Thursday, May 30, 2013

Pengalaman PAC ke-2 KEMAS

tim87 | 6:20:00 PM | | | | | | | 8 Comments so far
Assalamualaikum wbt..

korang mesti tengah tertunggu-tunggu ape yang aku nak share psal PAC ke 2 ni kan.. Maklum la, jabatan lain-lain, so, cara berurusan pun lain.. ok, kat sini aku nak bagitahu yang PAC KEMAS ni lebih kurang same jer dengan PAC JKM ari tu.. aritu aku dah story kat entry yang ni (PAC JKM) ... tak banyak pun perbezaan.. fine, aku story dari mula aku datang je lah supaya korang senang nak paham kan..



Aku pegi dengan member aku, dan kebetulan pulak dia nak buat Pre-Wedd kat Bintulu.. ohh, aku kene PAC ni kat Insititut Kemahiran Bintulu (IKM Bintulu). So, sehari sebelum tu aku dah bertolak dah dari Sibu gune kereta empat tayar aku dan di eskot oleh enchek tunang member aku tuh.. 

Pagi nak PAC tu awal-awal aku bangun takut jalan sesak ke sesat ke apa kan.. nah, pagi-pagi tu memang betul aku sesat.. haha.. aku tak pernah ke Bintulu tu.. Guna GPS pun tak boleh blah la.. mungkin aku agak bengong d situ.. ok, noktah! Janji aku dah sampai walaupun lambat sikit jer.. aku datang tepat jam 7.45 pagi. ok lagi tuh.. sebab ade lagi yang datang lambat daripada aku.. =)

Masa datang tu, aku naik tingkat atas iaitu TEMPAT PENDAFTARAN.. aku tengok masih ade lagi calon yang berdaftar dan aku merupakan calon yang ke-13 yang datang. Mula-mula, korang akan dikehendaki pergi ke Kaunter A untuk tandatangan kehadiran korang. untuk pengetahuan korang, Kaunter A ni kalau tak silap daripada KEMAS sendiri. Then, akan terus ke Kaunter B untuk diorang semak dokumen korang seperti Borang Profil Peserta I, Resume, Surat Akuan, dan Profil Peserta II. Settle je bende ni, korang akan ke Kaunter C untuk ukur tinggi dan berat korang dan dapatkan BMI korang. Pastu baru ke kaunter SPA untuk serah Borang Profil, Sijil dan lain-lain dokumen yang diorang mintak tu la.. Last sekali masa pendaftaran ni, diorang akan panggil setiap 4 orang untuk ke bilik bergambar.. *tak tahu ape motif, maybe nak buat kenang-kenangan kot* hihi..

Next step adalah taklimat daripada Pegawai SPA. Yang best nyer PAC kali ni, gadget korang tak akan di ambil BUT korang tak boleh gunakan sebarang alat elektronik termasuklah mengambil gambar.. aku sempat jugak la snap gambar sekali before taklimat tu.. hihi~ 

Abis je taklimat, kami terus buat aktiviti speerti yang dirancang dalam jadual tu..

AKTIVITI PERTAMA : PEPERIKSAAN PSIKOLOGI SPA. 
Ujian lebih kurang sama jer ngan ujian aritu.. Aktiviti ni buat kat tempat kitorang taklimat tu jugak..

AKTIVITI KEDUA : PENGUCAPAN AWAM
Kami dipecahkan kepada 3 kumpulan. So, setiap kumpulan ade 7 or 6 orang. Kumpulan aku dapat 7 orang calon. Setiap kumpulan akan ke bilik yang telah ditetapkan. Dalam bilik ni, ade 2 FAsilitator dari KEMAS dan 2 orang Panel dari SPA sendiri. Undian dibuat dan kami diberi masa 5 minit untuk sediakan point-point penting dan masa 5 minit juga untuk buat pengucapan awam tersebut. So, aku adalah peserta terakhir yang buat pengucapan awam. Ni antara tajuk-tajuk calon dalam group kitorang.
  • Calon 1 : Budi Bahasa Budaya Kita
  • Calon 2 : Pencemaran Alam Sekitar
  • Calon 3 : 1 Malaysia
  • Calon 4 : Pengurusan Masa
  • Calon 5 : Penderaan Kanak-Kanak
  • Calon 6 : Keburukan Media Sosial
  • Calon 7 (aku la tu) : Remaja Cemerlang, Negara Gemilang
Aku dah target tajuk yang aku nak buat ucapan awam ni, tapi tersasar sikit.. Aku target aku dapat Gejala Sosial di Kalangan Remaja. Tapi xpe, aku kaitkan sikit la daripada takde point langsung kan..? hihi.. alhamdulillah, Lepasssssss.. lega makcik!

AKTIVITI KETIGA : KERJA KUMPULAN
Masih dalam kumpulan yang sama jugak tetapi ditempatkan di bilik lain dan berlainan Fasilitator dan Panel. Kami diberikan satu Profil Kampung. Kami diarahkan untuk buat satu rancangan pembangunan kampung tersebut dari segi Politik, Ekonomi dan Sosial. Kumpulan kami di arahkan pilih SATU atau DUA, mana yang lebih penting la.. dengar-dengar kumpulan lain kene arah buat ketiga-tiga sektor tersebut. 

Habis je keje aktiviti tu, kami diberi makan tengahari. Siyes aku cakap, aku memang lapar giler.. tapi kene control la sikit kan.. uhuhuhuk.. Kami diarahkan masuk semula pukul 1.30 ptg sebab aktiviti sebelum tu tamat awal. So, cepat-cepat carik surau then bergegas balik ke tempat tadi. okeh, terus ke aktiviti seterusnya..

AKTIVITI KEEMPAT : KERJA KUMPULAN
Aktiviti ni, kami ditukar kumpulan namun 2 orang calon kumpulan aku still sama. Diorang just tarik 2 atau 3 orang je untuk tukar. Kali ni, kami diarahkan untuk buat mesyuarat untuk agihkan peruntukan sebanyak RM400ribu untuk buat pelan pembangunan kampung berdasarkan profil kampung yang telah dibincangkan pada aktiviti ke 3 tadi. Ade beberapa watak yang perlu diambil, so aku ambil watak AJK BIRO PEMBANGUNAN SOSIAL. Selain bincang pasal peruntukan, kene pilih jugak 3 kontraktor yang telah disenaraikan, nyatakan justifikasi kenapa korang pilih kontraktor tersebut. bla..bla..blaa...blaa.. dah habisss.. =) settle aktiviti ni.

AKTIVITI KELIMA : KERJA KUMPULAN
Aktiviti kali ni dipanggil aktiviti 36 sen. Sebabnya kene pilih 1 sen, 5 sen, 10 sen, dan 20 sen. Kami diberikan 4 perkara DIRI/KELUARGA, MASYARAKAT, BUDAYA, dan NEGARA. Mesti pilih mana yang penting dahulu dan hujahkan kenapa? So, sorang-sorang kene bentang la.. kene fikir-fikir dan renung-renungkanlah.. ada maksud disitu. =)

AKTIVITI KEENAM : KAJIAN KES
Aktiviti ni aku lebih senang katakan aktiviti perdebatan la.. Aktiviti ni pulak tukar bilik lain pulak. Aku jumpe balik Fasi dan Panel pertama aku.. So, dalam aktiviti ni, kami diberikan beberapa tajuk dan hanya pilih SATU SAHAJA untuk di debatkan. Dalam 3 or 4 tajuk tu, kami pilih tajuk PENGANGGURAN. Seorang modulator dipilih, dan 6 selebihnya dibahagi 2 kumpulan penyokong dan pembangkang. Aku kire pembangkang la (Kelemahan Kerajaan) dan Penyokong tu pulak (Kelemahan Mahasiswa). Pada mulanya agak suram jugak la, sebab idea mungkin belum terbukak luas lagi.. lambat laun, hangat jugakkk laa.. hehe.. kami saje yang tahu.. hihi~

AKTIVITI KETUJUH : UJIAN KECERGASAN
Aku suka aktiviti ni! haha.. sebabnya kami kene lari dan buat senaman ringan sebelum tuh..  Fasi akan catat masa dimana perempuan tak lebih dari 13 saat, manakala lelaki tak boleh lebih dari 11 saat. Rupe-rupe lari ikut yang diorang tanda je.. 100 meter camtu je kot.. *aku je penat2 praktis pusing padang stadium sibu tu 6 pusingan..* huhu~ =D

ok, aku rasa dah cukup panjang entry kali ni kan..? harap korang faham.. ayat aku ni tunggang langgang sikit macam orangnyer.. huaaahuaaa~ ade pape just drop ur comment kat bawah ok.. ketahanan mental dan fizikal tu penting bagi aku.. kurang ilmu, sukar la anda tempuh PAC ni.. Alhamdulillah, PAC ke 2 ni aku dapat harungi dengan baik dan lancar.. demam aku pun tak buat hal masa nih..

sebelum beredar, aku nak sedekahkan satu gambar yang aku sempat snap masa PAC ni.. haha.. selamat menonton.. jangan muntah sudah! =D

Doakan kejayaan aku okeh! =)



Wassalam.

Tuesday, May 21, 2013

Segment Follow Mollow Dan Menang

tim87 | 4:07:00 PM | | | | 26 Comments so far

nak join segmen tak? klik jer banner kat bawah ni ok!
selamat berfollow mollow.. =)



Klik sini!



**oh luper, jangan luper syarat-syarat yang diorang bagi tu ek.. bace betul-betul hokeyh! =)

harap2 lebih dari 300 lepas ni kan.. =)

retis macham-macham

tim87 | 3:43:00 PM | | 2 Comments so far
assalamualaikum.. 
arini tiba-tiba tergerak nak buat post pasal retis kite skang ni.. dulu, retis-retis mane ade nak gaduh-gaduh dengan mak bapak retis lain.. tapi skang ni dah jadi trend pulak kan.. 
Baru-baru ni, tersebar plak citer pasal Eina Azman, yang lakon citer Mimpi Cinderella tu la dengan couple die Afiq Muiz tu.. Aku xberapa nak follow sangat kontroversi-kontroversi macam ni.. macam poyo je kan. opss.. hehe.. ok, sape yang tak kenal si Eina ngan Afiq tu, ni haa...

ni bukan kawen betol tau..! =)
Ok, dah tengok? baru-baru ni ade la kontroversi tiga penjuru antara si Eina, Afiq dan Mak si Afiq ni, Haslinda kalau tak silap namanya.. femes kan..? Si Eina dalam Berita Harian ari ni dah buat kenyataan yang si mak Afiq ni tak siuman.. huhu.. kalau bagi pendapat aku la, suke ke tak kita dengan seseorang tu, xperlu la nak buat kenyataan tak siuman bagai kan.. kita sendiri belum tentu perfect.. kalau pun si mak Afiq tu salah sebab memfitnah, nak saman pun saman je la.. tak payah la nak buat statement siuman ke tak kan.. 
*sorry k, tu pendapat aku jerr*


ni la kata-kata si Eina tu kat BH :

Saya serahkan kes saman ini kepada keluarga. Mereka akan uruskan, tunggu apa saja yang akan berlaku seterusnya. Sampai sekarang ibu Afiq tidak meminta maaf. Malah keluarga ibunya juga menyerang saya di laman Twitter.
Saya tidak akan meminta maaf dan tiada sebab untuk saya meminta maaf. Ibu Afiq yang memburukkan dan mengaibkan saya, bukannya saya. Saya berani cakap begini sebab saya ada bukti di atas segala percakapan saya.
Kalau macamni la artis-artis kat Malaysia ni, memang reject terus la kalau nak amik jadi menantu ye tak..? satu lagi, kita sebagai orang Islam la patut bagi contoh kat orang lain.. baru agama kita di banggakan..ni tidak, kalau pun mak Afiq tu salah, maafkan la dia.. Rasulullah SAW pun mudah nak maafkan orang, apatah lagi kite kan..? saman cukup kalau nak jugak.. tak payah nak kutuk-kutuk dan balas-balas kenyataan.. titik..!

psttt! lepas ni artis mana pulak buat hal macamni ek? aritu kes Sharnaaz dan Shila dah settle, muncul pulak kes ni..

lihat, fikir dan nilaikan sendiri..
selamat beramal dan renung-renungkan.. =)

Tuesday, May 14, 2013

Blog aku is under construction

tim87 | 4:51:00 PM | | | 1 Comment so far
Memandangkan makcik malware dah kacau rumah tangga blog aku ni, so aku nak buat renovation sikit-sikit and slow-slow kat blog aku.. korang still lagi boleh follow dan bace ok, cume nye mungkin blog aku nanti xsemesra alam seperti biasa.. 

Entry kali ni jugak aku nak mintak izin kat mana-mana blogger yang ade tutorial tu, aku nk gune untuk mekapkan blog aku yang dh huduh ni.. Harap maaf kalau penggunaan 'aku' tu tak berapa elok di dengar. hihi.. ape ape pun, itulah AKU kan.. =)

terima kasih banyak-banyak sebab korang memang banyak sangat share pasal tutorial yang ohsemmm gilerr.. memang salute arr ngan korang.. best2..! gudjob dear-dear sekalian.. ni tutorial yang aku selalu skodeng la.. sorry bloggers sekalian.. hehe... promote kejap yerr..
ok, ni antaranya la.. ade banyak lagi yang rajin share pasal tutorial ni.. aku xsempat nak bagi link.. yang ni antara yang aku paling rajin skodeng la.. harap maaf semua yer.. mintak izin sy nak pakai tutorial korang yerr... syukran semua.. terima kasih tidak terhingga.. moga-moga dengan adanya tutorial korang yang ohsem ni dapat mencantikkan semula blog ct ni.. hihi.. =)

So, aku nak umumkan bahawa 'BLOG AKU IS UNDER CONSTRUCTION'

selamat berblog semuaa.. =)
peace yo!

Monday, May 13, 2013

MALWARE PUNYE PASAL..!!

tim87 | 5:22:00 PM | 4 Comments so far
Assalamualaikum wbt.. hi bloggers n readers semua.. sorry xdapat nak update entry untuk beberapa hari ni.. 
nak tau kenape..? TITLE entry aku kali ni dah bagi hint dah.. ok.. 

ni mase kene malware tu.

beberapa hari yang lepas, blog aku terkene MALWARE...!! puas aku google macamana nk settlekan n hapuskan malware ni.. so.. dah SELAMAT part MALWARE tu.. aku dapat tutorial nak buang daripada sape tu aku lupe.. sbb byk sangat link mase tu org bagi aku.. 

Then, masalah besar pulak ni.. masa nak buang malaware tu, silap aku sebab tak preview dulu blog tu.. TUP TUP terus save then! ape jadik..? 
tengok je kat bawah ni.. huhu.. malesss den nak komen dah.. haha.. memang aku sakit hati giler part nihhh..
segala2 entry aku yang agak poyo semua dah hilang.. bukan hilang kot, sbb aku terdelete kod ccs kat template tu kot.. tangan gataiii sangat masa tu..huhu.. aku ngaku memangg silap aku yang besarrr!


ni gambor lepas tedelete kod.. haha.. padan muke!

so, untuk sementara waktu ni, blog aku tidak la secantik orangnya, secute org nya.. haha..aku tengah buat renovation besar kat blog aku.. so, korang sabar la ek.. tunggu blog aku yang berwajah baru.. jang korang unfollow plak aku nanti hokeh.. huaaaa.. sodehh den!

papa pun..selamat berblog..
pssttt..! jangan lupe follow aku pada yang belum tu ek.. =)