Friday, February 28, 2014

Saudara Islam Baru di Jumaat yang Baraqah

tim87 | 8:39:00 PM | 2 Comments so far
Alhamdulillah..

Arini merupakan Jumaat terakhir di bulan Februari 2014. Dan Alhamdulillah, pada genap 28.02.2014 arini jugaklah kita menerima seorang lagi saudara Islam kita yang baru sahaja melafazkan kalimah syahadahnya petang tadi.. Aku sangat berharap beliau akan mendapat keberkatan dan hidayah daripada Allah SWT.. InshaAllah..

Beliau ekceli adalah cikgu yang berbangsa Iban yang bekerja dibawah jabatan kami, iaitu cikgu Tabika Perpaduan. Assalamualaikum Durrah Qaisara binti Budit.. hehe.. itu nama beliau dan beliau memutuskan untuk mengekalkan nama ayahnya dibelakang. =) 

Tak perlu rasanya aku explain lebih lanjut, just kita sesama Islam mendoakan semoga beliau mendapat ketenangan dalam hidup selepas membuka lembaran baru sebagai saudara Islam yang baru. Aku rasa bertanggungjawab untuk membimbing beliau untuk mendalami ilmu-ilmu Islam walaupun ilmu di dada masih belum mencukupi. Manusia kan, tidak semuanya sempurna. Yessss, memang aku tak cukup sempurna lagi. InshaAllah, dengan izin-Nya aku cuba memberikan semangat dan membimbingnya sedikit demi sedikit. InshAllah termasuk diri aku sendiri. Walaupun kita dari azalinya Islam, masih banyak lagi yang perlu aku pelajari. Aku akui itu! Berikanlah aku kekuatan itu Ya Allah.

Orang yang bukan Islam pun berlumba-lumba memeluk Islam, malah ada sesetengah mereka yang sanggup dibuang keluarga untuk bersama-sama dengan Islam. Tapi, kita yang memang dilahirkan Islam berlumba-lumba mengikut cara hidup agama lain. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. InshaAllah. Ini peringatan untuk diri aku jugak. 

*tiba-tiba aku rasa sebak petang-petang ni*

Ok, aku kongsikan satu gambar kami di Jabatan Agama Islam Kapit petang tadi.. Yang manis bertudung hijau tu la saudara Islam kita yang baru, Durrah Qaisara namanya.. =)


Friday, February 21, 2014

Selamat Datai Ke Kapit!

tim87 | 5:57:00 PM | | | Be the first to comment!
Kebizian yang memanjang menyebabkan aku terDRAFT pulak entri kali ni.. tapi aku taknak citer panjang-panjang pon.. Nak introduce korang staff baru kitorang kat Kapit nih.. Diorang masuk 2 minggu lepas aku melapor diri kat sini. So, senang citer la, semua staff di Kapit ni masih freshie dan masih lagi mendalami ilmu-ilmu kat pejabat nih.. So, pada mulanya aku memang blurr.. Aku tak cakap orang lain eh, aku cakap AKU blurr..! Ini siesss..! Sebab skop keje aku dulu jauh sangat beza dengan skop keje skang.. So banyak yang perlu aku belajar lagi. Banyak sangat hokeh.

Tadaaaa!!! inila dia geng-geng baru yang serikan pejabat kami.. Ecewaaah.. So, sehingga masa aku taip entry ni, staff kat opis kitorang ni ade 4 orang termasuk aku la.. =D ekekekeke.. So, yang pakai baju hitam tu dak ganu, name dia Mohd.Syahmi dan yang pakai baju putih tu pulak Johannes, orang Mukah. Yang tangan gebusss tu tangan aku, dan yang seberang tu pulak boss aku, Arman Hakimi @ Rickado.. Walaupun pangkat kitorang sama, tapi aku respect dia as my senior aku kat ofiz. Kitorang yang baru ni semua belajar dari dia laa.. ehehhe.. *makasii ya boss*


Ni gambo diorang mula-mula sekali jejak kaki ke Kapit. Diorang pun macam aku jugak, 1st time ke tempat ni.. So, aku ngan bos aku la yang g jemput diorang dari wharf Kapit aritu.. hehe.. 

p/s : sorry eh korang terrrrrrrhaplod pulak gambo.. ekekeke.. ;D sape kenal diorang angkat kaki pelizzz! haha. jangan mareee yerr korang.. ehheehehe..

Wednesday, February 19, 2014

Pencarian Bloglist Bulan March

tim87 | 9:10:00 AM | 21 Comments so far
Assalamualaikum .
Apa Khabar !


Setelah sekian lama tidak buat segmen ni , hari ni tercetus pulak idea simple nak buat segmen untuk cari bloglist baru . Kalau dulu tira buat segmen jom bersahabat . Kali ni tira nak kekalkan niat nak mencari bloglist bagi setiap bulan .

Dan segmen untuk kali ni adalah untuk bloglist bagi bulan hadapan , bulan March ! Jom lah join . Just buat entry je okeyyy . Entry pn dah siap . Just tinggal copy dan paste ! Ini semua idea bernas kkak Mia lahh . hehe . Senang dan Simple kan ?.

1. Buat entry bertajuk ' Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March'
2. Copy coding entry dan paste .
3. Submit dibahagian komen okeyy .

Segmen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan February . Dan bloglist akan diterbitkan awal bulan March . Join Dulu okeyy .

Tuesday, February 18, 2014

JOM SEMAK KEPUTUSAN BRIM 3.0 2014!

tim87 | 10:43:00 AM | Be the first to comment!
Assalamualaikum..
Hai korang! Sape ade apply BRIM 3.0 aritu eh? So, pada korang yang ada apply aritu, korang boleh la check keputusan BRIM 3.0 bagi tahun 2014 ni sebab difahamkan pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.o bagi tahun 2014 akan bermula pada 22 Februari 2014. Ia adalah untuk mereka yang mempunyai akaun bank dan telah kemaskininya menerusi laman online BR1M.

Kaedah 1 – Talian Hotline BR1M 3.0 2014:
  • Pemohon boleh hubungi talian hotline BR1M 3.0 2014 di 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Kaedah 2 – Emel BR1M 3.0 2014:
  • Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hingga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan menerusi email.
Kaedah 3 – Melalui Pejabat Pos:
  • Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.

P/s : Korang mungkin akan mengalami kesulitan untuk menghubungi dan mendapatkan maklumbalas dari pihak diatas kerana mereka mungkin terpaksa melayan banyak panggilan dan pertanyaan menerusi telefon dan email. Harap maklum.