putra Bukit Jalil.



Siaran secara langsung turut disiarkan menerusi Astro Ria (104), Astro Prima (105) dan Astro Mustika HD bermula pada pukul 9.00 malam manakala karpet merah pada pukul 8.30 malam.

Pemenang bagi setiap kategori menerima wang tunai RM5,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro. Wahh! Untungg lerr jadi retiss.. 

Ok, kat bawah ni senarai penuh pemenang bagi Anugerah MeleTOP ERA pada malam tadi.

Drama TV MeleTOP -Bukan Kerana Aku Tak Cinta
Artis Lawak MeleTOP -Johan
Hos TV MeleTOP -Datuk AC Mizal
Pelakon TV MeleTOP - Zul Ariffin
Program TV MeleTOP - Maharaja Lawak Mega 2013
Lagu MeleTOP - Mewangi – (Akim & The Majistret)
Penyanyi MeleTOP - Dato’ Siti Nurhaliza
Grup Duo MeleTOP -Akim & The Majistret
Penyampai Radio MeleTOP - Johan
Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi Era
Filem MeleTOP - Abang Long Fadil
Bintang Filem MeleTOP - Nelydia Senrose
Artis Baharu MeleTOP - Ayda Jebat
Bintang Online MeleTOP - Dato’ Siti Nurhaliza
Couple MeleTOP - Scha Alyahya dan Awal Ashaari
Top Top MeleTOP (Lelaki) - Johan
Top Top MeleTOP (Wanita) - Ayda Jebat

Jom tengok gaya artis kat red carpet tadi..

Kredit pic to : ROTIKAYA












Ok lah korang. Nak layan Stand By Me jap. Nanti aku share pasal ni plak keyh.. muehehe.. nunite korang. p tidoq na. Aku takpe.. memang hantu tak tdo malam.. hihi.

Mmuahcikedd.

xoxo,
bercakap dengan bintang.

Saturday, February 21, 2015

Semalam : Hazama

Assalamulaikum duniaaa..

Sebelum tido, meh teman aku layan lagu ni sat. Suka pulak ai dengar. Baru lah feeling-feeling di awang-awangan gittew! muehehe.

Lirik lagu Semalam - Hazama

Semalam terimbas di mataku
Tarian cahaya di tubuhmu
Semalam bagaikan seribu mimpi
Meniti awangan menyisih janji

Haruskah ku menelan perih kasih
Haruskah ku melihat air mata kau mengalir
Kerna semalam

Semalam makin bersulam kelam
Biarpun tak mungkin ku padamkan
Semalam satu senyuman yang hilang
Menanti kata sakti mengakhiri

Haruskah ku menelan perih kasih
Haruskah ku melihat air mata kau mengalir
Kerna semalam

Terpaksa ku melangkah
Meninggalkan pintu syurga kita
Takkan bisa ku lepaskan dia

Kau mengalir kerna semalam

Haruskah ku menelan perih kasih
Haruskah ku melihat air mata kau mengalir
Kerna berakhir semalam

Namun pasti ku genggam
Semalam selalu



P/s : Kalau layan gitar ni lagi la pergghh gua cakap lu..! *verangan lagi*

Oklah, besok nak long distance lagi. Mmmuahhciked. Gudnite!
Mimpi aku tau! :D

Xoxo,
bercakap dengan bintang


Friday, February 20, 2015

Selamat Tahun Baru Cina 2015!!

Asslamualaikum duniaa..

First of all, nak wish Selamat Tahun Baru Cina untuk member-member cina aku, blogger dan sesiapa sahaja yang menyambutnya.



Tahun 2015 dalam kalender cina dilambangkan dengan kambing kayu. Menurut kepercayaan mereka, tahun kambing kayu adalah sebuah tahun yang damai dan banyak membawa kebahagiaan bagi semua orang.

Nah, mak jemah belanja korang dua tiga ciput gambar sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun ni. Gambar ni di ambil di Hong Kong Malaysia tempat kelahiran aku. muehehe.. Sibu laaa beb.. orang cakap Sibu ni macam Hongkong sebab ramai cina kot. Eh, bkn kot. Memang ramai pun. Haha. Aku memang dari kecik bergaul ngan kawan-kawan cina, sebab kawasan perumahan aku dulu kitorang satu-satunya family melayu kat situ. Sebab tu kot orang selalu fikir aku ni anak cina.

Hensem tak gua pakai cheongsam neh? Haha




Pada yang balik kampung tu, tak kiralah yang menyambut Tahun Baru Cina atau tak, maklumlah.. sekarang Public Holiday kan.. mesti ramai yang balik kampung.. So, hati-hati la dijalanan ok. Ingat-ingat orang tersayang. Ehem... phewwit! Aku sayang korangg jugakk!

Mmmuahhhhcikedd!

Xoxo,
bercakap dengan bintang.


Thursday, February 19, 2015

Segmen Jom Kongsi Tazkirah by BUDAK

Assalamualaikum duniiaaaaa..

Korang yang nak join, sila-sila lah klik kat banner bawah ni ok. Apa yang aku suka pasal segmen ni, korang boleh share apa-apa je takzirah tak kisah dari sumber mana. So, secara tak langsung, tazkirah yang korang share tu boleh dimanfaatkan bersama dan sebagai self reminder untuk diri aku sendiri jugak. Kan..?


Ok, ni sedikit sharing daripada aku. Simple je. Tapi deep sangat bagi aku. Benda ni berlaku dalam hidup aku jugak.



Dari quotes kat atas ni, senang je nak simpulkan :
Kadang-kadang Allah SWT hantar orang baik dekat kita, sebab kita ni tak cukup baik.
Dan kadang-kadang Allah SWT tarik balik mereka semua, sebab Allah SWT nak tengok kita jadi baik sebab ALLAH atau sebab MANUSIA. 
Betul tak korang?

Ok, sekian saja takzirah daripada aku. Sekadar perkongsian dan peringatan bersama.Yang perfect tu datang daripada Allah swt, dan yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri. Thanxx penganjur bagi segmen yang boleh memberi kesedaran pada aku yang lemah ini,

Lovee u'olls. Mmmmmmuaahhcikedd!

xoxo,
bercakap dengan bintang




Wednesday, February 18, 2015

Tuesday, February 17, 2015

Pitam vs Anemia!

Assalmualaikum duniiaaa..

Memandangkan aku skang tengah bercuti, so agak la rajin disitu nak hapdet belog ni. Semalam buat kesekian kalinya aku pitam lagi. Pitam saja, pitam saja, pitam lagi... lalalalalalalala *nyanyi lagu mark adam* ahh! Sewel. Sempat lagi main-main. haha.

Aku tak tahu kenapa aku selalu pitam ni. Memang sejak sekolah aku selalu pitam or pengsan kat sekolah. Muka ni saje yang matron jumpa. Kalau tak matron, driver sekolah. Sebab apa driver skolah? Sebab dia tukang anta aku selalu kat emergency. Pakcik Din namanya. Sebab tu kalau jumpa kat mana-mana, dia ingat lagi aku. Aku ingatkan aku minah tak pemes waktu sekolah dulu. mihmihmih!

Eh, balik pada subjek pitam. Pitam dan pengsan tu sebenarnya benda yang berbeza. Aku selalu pitam, pengsan kadang-kadang jer. Bila buat checkup, doc kata aku kurang darah ataupun nama saintifiknya anemia. Aku tak pernah pun kaji pasal anemia ni. Aku anggap ianya tak serius! Tapi bila aku ingat balik, ada sorang junior sekolah aku dulu pernah meninggal sebab anemia! glrrppp! Kenapa sebelum ni aku tak teringat pun pasal dia ah? Al fatihah untuk arwah ika..

Ermm.. bila baru-baru ni aku kena lagi, baru aku tergerak hati nak baca pasal anemia ni. Sebenarnya aku anggap anemia tu hanya tekanan darah rendah je. bagi aku tak serius la kononnya. Sebenarnya memang ada kaitan antara dua benda ni. Kaitan yang erat. Dari pembacaan aku, seseorang yang mengalami tekanan darah rendah dengan bacaan 90/80mmHg, akan berisiko mengalami gejala anemia. Senang cerita, anemia ni merupakan keadaan dimana seseorang tu kurang sel darah merah.

Sel darah merah ni penting dalam badan kita uolls, sebab apa? sebab ia merupakan medium atau alat pengantar untuk membawa oksigen dari paru-paru ke tisu-tisu dalam badan kita.

Simptom kurangnya sel darah ini adalah berbeza bergantung kepada individu serta punca kekurangannya. Ada kala, pesakit tidak mempunyai simptom. Ekceli kan, pada mulanya aku ni tak percaya sangat yang aku ni mengalami masalah anemia ni. Tapi bila baca pasal simptom-simptom dalam metro before ni baru aku rasa betul kot. Pastu aku try carik pulak kat macik gugel. Aku ni kalau gugel mende lain rajin, tapi kalo bab-bab kesihatan ni harem! Dah sakit baru nak sebok carik itu ini.

Semalam aku buat checkup sendiri di rumah sebab keadaan aku semalam tak berapa nak elok. Nak gi hospital, tapi malas sebab dah tengah malam. Lagipun aku memang anti dah nak g hospital. So, kena jugak check up sendiri. So, this is the result :



Mak aku kata bacaan atas tu rendah. Tapi bagi aku takde la rendah sangat pun. ok ok je kan? Sebab sebelum ni tekanan darah aku pernah mencecah 67mmHg je tak silap!
Last aku buat check up pada taun lepas. Kalau tak demam terok, maleh den nak buek cekap. Bagi aku takde la rendah mana pongg.. kan? Kan?

Kalau ikut bacaan tekanan darah yang normal adalah lebih kurang 90-120mmHg bagi sistolik dan 60-80mmHg bagi diastolik. So, sikit je rendah aku punya bacaan dari bacaan normal. Ahh...! tak paham sebenarnya dua benda ni diastolik dan sistolik nih. Ayat doktor sangat. Ah, pedulikan je la. Malas nak buat research. Orang kata rendah, aku iyakan aje. Orang kata tinggi aku dok ngangguk ngangguk. Paham nye tidak. Hehe. Ada jugak artikel yang menyatakan orang yang tekanan darahnya 90/50 dan tiada masalah untuknya kerana ia adalah keadaan normal untuknya.

Secara umumnya, seseorang akan mengalami keletihan, lemah anggota badan, kelesuan dan kadangkala hilang tumpuan. Selain itu pening, loya, muntah dan berpeluh juga boleh terjadi. Ini semua selalu jadi kat aku weh! SELALU ok!

Tanda-tanda lain yang senang kita nak tahu dan kenalpasti penghidap anemia ni antaranya adalah seperti kat bawah ni. Kebanyakannya memang aku selalu mengalami simptom-simptom yang dinyatakan ni. So, percaya la kot aku ni memang kurang sel darah merah.

Simptom Anemia

1) pucat pada bibir dan sekeliling mulut, pelipat dan dibahagian dalam kelopak mata.
2) tidak bermaya dan sering letih dan lemah badan
3) pendek nafas apabila melakukan senaman
4) pening dan sering pitam disebabkan oleh kurangnya oksigen sampai ke otak.
5) sering sakit dada yang diakibatkan oleh oksigen yang sampai ke jantung tidak mencukupi.
6)denyutan jantung menjadi cepat dan kuat secara luar biasa.
7) kurang selera makan dan kehilangan berat badan.
8) sukar untuk berjalan
9) mental bercelaru sebab kurang vitamin B12.
10) ada jugak yang cakap pengidap anemia ni kurang daya ingatan! Haa, ni memang haku la neh.

Anemia juga boleh terjadi disebabkan pendarahan. Ini bukan saja berlaku ketika kemalangan, tapi juga disebabkan masalah usus seperti ulser pada lapisan perut, masalah sakit puan, di mana wanita hilang darah merah apabila mengalami haid yang banyak dan dalam jangka panjang atau haid berlaku lebih kerap dari biasa.

So, melalui simptom ni, no wonder la aku selalu pitam. Kadang-kadang sampai tak boleh nak berjalan. Nak bangun dari baring pun sakit. Pening sangat sampai tak leh nak explain pening tu macamana. Sampai suatu ketika dulu aku rasa aku ni ada BARAH OTAK! arghh.. terukkan? Sampai sekarang tak berani nak check up keseluruhan badan sebab takut jadi kenyataan.

Na'uzubillahiminzalik.. mintak dijauhkan Ya Allah. :'(

Xoxo,
bercakap dengan bintang.




Sunday, February 15, 2015

Rezeki Februari 2015 : 9 CPUV NUFFNANG!!

Assalamualaikum duniaa..

Sejak dua tiga hari ini aku tengok ramai betul yang dok post pasal CPUV Nuffnang dekat blog. Nuffnangers dekat luar sana mesti tengah bergembira sebab Nuffnang sangat bermurah hati kasi diorang CPUV banyak-banyak. Ada yang dapat tiga CPUV dalam sehari. Ada yang on going CPUV sampai 6. Suka korang ye? Yela, nak harap ke CPC Nuffnang memang menangis la nak tunggu cash out kan? Aku memang tak pernah cashout pongg.. sejak 2009 berblogger ni, memang niat bukan nak menjana pendapatan apa pun.. Tak pernah terpikir pun mak jemah ooii..


Tahun 2015 ni adalah tahun pertama aku dapat CPUV dari Nuffnang sampai banyak macam ni. Alhamdulillah,rezeki Februari aku.. Ada 9 CPUV yang on going. Kalaulah 1 CPUV tu amount dia RM50.00 kan best. 9 CPUV = RM450 fuyyyooo!! Mak jemah kayoo! Haha. *verangan* Jom kita flashback sikit kisah mengenai CPUV Nuffnang Da belog haku yang tak seberapa nih.

Aku daftar dengan Nuffnang pada 2 April 2012, 3 tahun lepas aku berbelog. Masa tu aku memang jahil bab nuffnang nih. Orang daftar, aku sebok gak nak daftar. Pedulik hape, bukan bebayar pun kan. Apedehal? Aku buat jugak research kononnyer apa yang best sangat pasal nuffnang ni sampai blogger-blogger otai pun selalu share pasal ni dan banyak bagi panduan. Aku selalu stalker abam HH ni.... beliau antara blogger otai yang aku respect arr.. tak jemu-jemu bagi guide. Tengkiuu abam! Hihi.. sejak register dengan nuffnang tahun 2012 tu, aku dapat cpuv pertama aku pada Ogos 2014..! Masa tu tak tahu pun dapat CPUV tu sebab 2014 adalah zaman kebizian aku nak selesakan diri di tempat kerja baru. So, memang jarang hapdet belog. Nampak tak bertahun-tahun setia dengan Nuffnang kemudian tahun 2014 baru dapat CPUV pertama dari Nuffnang. Tu pun amaun tak seberapa sebab aku tak aktif. Tahun ni, tup tup bederet deret pulak CPUV aku dapat!! Hoyyeahh! Harap harap dapatlah di cashoutkan nanti.. dapat jugak gi hanimuningg ke travelling ke.. mueheheehe..! *verangan lagi*

Korang-korang yang silent reader, stalker, kawan-kawan yang blogwalking kat belog haku ni rajin-rajin la klik iklan nuffnang aku tu k.. tolong menolong sesama kita, nuffnang's team kata tak salah kalau klik iklan each other..Aku singgah blog korang aku klik iklan korang jugak.. what u give u get back kata nenek aku dulu.. :D

At the same time jugak aku nak say thanks so much to enchek Nuffnang dan pihak advertiser yang susah-susah pilih belog mak jemah ni. Tak pernah beb nak dapat CPUV beduyun duyun nih.. tu yang teruja sikit..

Semoga korang jugak murah rezeki jugak k..!

Mmmuaahciked!

Xoxo,
bercakap dengan bintang