Friday, March 28, 2014

Kelebihan Membaca Surah Al-Kahfi pada Hari Jumaat

Assalamualaikum dan salam Jumaat semua..

Pernah dengarkan selalu orang mengajak kita membaca surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat..? Selain dari rutin masyarakat Melayu mengamalkan surah Yassin pada malam Jumaat, biasakan juga membaca surah Al-Kahfi yang mempunyai banyak fadhilat dan sangat baik dikhususkan utk bacaan pada Hari Jumaat (bermula lepas Maghrib hari Khamis sehingga ke Solat Jumaat). Memang panjang (110 ayat) tetapi jika dibiasakan amalan membacanya akan terasa mudah seperti mudahnya kita membaca surah Yassin, InsyaAllah. Aku pun akan cuba jugak mengamalkannya walaupun jarang baca Al-Kahfi berbanding bacaan Yassin. Sebagai insan yang kerdil, aku pun berusaha memperbaiki diri yang tak cukup lagi penuh dengan ilmu-ilmu agama. Semoga aku diberi peluang tersebut, inshaAllah. Doakan yang terbaik untuk aku ok. 


Hidup kita di akhir zaman penuh dengan fitnah sehingga sukar membezakan antara yang benar dan yang salah. Kepada siapa lagi untuk memohon perlindungan kecuali Allah swt. Semuga kita semua terpelihara dari fitnah Dajjal.

(HR Hakim 3349) :
 “Sesungguhnya barangsiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat.” 

(HR Ahmad) : Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:


“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” 

(HR Ibnu Katsir) : Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:


“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” 

(Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243) : Rasulullah saw bersabda:


“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’.

dan

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda’ ra. bahawa Nabi saw bersabda : 
“sesiapa yang membaca 10 ayat akhir daripada surah al Al-Kahf maka terhindarlah ia daripada fitnah dajjal.”

Semoga kita semua tergolong dari orang yang dirahmati Allah dan berusaha mendekatkan diri kepada Allah, hendaklah kita ingat dengan sabda Nabi saw yang bermaksud : “sesungguhnya Allah tidak melihat gambaran lahir kamu tetapi Allah melihat batin (hati) kamu.” Sama kita amalkan pada setiap hari Jumaat.
Wallahua’alam..

Thursday, March 27, 2014

MH370 dihatiku

Assalamulaikum.

Sebelum memulakan apa-apa..marilah kita sedeqahkan Al-Fatihah kepada penumpang dan krew penerbangan MH370 yang dilaporkan berakhir di Lautan Hindi baru-baru ni..

Kita doakan keajaiban berlaku dimana mereka akan pulang dengan selamat disamping keluarga tersayang. Tak salahkan kita mengharapkan keajaiban tersebut.. Apa yang terjadi adalah kuasa Allah dan hanya DIA yang mengetahui segala-gala yang berlaku. Kita sebagai manusia dan insan kerdil hanya mampu merancang dan Allah swt yang menentukan...

Mari kita lihat video yang telah aku share di facebook.. Sayu sangat walaupun ianya hanyalah video sahaja yang seolah-olah mengharapkan kepulangan pesawat tersebut. InshaAllah kita doakan yang terbaik untuk mereka.  Sebak bila tengok video ni..

Kembalilah MH370

Aku mohon kepada yang suka membuat spekulasi sendiri tu sila HENTIKANLAH.. dan pada yang suka mengutuk dan mencaci dorang ni, aku harap korang insaflah. Siap korang buat troll dan lawak lagi benda-benda serious macamni kan.. Kalau kena batang hidung sendiri baru korang terdiam kot.. Hormatlah perasaan seluruh keluarga penumpang dan krew penerbangan. Aku baca pun dah terasa apatah lagi ahli keluarga mereka sendiri kan. So please stop it..! Please! Please!
Ini salah satu budak paling kurang didikan kot yang aku rasakan terlalu terlampau! Ini adalah salah satu daripada post tersebut yang mengutuk anak kepada Ketua Pramugara, Andrew Nari.. Ade banyak lagi tapi aku nak muntah baca tweet budak tak matang macam ni..! So aku share ni pun untuk peringatan dan renungan kita sama-sama.. Salah sapa, didikan atau dia sendiri? Fikir-fikirkan lah..






Part aku paling sebak bila tengok post salah seorang isteri kepada pramugara yang berada dalam pesawat tersebut.. Aku yang jarang jumpa suami ni pun dah sedih apatah lagi dia yang memang selalu dekat dengan suami dan tiba-tiba pulak suami nya tiada disisi.. seriously aku sebak baca nih! aku paham sangat perasaan ni..


Apa pun yang terjadi adalah kuasa Allah SWT.. Sama-sama kita doakan dan harapkan keajaiban berlaku..
Bukan tak dapat terima hakikat tapi sekurang-kurangnya kita berusaha dan mendoakan mereka.. In syaa Allah..


Monday, March 24, 2014

MISTERI SURAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum.. 
Pasti korang dah sedia maklum yang Surah Al-Fatihah ni banyak mukjizat dan keaibannya. Beberapa daripadanya aku dapat sumber dari salah satu page PERUBATANSYIFAALIKHLAS. In syaa Allah, sama-sama kita manfaatkannya k.. Janji Allah itu pasti kan..? =')

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran“
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
“Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya.” dan
“Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

ok, ini adalah mukjizat surah al-Fatihah dari segi perubatan sebagai penawar :

1 - AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
2 - AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepas-kan rasa sakit dalaman
3 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
4 - AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
5 - AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6 - AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, IN SYA ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

Banyak lagi sebenarnya keajaiban Surah Al-Fatihah ni.. Kita kongsi satu persatu la k.. sebab aku pernah baca setiap ayat daripada surah ni mempunyai banyak mukjizatnya.

Allah SWT berfirman,

"Dan sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang -ulang dan Al Quran yang agung. " (al - Hijr : 87)

Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Alhamdulillahi rabbil ' alamin" (Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam) (surah al-Fatihah) adalah as-Sab'ul Matsani (tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang) dan al-Quran yang Agung yang diberikan kepadaku." (Hadith Riyawat al-Bukhari)

Waallohua’lam..