Thursday, November 21, 2013

Langkawi or Kuala Terengganu?

tim87 | 2:54:00 PM | Be the first to comment!
Assalamualaikum bloggers..

Ct nak mintak pendapat korang ni... Mane lagi best ek, LANGKAWI ke KUALA TERENGGANU..? Ct plan nak buat trip lagi next year memandangkan AA ade buat promo ni kan.. bagi aku kire murah la jugak promo dorang walapun dorang ni salu je ade HIDDEN COST! haha.. =D
 apa-apa pun aku memang selalu gune AA kalau nak jumpe chenta hati beta.. kikikii...!

So, sape-sape yang pernah gi tempat-tempat ni, boleh tolong suggest ngan ct tak...? Ct memang tak pernah lagi sampai sini, so mintak tolong korang sangat-sangat yang ade banyak pengalamn tu.. Tak pun korang yang memang asal LANGKAWI OR KUALA TERENGGANU ni, boleh share tempat-tempat menarik tak? Untuk plan, aku decide nak stay 3 ari 2 malam je.. Just for fun and nak deting-deting ngan chenta hati..!  ooppss.. Ekceli nak celebrate birthday sendiri je ponn! haha.. xde orang nak wat suprise kat kite kan... huhu.. =')

Haaaaaa.. ni bukti aku jumpe promo murah kat AA..!! dua-dua tempat ni same je harga tiketnye.. tinggal CT nak pilih je lagiiii....




Jasa baik korang akan daku kenanggg sampai bila-bila.. ecewah! sayangggg koranggg.. 
Mmmuuahh!!!

Monday, November 18, 2013

Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S27 JKM : Feeling Down!

tim87 | 9:44:00 AM | | | 18 Comments so far
Assalamualaikum wbt..
salam jumaat semuaaa..

ermmmm.. baca tajuk entry pun dah tahu ape perasaan aku skang kan..? 
Ok first aku nak g tau, aku dah pun attend interview PENOLONG PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S27 untuk JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT pagi tadi.. 

Aku datang tepat jam 8.00 am.. terus ke bilik Pegawai Semak dokumen dari pihak SPA.. aku merupakan calon ke3..! huhu..memang nervous and aku memang tak ready sangat-sangat.. tak macam aku attend interview sebelum-sebelum ni, aku study beberapa hari sebelum interview, tapi ini langsung tak study.. aku study malam sebelum nak interview je tu pun bleh tertidoqq...! fine, aku redha je. setakat yang aku tengok senarai peserta yang interview di SIBU ni hanya ada 11 orang je.. tu pun tak semua yang datang..maybe dalam 6 or 7 orang je yang hadir.. tak tau la ramai ke yang tak lepas PAC di Kuching aritu..

Masuk bilik temuduga tu ada 2 orang panel daripada JKM... ermm.. pastuuuuu.. tuttttt.. no komen!

oh kejap.. kalau mase PAC aritu aku de bagitau yang kekosongan untuk jawatan ni di JKM hanya da 84 je kan..? tapi kali ni aku check balik statistik pengambilan tu, ade 115 kekosongan dari 800 lebih orang...? ermm.. macam xde harapan je kan..?



so, aku malas nak cerita apa-apa g dah..
aku just nak cakap aku GIVE UP and I'M FEELING DOWN..!

Okla..tengok la result nanti ek.. Result aku interview Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada bulan Jun 2013 aritu aku dah tahu sebenarnya.. tapi belum ready aku nak share n story.. huhu.. tengok2 la nanti kalau aku free ok! huhuh.. skang aku memang moody sangat sebab interview tadi tu.. huhu.. ='(

p/s : sapa dah g tebiu post PPPM S27 kat JKM ni boleh tolong share pengalaman korang tak..? nanti keluar result habaq2 la ek..! peace yo!

update : pada sesiapa yang baca entry ni, sila ke link yang dibold kaler tukoiz kat bawah ni untuk panduan atau tips temuduga untuk jawatan ini ok..bukan apa, ramai yang ke entry ni untuk dapatkan tips tapi kat entry ni takde tips pun. Cuma lebih kepada perasaan keciwa masa tu.. hihi. Dah, dah.. tak mo ingat lagi. So aku dah buat entry terbaru, korang Klik je kat sini ok! ---> KLIK SINI!

Friday, November 08, 2013

Jumaat Pertama 1435H

tim87 | 9:54:00 PM | 2 Comments so far
Assalamualaikum wbt..


Salam Jumaat semua all bloggers n readers semua..

Tak terlambat lagi kalau aku nak wish Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1435H memandangkan arini merupakan Hari Jumaat Pertama pada tahun indah ini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih dipanjangkan usia oleh-Nya.. Semoga apa yang berlaku pada tahun lepas, sama-sama kita perbaiki dan pertingkatkan diri untuk menjadi lebih baik lagi.. ok..? =) Insya Allah..

Oh.. bercakap mengenai Tahun Baru ni, aku teringat saat enchek hubby melafazkan akad dengan sekali lafaz sahaja iaitu pada 29 Zulhijjah 1432H. Baru aku sedar, kami sudah 2 TAHUN ok!!!! tapi tak macam pun 2 tahun.. Macam pengantin baru pun ade kn.. haha. tapi siesly la, memang aku xrasa pun yang kami sudah 2 tahun HALAL bersama.. Mungkin disebabkan jarak yang pisahkan kami..kami dipisahkan oleh Laut China Selatan yang sangattt luassss.. ecewah! ayat tuh! =') hihihiihik..

Selamat Ulangtahun ke 2 sayang! Kamek sayang kitak banyak-banyak, dunia akhirat kamek.. Kamek akan jaga kitak sampey ujong nyawa kamek.. sik kesah la kita tok jaoh ka dekat.. banyak dah dugaan yang kita rasa sepanjang 2 tahun tok nak..? So kamek harap kitak bersabar dengan dugaan ALLAH SWT tok.. Insha ALLAH, mesti ada hikmah disebalik semua tok nak.. Sempena Tahun Baru Islam tok juak kmk mok BABY antara wishlist UTAMA kmk.. xsabar mok shopping barang-barang baby! =") mesti sonok nak..?

Oppsss.. sorry guys, kene cakap sarawak jugak baru feeling best! haha.. tak salah kan.. kalau tak faham sila tanya ok! nanti kang sesat jalan.. hihi.. Paragraph tu khas buat enchek hubby, walaupun aku tahu dia tak pernah kot baca blog aku nih.. hhahaa.. xpe la, anggap je dia akan baca satu hari nanti kan..? 

Jap, ni antara wishlist a.k.a hangan-hangan aku sempena Tahun Baru ni :

1) Baby kiut miut!
2) Tukar profession or tempat kerja
3) Dekat dengan Enchek Hubby!
4) Sampai ke puncak Gunung Kinabalu! 
5) Nak g Umrah ngan enchek hubby.. 

xsalah hangan-hangan tahik hayam kan..? so, ni memang yang aku nak setakat ni.. apa-apa pun yang paling penting ialah kita kena berhijrah daripada yang buruk kepada yang baik.. So ape yang buruk berkaitan dengan aku, inshaAllah aku akan cuba sedikit demi sedikit untuk berubah.. Manusia tak semuanya sempurna sekaligus kan..? Doakan yang terbaik buat aku ok kawang-kawang.. Yang baik kan datang daripada ALLAH SWT, yang buruk tu daripada diri aku sendiri.. =')

Ok, nak tau jugak ape azam tahun baru korang ni..? ♥